Wednesday, November 11, 2009

Rumah Kristal hadiah untuk ibu

~::Assalamualaikum::~

ARKIB : 09/11/2009

Rumah Kristal hadiah untuk ibu


Sentiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang dikurniakan berkat doa ibu dan bapa tersayang, Muhammad Sani sentiasa berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapanya, Datuk Salleh Biji Sura dan Datin Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalullail.

Rumah Kristal yang bernilai jutaan ringgit ini akhirnya menjadi milik Muhammad Sani. Namun niat sebenarnya adalah untuk menghadiahkan rumah ini kepada ibunya.

Terletak di kawasan perumahan mewah di Kajang, dari jauh sudah terlihat kelainan Rumah Kristal ini.

Gelaran 'Rumah Kristal' sengaja diberi oleh pemiliknya kerana melihatkan 90 peratus daripada dinding luar dan dalam rumah ini dibuat daripada kaca bukannya batu atau kayu seperti kebanyakan rumah lain.

Begitu juga dengan dinding di bahagian dalam rumah yang dibuat daripada kaca yang diimport.

Dibawa melawat rumah ini dan diberi penerangan oleh kakak Muhammad Sani, Wan Anitabanun Salleh, rasa kagum terus menerpa diri.

Seakan sebuah istana kaca, seni bina dan perhiasan yang terdapat di dalamnya amat berbeza dengan rumah Melayu lain.

"Rumah kristal ini asalnya adalah rumah milik pasangan suami isteri berbangsa Inggeris yang berasal dari Amerika Syarikat yang dibina dua tahun lalu.

"Memang pada awalnya mereka berhasrat untuk tinggal di Malaysia. Sebab itu mereka membina rumah ini mengikut ilham dan cita rasa mereka sendiri. Bagaimanapun setelah rumah siap, mereka dipanggil balik ke negara asal akibat masalah kegawatan ekonomi. Sempatlah mereka duduk di sini dua atau tiga bulan,'' kata Wan Anitabanun yang turut ditemani ibunya.

Wan Anitabanun berkata, setiap ruang dan bilik di dalam rumah ini telah siap dengan perabut yang dibeli oleh pasangan suami isteri Inggeris itu.

Mereka menjual rumah ini bersama-sama dengan perabotnya dan Muhammad Sani pula tidak kisah mengekalkannya kerana semua masih baru dan cantik.

Warna hitam dan putih mendominasi keseluruhan Rumah Kristal ini. Kebanyakan perabut dan langsir adalah daripada kedua-dua warna ini. Jubin lantai juga berwarna hitam putih.

Memasuki pintu utama, anda boleh memilih sama ada untuk ke kanan atau ke kiri. Ke kanan adalah tangga untuk ke bilik-bilik di tingkat dua dan tiga rumah ini. Ke kiri pula ialah bilik makan yang menempatkan set meja makan 10 kerusi yang dibaluti dengan fabrik hitam putih.

Berjalan lebih ke depan dan menuruni dua anak tangga dari pintu masuk, anda akan sampai ke ruang tamu utama. Dua buah sofa dua dudukan warna merah hitam diletakkan saling berhadapan sementara dua buah sofa satu dudukan menghadap ke kolam renang yang betul-betul berhadapan dengan ruang tamu.

Jika anda dapat membayangkan, sesiapa yang duduk di ruang tamu ini akan terus dapat melihat mereka yang mandi di kolam renang tersebut. Tiada dinding atau sekatan. Empat pintu kaca besar dapat dibuka seakan-akan tiada berdinding langsung, cuma terlihat juraian air dari atas seakan-akan tirai yang berbuai ditiup angin.

Di kiri ruang tamu ini terdapat sebuah lagi bilik tetamu yang agak privacy. Bilik berpintu kaca ini diisi dengan set sofa kulit berwarna putih.

Dinding utamanya tergantung empat buah jam dinding yang menunjukkan waktu di empat buah bandar utama dunia, iaitu Kuala Lumpur, London, New York dan Sydney.

''Sebenarnya rumah ini ada empat buah ruang tamu, ruang menonton televisyen, enam buah bilik tidur, sebuah bilik tidur besar ala resort di bahagian belakang, bilik tidur di tingkat tiga ala penthouse, bilik mini teater, bilik snooker dan pejabat Muhammad Sani yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup ( CCTV ) yang boleh melihat setiap ruang di dalam rumah ini.

''Oleh kerana terlalu besar dan sukar menguruskan sendiri, Muhammad Sani menggaji seorang pengurus rumah yang menguruskan segala perbelanjaan di dalam rumah seperti membayar bil elektrik dan air, membeli barangan makanan, menguruskan dua orang pengawal rumah, pengawal peribadi dan sebagainya,'' ujar Wan Anitabanun yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Menurut Wan Anitabanun lagi, setiap bilik tidur mempunyai tema tersendiri seperti yang diberikan oleh pemilik asal Rumah Kristal ini. Sebagai contoh, bilik yang dihuninya dipanggil Bilik Resort, manakala Muhammad Sani memilih Bilik Penthouse, selain Bilik Bulan Madu untuk ibu serta Bilik Safari dan Bilik Tepi Pantai untuk adik perempuan dan anak-anaknya.


p/s:- macam tingin je nak pi tengok umah ni..dah la impian aku nk bina rumah kaca kat tepi pantai..huhu

-abe jan, kak sa, please bawa saya ke sana..


Thursday, November 5, 2009

Everyone Connects

~::Assalamualaikum wbt::~

suke sangat dengan iklan TM baru kat tv skrg..."Everyone Connects"..background song pon best..Through My Window by Bunkface.. sangat creative, seroiusly!

kalo ad iklan ni kat tv mmg aku tonton..dan tersengih sendiri... tabik r kepada menyumbang idea untuk iklan ini..syabas TM!...






full songs

__('_')__ I was here!

~::Assalamualaikum wbt::~

Hari ini saya malas nak pi lab..sebab terbangun lambat..rasenya dah kunci jam henpon..lena btol tido malam tadi..maklumlah ptg semalam hujan sampai ke malam...mmg x sedar langsung.. rasenya housemate aku pon cam bgn lambat...pasal aku terjaga pagi td pon sbb dgr pintu umah di tutup.. sian dia pasti rushing giler pi keje...

padahal ade sampel dlm furnace kat lab.. esok je la aku pi grind benda tu...sian Saiful semalam janji nak tunjuk cara press pellet.. esok juga la aku nak uruskan sampel2 tu untuk di characterized...kena cari Kak Jue, En.Hayub, En.Bob, Kak Nurul, DRAS, dll..
Nak cari org ni la mcm tekanan skit..manusia ni pandai berjalan ke hulu ke hilir...jarang lekat kat bilik...meeting la, training la, mkn la, minum la, pi bank la, mcm2 la alasannya... tension aku!

arini dok umah aje ler..basuh kain, sidai baju, kemas bilik, kemas ruangan IKS, kemaskini file, tgk gambar dolu2, mcm2 la ... xtau dah nk wat ape...huhu



Friday, October 30, 2009

Rumahku Syurgaku

~::Assalamualaikum wbt::~

aku rindu kampung..aku rindu sekitar laman umah aku..rindu semua lah..
tumbuhan2 yang menghijau sgt mendamaikan.

si mamat pon nak masuk dalam gambar

sukhoi berlegar2 atas bumbung rumahku

tumbuh-tumbuhan kesayangan mak aku,
orkid menjalar pada tiang telefon menuju langit


buah 'katak puru' (korang tau ke??)

ulam-ulaman, pokok ubat-ubatan dll


byk lagi yang aku rindu sebenarnya..aku nak balik kampung!! Uwaaa

Monday, October 26, 2009

Theme Colour

~::Assalamualaikum wbt::~

sebenarnya aku ni suke kaler yang nampak "buruk".istilah ni aku created sendiri sbb aku x tau caner nak describe...contoh warna2 ala-ala "buruk" ni mcm warna plum, hijau lumut, coklat, pink buruk, kelabu asap, dll..


tapi aku pikir macam susah je nak cari baju2 pengantin kat kedai.. tambah lagi dengan size badan aku yang 'sehat' mcm ni..harapan sangat tipis la.. kalo nak buat memerlukan kos yang besar.. tapi akan ku cuba sampai dapat..misi mencari akan bermula cuti raya aji nanti... agak2 korang aku ni dah terlambat or terlalu awal??

aku ade gak survey kedai2, kebanyakan tarikh yang aku nak tu ramai yang dah tempah..risau gak la sbb time tu kan cuti umum...huhu
Tema 'Purple Orchid' aku akan usaha cari dengan bajet yang ala kadar..Bajet pon ciput je,..majlis pon biasa aje...buat pon kat umah...xde catering, sume masak sendiri secara gotong-royong... khemah pon xde..cukup dengan porch kete ayah aku..harap2 sume nanti berjalan dengan sempurna..amiin



nampak segar je kan??

Wednesday, October 21, 2009

~::Assalamualaikum wbt::~

Ermm..rasenya pasni aku nak berblog pasal persiapan aku mencari hari bahagia..oleh kerana kewangan yg aku ade sangatla terhad, rasenya byk benda aku kena wat sendiri spt bunga telur, hiasan dlm bilik, hantaran (jika ada), dll..

byk benda nak buat sebenarnya, tapi tidak pasti sama ada masa itu cukup atau tidak...jika tiada aral melintang, majlis mayb akan berlangsung pada Februari 2010.. masih ade beberapa bulan saje lagi..at da same time, ramai gak customer aku nak kawin dalam ms terdekat ini...so, tempahan pelanggan perlu di segerakan...

waktu bekerja aku untuk siapkan tempahan pelanggan sangatlah terhad...iaitu waktu antara 8.30pm hingga 12.00am...waktu aku bersantai menonton tv..mata pandang tv, tapi tangan bekerja..haish...

K lah, x larat dah aku nk buka mata, graph yg aku study tadi pon dh makin kecik nampaknya..graf kecik or mata aku yang makin keciK??huhu


pelamin impian (gambar sekadar hiasan)





nite~

Tuesday, October 20, 2009

Hari Minggu

~::Assalamualaikum wbt::~

Beberapa minggu ini aku sangat merindui Kak Nani... Selepas balik dari beraya di kampung hari tu, baru kelmarin aku dapat menemuinya. Lama sungguh rasenya tidak berkongsi cerita dengan dia...Topik yang selalu di bincangkan adalah persiapan kahwin.. Selepas mengikat tali pertunangan beberapa bulan yang lalu, boleh dikatakan tiap2 minggu aku akan keluar menemaninya membeli serba-sedikit persiapan untuk hari bahagianya nanti..

Tidak lama lagi (20 Nov 2009) akan berakhirlah zaman bujang antara Kak Nani & Hafiz.
Sempena sudah beberapa minggu tidak berjumpa, kami ke Jusco untuk menyaksikan filem 'Papadom'.. Kemudian kami menjamu menu diet kami 'steamboat'... Untuk pengetahuan kalian, kami tengah berusaha untuk menurunkan berat badan sebelum hari bahagia berlangsung... Semoga semua usaha tercapai..InsyaAllah