~::Assalamualaikum wbt::~
sok dah nak balik Shah Alam.. xbestnya rase.. xpuas dok kampung yg permai ini..
Jumaat dah janji ngan Puan Nurul nak masuk lab PL..
Akak, bleh tunda x?? sy xmo masuk lab..
Huhu...
erm, schedule utk minggu depan
Jumaat: PL (kul 2pm), analisis
Sabtu: bunge2
Ahad: bunge2 jugak
Isnin: Jumpa DRAS
Selasa: Corrections (jika ada)
Rabu: Proposal Kak Sa
Khamis: Tesis
Jumaat: Jumpa DRAS lagi
Wednesday, July 29, 2009
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:42 PM 0 comments
Labels: merapu
Monday, July 27, 2009
Quick Update!
~::Assalamualaikum wbt::~
sekarang aku portable di Kadok rumah 9w2DCA... saje tengok2 DCA pegang cok (cangkul)...
seb baik pandai gaul simen..xpayah guna cement mixer...di bantu oleh 9w2OIC...sebenarnya bukan DCA dibantu, tapi DCA dan OIC membantu ayahanda membuat pagar konkrit umah DCA..
aku???
aku tukang tengok aje... ERO?? pon tukang tengok gak...
oh, aku x pernah tgk ERO pegang cok...apetah lg anak2 buah....haha
sangat laju Celcom Broadband berfungsi di kampung ini...mengalahkan umah sewa aku di Shah Alam...sgt teruja bile dpt tgk full video dlm Photoaura tanpa tersekat2...
p/s: kul 6ptg akan balik ke base station di Pasir Puteh.. celcom Broadband kembali lembab..oh, tidak!
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:54 PM 2 comments
Labels: merapu
Friday, July 24, 2009
Akhirnya...H1N1...UiTM...dan...Cuti Semester
~::Assalamualaikum wbt::~
akhirnya UiTM Shah Alam pon bercuti...yea yea! aku gembira..
suke2...tonite, aku akan balik kampung bersama CEO..katanya kul 1 am dia akan tiba di Shah Alam amik aku balik...
Oleh kerana byk kampus UiTM yg terpaksa ditutup krn H1N1, UiTM keluarkan pekeliling cuti semester bermula hari ini 24hb hingga 2 ogos...
mcm mana cuti raya nanti?? pendek la ye??
xpa la janji aku dpt balik kg kerana jeles dgn adik2 aku yg telah pulang awal ekoran kampus mereka di tutup beberapa hari yang lalu...byk gak agenda yg bakal dibuat kat kg nanti..terutamanya nk tgk Nurul Nuha anak Fairuz..hehe
TQ UiTM dihatiku selamanya...Mmuah!
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:10 PM 3 comments
Labels: uitm
aku bukan superman
~::Assalamualaikum wbt::~
sonok layan lagu bebudak ni...Lucky Laki...budak2 ni anak2 Ahmad Dhani kumpulan Dewa 19 tu.. ni sume Kak Linda la yang kenalkan...
alahai, TQ ya sis sebab hiburkan kite ngn lagu budak2 ni..
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:26 PM 0 comments
Labels: lagu aku suke
No Land??
~::Assalamualaikum wbt::~
aku ade kawan keje kat off-shore..masa tanya dia kat mana mesti dia jawab 'no land'...puas aku pikir kat mane...lama br dpt tangkap off shore....lembab btol!
slalu tanya dia suasana kat sane mcm mana? ye la kan aku ni sgt mustahil la utk sampai ke sana..keje pon bukan dlm bidang itu...tambah2 aku belum bekerja...katanya perempuan ade beberapa ketol je...
keje plak mencari dan mengorek minyak..pandang bawah laut, kiri kanan laut...berjalan pon atas laut..alahai kalo jatuh camana??
masa plak x sama..kalo kat sini 3.15 ptg, kat sane baru pukul 1.30ptg...kalo time ribut kencang, sejuk sangat..kalo x ribut pon sejuk gak.. katanya juga kat situ cam terapung2..melambung2 cam kat bulan..dia pernah pi bulan kot..jalan2 kat atas tu pon rase senget2...btol ke idak aku pon xpasti sbb x pernah pi sana lg..ntah2 kwn aku ni klentong aku..hahha
aku berkata: "bile agaknya aku nk pi off shore?"
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 3:14 PM 5 comments
Labels: merapu
Wednesday, July 22, 2009
H1N1 dan UiTM~
~::Assalamualaikum wbt::~
selepas UiTM Melaka, kini UiTM Penang plak di tutup sebab virus H1N1..
agak2 bile UiTM Shah Alam plak nak tutup??
aku pon nk balik bercuti gak kat kampung.. seminggu tu lama la jugak...
mana aci adik2 aku je bercuti..
kalo UiTM Shah Alam pon cuti seminggu baru la adil.. btol tak? btol tak? btol tak? (dgn gaya datin wanabe)
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:41 PM 3 comments
Labels: uitm
Tuesday, July 21, 2009
~Reading
~::Assalamualaikum wbt::~
"Ilmu adalah pusaka paling berharga"
tingin nak ade buku lebih byk daripada ini..
p/s: sedang membaca 'Tunggu teduh Dulu'
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 5:35 PM 0 comments
Labels: aku baca
Update!
~::Assalamualaikum wbt::~
SuNfLo CrEaTiVe update!
check it out!
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:34 AM 0 comments
Labels: bunga dip
Sunday, July 19, 2009
Master or PhD??
~::Assalamualaikum wbt::~
Kebelakangan ini bebanan kerja amatlah banyak.. dengan result PL yang perlu di analisis, walaupon masih belum selesai untuk di uji keseluruhan sampel..huhu... oleh kerana aku ni di kira 'orang luar' maka, penggunaan alat PL sangat lah terhad..hanya hari2 tertentu sahaja.. nasib baiklah dapat Asst. Science Officer yang sangat memahami...sama ada beliau betul2 memahami ataupon kerana DRAS yang merupakan 'bos' kepada beliau aku tidak berapa pasti... maka, kuasa kroni digunakan sepenuhnya...
hanya sehari iaitu setiap Jumaat petang adalah masa yang di peruntukkan utk aku menggunakan alat PL itu...xpelah Jumaat pon asalkan ada daripada tiada langsung..
aku juga di amanahkan oleh my sis-in-law utk menyediakan proposal PhD beliau... so, masa2 aku juga perlu dibahagikan sebaik mungkin utk meneliti journals dan memahami penyelidikan yang bakal beliau terokai nanti.. alahai, kadang2 aku rase aku ni buat full time Master of Science, dan part time PhD in business plak..huhu
sangat hebat rasenya kalo aku bleh menguruskan kedua2nya sekali... jangan jadi 'yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran' udah ler... ape2 pon 'misi' harus diteruskan...
'misi' ape cik Imah oi??'-hati aku bertanya
-misi untuk menurunkan berat badan ke tahap ideal la...-mulut aku menjawab
'ko dah tekad ke belum?'-hati aku bertanya lagi
-erm..aku rase dah tekad...InsyaAllah aku cuba sedaya upaya..-mulut aku menjawab lagi sambil senyum2 :-)
'oklah, aku doakan ko berjaya dengan misi ko tu..'-hati aku
-tima kasih. doakan aku ye..-mulut aku
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:29 PM 0 comments
Labels: merapu
Saturday, July 18, 2009
Udang + Vitamin C = RACUN
~::Assalamualaikum wbt::~
saya adalah seorang penggemar makanan laut terutamanya Udang.. saya sangat suke udang..xkesahlah udang tu dimasak macam mana pon asalkan namanya udang saya mesti makan..udang adalah kegemaran saya..cam karangan darjah 1 je..huhu
oleh kerana saya ni penggemar Udang, saya ingin berkongsi 1 artikel yang saya dapat dari emel seorang kawan..selepas ini saya kena berhati-hati supaya tidak mengambil Vitamin C selepas memakan udang..emel ni cam belit2 je ayat dia..
selamat membaca!
Udang+vitamin C = Racun
Hati-hati!!!
Udang + Vitamin C = Racun! Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi... Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.
Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.
Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhubung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide(As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal,pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.
Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.
Thank you.
cedapnya
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 5:28 PM 0 comments
Labels: emel
Friday, July 17, 2009
Tulips
~::Assalamualaikum wbt::~
Semalam seorang pelanggan bunga Dip aku datang rumah bersama kawannya... si kawan ingin menempah 9kuntum bunga dulang sempena majlis pertunangan abangnya..permintaannya supaya aku buat bunga Dip ala2 bunga Tulip..
Tema untuk majlis Turqoise vs Gold..
aku pon google la gambar2 bunga tulip sebabnya aku cam xtau rupa sebenar bunga tulip camana.. xpernah buat lagi...xtaula camana jadinya nanti..huhu
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 7:57 PM 2 comments
Labels: tulips
Wednesday, July 15, 2009
Aku Tunggu
~::Assalamualaikum wbt::~
Masa aku jadi RA, aku selalu tunggu 15hb setiap bulan..
sebabbya aku nak antar punch card kpd RMI..
pastu, aku selalu tunggu hujung bulan..
sebabnya aku nak gi Pejabat Bendahari nak amik cek gaji..
aku jugak selalu tunggu cuti am...
sebabnya aku nak balik kampung..
aku juga selalu tunggu hari Sabtu and Ahad..
sebabnya setiap ujung minggu Kak Nani balik Shah Alam..
Kak Nani selalu ajak aku pi jalan2...
aku tunggu bas kalo nak gi fakulti,
aku tunggu bas kalo nak balik umah..
aku tunggu bas kalo nak gi KL..
setiap masa aku tunggu...
aku dok umah sesorang..
aku tunggu kak Linda balik dar keje..
tunggu nak borak sama2..
tunggu nak tengok Prison Break sama2..
tunggu nk tengok tv sama2...
kalo dia kuar ngn meoww2,
aku masuk bilik menuggu...
aku tunggu sms dari sidia,
aku tunggu panggilan dari sidia,
aku tunggu nasihat dari sidia,
aku tunggu sidia bercerita, sbb dia mmg byk cerita,
aku tunggu sbb nak dengar suara sidia..
pergi post-office kena tunggu,
pergi bank kena tunggu,
pergi mana2 pon mesti kena tunggu..
tiap2 hari kena tunggu..
tiap2 masa kena tunggu..
kadang2 aku sangat benci menunggu..
Aku sangat benci bile kena TUNGGU...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:02 PM 5 comments
Labels: aku busan
Cinta, Kasih dan Sayang
aku berkata "kalo korang banyak masa dan dalam keadaan rajin, baca la...kalo malas x payah baca..aku copyright dari emel je ni"...
Namun sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata. Sebuah syair arab mengungkapkan,” Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya”
Rasa sayang seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap dan kata-kata yang natural bersahaja. Begitu juga sebaliknya.Ini bermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.
Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai. Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam, malah menyalahi etika budaya timur.
Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu disuburkan. Demikian juga perasaan sayang ibu bapa dan anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi”
Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh disuburkan melalui tindakan lahit dan kata-kata.
Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan suami sudah cukup mengambarkan perasaan cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Jika dijadikan amalan harian, nescaya cinta akan subur seperti tanaman yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.
Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya ke pintu sebelum si suami melangkah keluar ke tempat kerja sudah memadai untuk mencerminkan rasa hormat dan cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.
Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada perlakuan dan kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan seluruh perasaan cinta seseorang terhadap orang yang dicintainya. Lain orang. lain cara ungkapan dan luahan rasa cintanya.
Walaupun ungkapan ”Aku mencintaimu” ( I LOVE YOU ) selalu diungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami isteri di layar perak, namun dalam realiti kehidupan, pelabagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan ungkapan-ungkapan ini sekadar contoh:-
” Cantik Ana tengok abang pakai baju ni”
Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri.
Namun begitu, jika mengungkapkan rasa cinta secara langsung dan terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan ” Aku mencintaimu:” menjadi basahan bibir suami isteri.
Dari mata turun ke hati. Ini merupakan ungkapan yang mengambarkan peranan mata untuk jalinan cinta. Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika pasangan suami isteri selalu mengelak untuk bertentang mata bila berbicara.
Antara bukti cinta ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.
Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata berikut kepada Sayidatina Aisyah r.ha untuk mengambarkan ingtaan dan perasaan sayangnya kepada isteri baginda Sayidatina Khadijah r.ha yang telah wafat.:” Khadijah mencintaiku disaat aku sengsara. Khadijah beriman kepadaku pada waktu orang lain tidak percaya dan menganggapku gila. Khadijah memberikan banyak sekali pengorbanan untukku ketika orang lain memusuhiku. Patutkah aku melupakan perempuan seagung itu walaupun misalnya dia bukan isteriku? Dan dia adalah isteriku dan ibu kepada anak-anakku.
Dalam meluah dan mempamerkan rasa cinta, batas yang diperaturkan oleh Islam ialah perlunya ada rasa malu. Adanya rasa malu merupakan cermin iman di hati. Perasaan malu menghalang luahan cinta di luar batasan. Disebabkan hilang atau kurang rasa malu, pasangan-pasangan di barat mempamerkan rasa cinta dengan perlakuan yang tidak bermoral.
Perasaan malu juga menjadi benteng untuk imbangan diri tatkala mengalami gelodak cinta yang tidak kesampaian.
Seorang gadis yang menyimpan rasa cinta pada seorang teruna tidak akan bertindak di luar batasan jika ada perasaan malu di hati. Dia percaya, cinta seumpama itu hanya dapat disuburkan melalui ikatan perkahwinan. tetapi jika bukan jodohnya, dia rela menjadi scret admirer kepada si teruna dan rasa cinta itu satu waktu akan hilang dengan sendirinya bila Allah pertemukan jodohnya dengan teruna lain.
Dalam hubungan cinta antara ibubapa dan anak-anak, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia. Ertinya, Allah Yang Maha Penyayang memakbulkan doa orang yang penyayang jika dia berdoa untuk orang disayanginya.
Ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang bergelar ibu. Sebab itu dikatakan bahawa doa ibu sangat makbul. Bahkan sumpah seranah seorang ibu dikira sebagai doa !.
Dengan kekuatan cinta, seorang wanita dapat membentuk dan mendidik anak-anaknya ke arah yang diredhai Allah.
Sebaik-baik didikan ialah yang dimulakan dengan mengenalkan anak kepada Tuhan hingga si anak dapat belajar mencintaiNYA. Tetapi belaian, asuhan dan didikan seorangn ibu tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan doa yang berterusan.
Doa adalah tanda ingatan kita pada Pencipta. Dan doa juga merupakan bukti cinta hamba pada Tuhannya.
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:09 PM 0 comments
Labels: emel
Monday, July 13, 2009
budak2 zaman sekarang
~::Assalamualaikum wbt::~
sunflo: weh,
sunflo: xg ngaja ke?
mc.ja: br hbis klas la
mc.ja: jap lg ada klas plk
sunflo: ooo..ok dok budok2??
sunflo: ni dok mano?
mc.ja: macam dkat zoo je sek ni mu
mc.ja: teruk sgt
mc.ja: ri2 siap gocoh cikgu lg
mc.ja: takut aku
sunflo: mu kena raging ngn budok2 ko?
sunflo: hocoh sapo?
sunflo: gocoh sapo?
mc.ja: dia gocoh cikgu gstt
sunflo: cikgu tino ke?
sunflo: jahatnya budok2 sekoloh mu
sunflo: mesti mu gi kelas dgn rase takut kan??
sunflo: budak2 hok mu ngaja pon bermasalah jugok ko?
mc.ja: ya la...cikgu siap pesan dkat aku berhati2
aku komen:
ni la budak2 zaman skrg...xde disiplin langsung! cikgu sendiri pon takut ngan budak2.siap terajang cikgu lagi adalah..hnal mcm ni nak salahkan siapa??
budak itu sendiri?
atau cikgu2 kat skolah?
atau pon mak bapak yg x pandai nak bentuk anak jd seorang yg berdisiplin dan menghormati orang budak dewasa?...
kalo perangai bebudak tu dah asalnya teruk sangat, camana cikgu2 nk dekati? sedangkan cikgu sendiri pon di ancam oleh budak2 yg xde disiplin.
ramai yg ckp bebudak skrg xde disiplin sbb masa kecik mak bapak kasi anak minum susu formula...yang kononnya susu formula tu asalnya dari susu lembu...so, bebudak zaman skrg ikut perangai lembu la...aka binatang..tu pangai teruk sgt...nasihat pon xleh pakai..
huhu
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:37 AM 0 comments
Labels: merapu
PL
~::Assalamualaikum wbt::~
Pepagi dapat fon kol dari Puan Nurul.... "imah, ko baru bangun tido ke??"
"isk, xde la kak...da lama bangun..knp kak?" -aku
"imah, kalo nk guna PL datanglah ari Jumaat...akak dah susun jadual utk imah..Jumaat petang..akak rehat sekejap je...kul 2 dah bleh guna...byk x sampel?"
"sampel haritu la...dalam 10 je..." -aku
"nanti datang la ye...akak tunggu"
"ok" - aku
p/s : akhirnya, setelah setahun aku menunggu dapatlah aku guna alat yang berjuta2 harganya itu...harapnya semua ok Jumaat nanti..InsyaAllah
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:12 AM 0 comments
Labels: MSc
Sunday, July 12, 2009
PENGUMUMAN PENUKARAN FREKUENSI 9M4RBJ (PEMANCAR)
~::Assalamualaikum wbt::~
This is an email from '9w2lrt.com'
Message:
PENGUMUMAN
Penukaran frekuensi 9M4RBJ (PEMANCAR) berkuatkuasa 11hb JULAI 2009
FREKUENSI BARU
146.900 SHIFT-0.600 TONE 123
Harap maklum
De 9W2LRT
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:04 PM 0 comments
Labels: radio amateur
Thursday, July 9, 2009
Kaabah enggan bergerak
~::Assalamualaikum wbt::~
aku dapat emel ini dari sepupu aku 9W2SHE...
Dear All,
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci.
Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
tok guru dah mula kuliah.
Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat.. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.
Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia. Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga.....
How nice kan .... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....
p/s: bile agaknya aku akan ke Tanah Suci?? sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah..semoga Allah permudahkan aku utk ke sana.
INgatKan TuHan...
YakinKan DiRI...
tANAmkan KeikHLASan..
daN iMpikaN sUAtu YanG aBaDI.. pEaCE
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:36 AM 3 comments
Wednesday, July 8, 2009
(^_^)
~::Assalamualaikum wbt::~
rase bengang ngn en.F***al....
dah sebulan lebih aku antar borang mintak bajet utk konferen...alih2 dia jwb "ramai yg mintak dah tebal ni (sambil menunjukkan ketebalan kertan dengan jari) borang kat atas meja saya...dekan x buat meeting lagi...nanti dah lulus saya call..bukan awak sorang yg mintak"..
bile agaknya dekan nak buat meeting??
1st time aku jumpe en.F***al ok je layanan dia...selepas jumpe Dr.Roy, beliau bertanyakan pada aku sama ada layanan en.F ok ke x...aku jawabla ok..masa tu aku rase ok je...normal...
tidak lama selepas itu, aku dengar2 ramai manusia x suke ngn en.F sbb sikapnya yg selalu kurang ajar..aku x tau la sejauh mana kurang ajarnya terhadap mangsa2 yg pernah terkena dengannya...
cara dia cakap ngan aku semalam xdelah rase kejam mane..biasa je...tp muke dia tu yg aku x leh blah..gaya jantan kerek!
bukan orang besar kat fakulti pon...berlagak cam hape!
p/s:bile bajet aku nk lulus???
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 7:49 AM 0 comments
Monday, July 6, 2009
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 6:10 PM 2 comments
Update~
~::Assalamualaikum wbt::~
balik kampung selama seminggu x cukup puas untuk aku beristirehat..
dok umah sahaja sambil menjahit manik untuk dua orang pelanggan baru..keke
utk gambar sila klik SuNfLo CrEaTiVe.
p/s: baru nak belajar wat sulam bunga benang..belajar sendiri2.ntah jadi ntah tidak
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:31 AM 0 comments