CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 8, 2010

Dari meja ketua program siswazah

~::Assalamualaikum wbt::~

Hari ini aku mendapat emel daripada ketua program siswazah.
emelnya seperti berikut: (baca yang aku highlight dengan warna merah)


Salam sejahtera kepada semua pelajar pasca siswazah,
SALAM 1 MALAYSIA

1. SESI "DEFENCE PROPOSAL" (DRP) 6-8 APRIL 2010

Sesi pembentangan cadangan penyelidikan akan diadakan pada tarikh seperti di atas.
Pelajar-pelajar yang terlibat untuk DRP adalah:
a. Pelajar MSc (AS780) Sem 1
b. Pelajar PhD (AS990) Sem 1
c. Pelajar PhD (Skim Fellowship) Sem 1
Senarai nama, tempat, tarikh, masa akan dikeluarkan selewat-lewatnya hujung minggu ini (Jumaat - 12 Mac 2010)
Anda semua dikehendaki menghantar 3 salinan "proposal" anda pada 22 Mac 2010
Pn Juhaida akan memberikan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan DRP ini.


2. SKIM BIASISWA PGD (MOSTI)

Saya maklum terdapat pelajar yang mendapat Skim PGD MOSTI tapi belum menerimanya untuk 3 bulan pertama tahun ini (Jan - Mac 2010).
Pihak IPSIS telah menghubungi MOSTI dan mereka dimaklumkan bahawa MOSTI akan memberi dana dalam bulan Mac ini.
Oleh itu, para pelajar akan mendapat biasiswa anda selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.

Kepada pelajar yang menghantar borang permohonan pada bulan Oktober lalu, sesi temuduga akan dibuat dalam waktu yang terdekat.
Anda akan dipanggil untuk temuduga selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.


3. SKIM FELLOWSHIP

Pelajar-pelajar yang telah menghantar borang Skim Fellowship, anda akan dipanggil untuk temuduga selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.
Ia adalah temuduga biasa dan tiada "presentation" yang perlu dibuat.
Hanya pastikan anda menghadirkan diri apabila dipanggil kelak.


Nota: "Recurring fees" adalah yuran yang ditetapkan setiap semester seperti yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran perpustakaan, yuran kesihatan dsbnya.


Sekian sahaja. Diharap makluman ini dapat menjawab segala persoalan dan masalah anda.
TERIMA KASIH DAN WASSALAM.


---lama betul tunggu penjelasan seperti ini daripada sumber2 yang boleh di percayai.. Akhirnya belia bersuara...harapan aku, ape yang di janjikan oleh pihak yang terlibat dapat di lunaskan dengan baik..semoga urusan di percepatkan...(sewa umah x bayar lagi ni weh, minta2 dapat cepat sebelum aku di halau dari rumah ini)....



p/s: tunggu dengan penuh sabar ;)

3 comments:

::9W2PHY:: \(^_')/ said...

tq ijad..

tunbegia said...

oranglain sampai dua tiga bulan tak bayar sewa rumah tapi buat selamba dog saja,

salamm,

::9W2PHY:: \(^_')/ said...

sebelum org mintak, baik saya yang hulur dulu...saya ni pemalu tb..
huhu :p