CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 25, 2008

RESULT DEFENSE PROPOSAL

~::9W2PHY::~

semalam (24 November 2008) sesi defense proposal. aku nye turn sesi petang. dalam jadual kul 3.50-4.10..tp biasa la mesti ade ralat kan. alih2 aku nye turn dlm 4.30 ptg..huhu.. takut gak..biasalah aku kan darah gemuruh. sakit perut, seram2 sejuk, ulang alik masuk toilet tu perkara biasa.hahaha...ntah biler nk ubah...

tp bile dh dok depan, dah pegang mic, pegang mouse...lama2 dia beransur hilang...biler dah abis merapu, gigil dtg balik bile sesi QA bermula..adehla, lemah semangat! ngan muke mcm xde perasaan, aku sengih je bile Dr.Hadariah komen pasal presentation aku. ntahla, aku mcm blur je ms presentation tu.

Byk plak soalan2 dia ajukan..naseb baik la aku bleh jwb ape yg dia tanya..tp english aku xtau la btol ke idak...main nyebut je..tp dia angguk2 je ape aku ckp..paham plak dia.pastu byk plak dia argued dgn proposal aku..x cukup dgn dia, Dr.Norashikin Sa'im pon x lepaskan peluang nk berdebat ngan aku..ade ke nk pertikaikan materials yg aku guna..ye, sy tau sy silap tambah 's' kat rare earth element tu...paham lain plak ye??huhu... Dr.Halila pon nk menyampuk jgk! ye? ape soalannya?? sile2...

haish...penat aku berdebat ngan panels ni..selepas setengah jam, aku di benarkan berhenti dr berdebat utk beri laluan kpd defendens yg lain.."very good"..mane dtg suara ni??oh, dr.Hadariah rupanya...TQ Dr..huhu..dah lepas 1 dugaan..cabut pendrive aku berjalan dgn pantas menuju ke arah supervisor kesayangan aku DRAS. Dr, sori sy takut...boleh lepas ke ni??mcm mane ni??? ape yg salah ngn proposal sy?? bla..bla...mcm2 soalan aku ajukan kat dia..dia sengih je. "relax2...ok la tu...meh kite tgk report..ala, minor error je.btolkan word ni je..sy bukan leh tlg mase defense td..ok dah tu... "kata DRAS.

hari ni aku dpt sms dr Puan Juhaida (EO jbtn pengajian siswazah FSG) suh dptkan result defense proposal selepas kul 2.00ptg. kul 3 lbh td aku naik fakulti..Alhamdulillah, aku lulus..syukur..walaupon hanya 2, x dpt 1 mcm Mas, tp aku syukur sgt2 xpayah nk repeat2..skrg dh leh proceed buat sample..Amiin...

p/s: hatiku gembira, dah boleh tarik nafas lega.

Friday, November 21, 2008

NanoTech 2008

Semalam (20 November 2008) aku follow Kak Ct, Kak Yan and Fadia gi koferen NanoTech 2008 kat twin tower S&T UiTM di hatiku. Sesaje aku ikut mereka utk menyemak kat konferen tu tanpa tujuan. Mereka bertiga publish paper kat konferen tu.menampal poster kat bilik pameran.

Konferen ni kerjasama antara UiTM dan Nagoya Institute of Technology(NIT). Aku sesaje nk kongsi cerita ngn korang pasal konferen ni. Masa kami lepak2 kat bilik pameran poster sambil merapu2 dan berborak2, datangla beberapa orang evaluator from Japan. Sebelum tu aku nk gtau korang yg konferen ni bertaraf international, so penyertaan bukan saje dari Mesia tercinta malahan dari pelusuk ceruk ada, from China, India, Jepun, Singapore, Iran, dan lain2 negara x larat aku nk nyebut semua. Mmg byk r penyertaan dr negara luar.

Tapi menurut kata kawan2 aku, kata mereka konferen kali ni x happening sangat macam konferen ICFMD kat Time Square awal thn aritu. Sangat hambar kata mereka. Tapi menurut kata pihak penganjur plak, lecturers ramai yg x involved pasal sebok memarking and mengrading paper students. Almaklumlah bebudak baru abis final exam. Sekarang tengah happy bercuti di kampung halaman masing2. aku je yg masih menyemak kat sini pasal aku mmg xde cuti. Lagipun aku dah plan nk masuk lab time bebudak cuti. Malas nk berebut equipment ngn bebudak undergraduate..(ceh, berlagak!)

OK, berbalik kepada matlamat asal, pasal evaluator Jepun tadi….sedang kami syok borak2, si Jepun sorang ni pandang2 je kami. Maybe dia tertarik ngn bahasa Melayu..sambil senyum2 dia pandang. Mulalah kami pikir words Jepun. “sape amik bahasa Jepun aritu?” kata Kak Yan. “Aku amik Mandarin” kata kak Ct. “Org pon amik Mandarin” kata aku. Fadia plak “Dia amik Arab”….tetiba Kak Yan dengan konfiden sebut “Ganbate……”.. ape ntah dia sebut aku lupe.. aku rase xde la kuat sgt dia sebut. Tp si Jepun tu bleh dgr. Dr jarak 20 meter dari kami, dia datang dgn langkah yg laju.. tergamam kami seketika…@cndsfgerfhksdjciu%$&*@^??

!&^@#E#@%E(*()&&@e! sepatah haram kami x paham ape yg si Jepun ni merepek merabeng…ade ke patut dia terjah kami ngn bahasa Jepun. Manalah kami paham.. “acctually we don’t understand the word. Only a few word I know” kata Kak Yan dgn yakin. Si Jepun senyum n sempat ajar kami beberapa perkataan Jepun. Dia mcm excited je nk gtau semua perkataan2 dlm bahasanya. Then dia blah dr kami kerana tugasnya menilai poster belum selesai.

X abis lagi pasal evaluator…datang plak si Cina. “so Gorgeous!” kata si Cina hensem kepada kami. Ape hal plak mamat ni. Angin x, ribut x, tetibe leh ckp camtu kat kami. Kami ingatkan org Jepun, rupanya Cina Singapore. Speaking abis r. Ingat dia paham Bahasa Melayu, katanya xpaham. Mulalah kami merapu, merabeng, skeaping, speaking bertaburan bak Minah Salleh sesat di kampung. Boleh plak dia tanya pasal baju kurung yg kami pakai. Isk x paham aku ngn mamat ni. Dia tanya mahal ke bj kurung?? Dengan selamba kami jwb baju kurung paling murah dr byk2 baju. Padahal ikut jenis kain. Semalam aku pakai kain hrga 12hinggit je. Fadia plak kate kainnya harga 10hinggit. Siap minta nk amik gmbr kami lagi. Dia kagum ngn baju kurung kami pakai. Ntah pape mamat ni.

Rancak jugak la perbualan kami. Mcm2 si singaporian ni tanya. Dia tanya knp peringkat master n phd ramai pompuan. Dimana lelaki?? Sekali lagi kami merapu ngn jawapan2 yg bernas. Penat mengexplained kat mamat ni. Siap tanya brp laki boleh kawin kalo pompuan lg ramai. Dengan selamba Kak Yan jwb 4. dia kate mampu ke laki nk tggung 4 isteri. Tiap isteri nk Elvy bag…poket kena tebal la. Ala, beg Elvy apelah sgt, stakat nk beli 4biji utk setiap isteri, kawin 4 mampu plak.. Si Singaporian ni termenung panjang. Terus blah utk menyelesaikan tugas2nya.

Kami sambung borak lagi, sementara tggu lunch. Aku ni bukan peserta tp aku mkn jgk bufet yg disediakan. Sebab x meriah n x ramai org, so mknn yg disediakan byk sekali. Daripada membazir, baik aku melantap sekali. Kak Ct kate aku makan bahagian Kak Aishah, Kak Irma, Kak Yah. Dorang byr yuran n tampal poster jgk tp x dpt dtg sbb g kem Fizik. Harap2 betol la ape yg dia ckp. Pas ni aku kena mitak dorang halalkan ape yg aku mkn.

Uh, penat dah aku menaip. K la aku nk study journal skit. Isnin ni aku kena defence proposal yg dh beberapa kali tertunda. Ni lagi 1 aku cuak yg amat.. ade ke patut koordinator letak aku sekali ngn budak2 kimia. So, panel aku pon lecturer kimia la. Caner tu?? Kalo dorang tanya aku pasal kimia maunya aku speechless.dah la aku x knl sape Dr. halila and Dr. hadariah..huhu.,haish….risau btol aku..
Sepatutnya dorang letak aku skali ngn bebudak Fizik.aku ka wat Fizik. Lagipun characteristic aku cari pasal fizik. Xkan sebab perkataan “Amang” tu terus campak aku kat kimia.. TOLONG! TOLONG AKU! Aku takot. YAKIN! YAKIN! U CAN DO IT! STUDY! BE PREPARED! (nak sedapkan ati)


Adios!

~::9W2PHY::~

Wednesday, November 19, 2008

RAKYAT MESIA YG X PRIHATIN

~::9W2PHY::~

Erm..entry kali ni aku kongsi cite beberapa bulan lepas..bukan ape, kerajaan menyeru rakyat mesia supaya jaga alam sekitar..tp masih ade rakyat mesia yg x prihatin pasal seruan ni.. masih lg di takuk yg lama, buang sampah merata-rata.

aku x ingat bulan brp, ms tu aku ngn housemate nk g JJ Bukit Raja. ms tgh tggu turn nk U-turn, ade kete viva kat depan buang sampah tgh2 jalan. sempat aku amik gmbr.. kat bwh ni aku letak gmbr kete n smpah nya..ngn no plate skali aku letak tanpa sensor.

kalu kete ni kete korang, mitak maaf la yek..Len kali jangan wat lg habit camni...x elok..kite nk jg kebersihan, so sape nk laksanakan kalo bukan kite.. sama-sama la kite menyokong usaha murni ini utk kesejahteraan bersama..


x pasti pemandunya lelaki atau pompuan


tu la sampah yg di buang oleh si pemandu kereta


JAGALAH ALAM SEKITAR

Monday, November 17, 2008

seorang lelaki tua dari pantai timur di the lakes district

~::9W2PHY::~

Posted by Nubli on November 7, 2008 at 1:37pm
Add as Friend View Nubli's blog


seorang lelaki tua dari pantai timur
termenung jauh di bawah sepohon fir
di kaki bukit bawah the lords seatthe lakes district tika itu
berlangit kelabu
gerimis pun mula bertukar jadi
salju
dia memandang hari lepasnya
yang sesuram langit ini
katanya:
aku ini seorang musafir lara
pelarian sebuah cinta
pengembara dan rakan setia
si air mata
lama dahulu
telah aku kehekkan segala rasa kasih itu
dari hati ini
asmara pun terasa pahit di bibir
telah kubungkus dan kuikat kemas
harapan yang mula merimas
kutanam di bawah tapak congek cekdong kita dahulu
bersama-sama sehelai sapu tangan
kenangan
dalam supik ghok-ghak yang
merah putih berbelang-belang
semenjak itu aku merantau jauh
dan aku tidak lagi berjerepok
dengan apa-apa rasa cintayang mampu membuat
perut dan segala rasa atma
berseghiya seperti dulu
hanya terkadang jiwa ini
disergah kenangan dan mimpi semalam
kelabu kehitaman(seperti hari ini)
aku pun disentak-sentak segala kenangan
bagai senaman yang terganggu dengan
rasa ngilu dan perit
nyettok kkarung yang amat menyakitkan...

p/s: puisi ini di petik dr Abg Nubli XKT

My Callsign Network..

Salam Kontek Perdana..

Jom rakan-rakan Radio Amateur yang berada di seluruh Malaysia sertai Komuniti Rakan-Rakan Radio Amatur Malaysia Di MY CallSign Network.
Link ni ala-ala friendster, XKTorg, myspace and etc..tp khas utk rakan2 radio amateur Malaysia sama ada yang dah ade AA, ataupon dlm proses mengambil RAE, peminat2 hobi ini, dll.

come and join now http://www.mycallsign.my


73, 88 utk semua.. PEACE!

~::9W2PHY::~

Friday, November 14, 2008

Program Silaturrahim pelajar Postgrade FSG dan pelajar PPS SMK Jengka 2

~::9W2PHY::~

12 November 2008
Seramai 32 pelajar siswazah dan 3 pensyarah pengiring telah terlibat dlm menjayakan Program Silaturrahim selama 2 hari bertempat di SMK Jengka 2. Kami bertolak dr uitm Shah Alam pd pukul 9am. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam utk sampai di SMK Jengka 2. Dalam pukul 1.10pm kami tiba di sana. kami di sambut oleh pelajar2 PPS (Pusat Pembelajaran Sains). After lunch, kami check in kat hostel bebudak..Alhamdulillah hostel sgt selesa.

perjalanan yg dikelilingi pokok2 sawit

Tepat kul 2pm kami di beri taklimat oleh Tn.Haji Rusli bin Musa (PK 1) berkenaan PPS di bilik kuliah. Menurut cikgu Rusli, sgt susah utk mendidik pelajar2 PPS ni sebabnya mereka di kategorikan sebagai budak2 gred C..so, disiplin pon gred C. Pelajar2 PPS ni di pilih berdasarkan peperiksaan PMR yg mendpt sekurang2nya gred C dlm subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris. Ini merupakan peluang kedua kepada pelajar2 utk mendpt pendidikan dlm bidang Sains di peringkat SPM.

Setelah sejam bersoal jawab dgn cikgu Rusli, kami meneruskan agenda bergerak ke dewan besar SMK Jengka 2. Aktiviti pertama "ice breaking". Memang susah jgk la nk pecahkan kepala hotak bebudak ni..huhu.but , we tried our best. pelajar2 di bahagikan kepada 15 group mengikut jenis gula2 yg kami edarkan. Setiap kumpulan mempunyai 6-8 orang pelajar. Aku dan Yaya di amanahkan utk menjaga group ke sembilan. Kebetulan gula2 group kami nama CLOUD 9, jadi pelajar2 menamakan group kami sbg CLOUD 9.

Seperti biasa, sesi memperkenalkan diri yg sume orang x brp suka termasuk aku. Group aku ade 4 pelajar pompuan, 2 pelajar laki. Mereka dari kelas 4 Alfa dan 4 Beta. Menurut cikgu Rusli, student Alfa dan Beta adalah pelajar kelas pertama dan kedua. Mereka di beri sebiji telur, dan dikehendaki mengcorakkan kulit telur mengikut kreativiti sendiri. Moto dan logo kumpulan juga perlu di sediakan. Pada mlmnya, sesi pembentangan logo, moto dan trademark masing2.

mewarna telur

pembentangan logo kumpulan 8
pembentangan logo kumpulan 10

pembentangan logo kumpulan 9

sedang memikirkan logo dan moto

13 November 2008

Kul 8am aktiviti di mulakan dengan senamrobik. intructor oleh Yaya. lepas habis senamrobik dan poco-poco, aktiviti 'explorace science' di mulakan. aku dan Aziati di amanahkan utk jaga checkpoint ke 8. aktiviti checkpoint kami "API BOLEH MELOMPAT?". best.. hanya 1 kumpulan sahaja yg tau teknik utk menyalakan api lilin tanpa api menyentuh sumbu lilin. credit to dis group. 1 kumpulan lg hanya kebetulan. dan yg lain2 x tau camana caranya. penerangan yg hebat oleh Mc.Ti and Aku terpaksa di terangkan kepada pelajar2 PPS ini. Nak Tau Bagaimana?? Request r kat aku..nnti aku explain.hehe

menyalakan api lilin

tutup dik, jgn x tutup

persembahkan trademark kumpulan kami

nyalakan dik

pada petangnya, sesi pembahagian hadiah kepada para pemenang. kumpulan sembilan
(CLOUD 9) menang game explorace science. dapat hamper..kul 5 majlis tamat dan sesi bergmbr. itu saje utk kali ini. hope 2 meet them again next time.


kakak2 fasi yg poyo..from left: Huda, Mas, Me and Xeed

adik2 PPS

CLOUD 9

CLOUD 9 menang explorace science..penerima hadiah name Osman

berdiri, from left: Aliaa', Datul, Yaya, Me, Aidil and Feti
duduk, from left: Osman and Hasib

tag nama yg menjadi rebutan budak2 group aku. tinggal kenangan..

Monday, November 10, 2008

Projek untuk ninie : PART 3

~::9W2PHY::~
Dis week aku dah siapkan 100 kuntum bunga dip atas permintaan cik ninie..50 kuntum kaler purple, 50 kuntum kaler pink striking..tu yg dia nak..aku letak beberapa gmbr utk korang ek tgk..

ni aku dah cucuk kat pahar

ni pandangan dr tepi

ni aku zoom kasi jelas

ni dari bawah


ni belum cucuk kat pahar


ni aku dah combine color

ni pink sahaja


pandangan sisi

akhirnya
pastu, si ninie ni suh aku tambah lagi 50 kuntum utk diletakkan di dlm paper bag...aku punye la pikir nk wat caner..akhirnya aku dpt idea last minit...ninie, sample bawah ni ok x?? tp ko nk kaler pink kan?? nnti aku change color la ek..ni contoh je.. harap ko suke..huhu

ni bunga gantung...































Tuesday, November 4, 2008

DIRI AKU

~::9W2PHY::~
Ya Allah, sungguh dahsyat ujian yg aku tima kali ni..Ape dosa aku sampai aku di uji sebegini?? X sanggup aku menghadapinya, mahupun menanggungnya. Aku kena tabah n sabar utk menempuhnya. Ujian yg aku tima menguji tahap kesabaran aku. Aku tidak dpt mengatasinya sepenuhnya sampaikan aku boleh bertindak giler..Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku, dosa besar, dosa kecil dan semua dosa yg di buat secara sedar atau tanpa sedar.Ya Allah jauhilah aku dari segala perbuatan keji, maksiat, sombong atau riak.Tunjukkan aku jalan yg benar, jalan yg diredhai Mu.Ya Allah. sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Pengampun..