~::Assalamualaikum wbt::~
Selepas kejadian kehilangan laptop aku di rumah 2minggu sebelum menjelang raya, ada lagi kecurian yg berlaku kepada orang2 keliling aku...
Terbaru, Selasa (290909) rumah sewa adik aku (9w2ERO) pula di pecah masuk..kejadian berlaku antara jam 8 a.m hingga 11 a.m. semua penghuni tiada di rumah kerana berada di kampus menghadiri kuliah..
Banyak juga barang2 yang hilang seperti laptop, telefon bimbit, dll...yang paling penting handy icom adik aku juga di kebas pencuri durjana itu.. kunci spare motor adik aku pon hilang juga... beg buruk adik aku pon dorang ambil...duit syiling pon sapu juga.. dah namanya pencuri sume benda nak ambil... sabar la ye kepada adik aku and the gangs.. Ni sume ujian supaya kita lebih cakna terhadap keadaan sekeliling.. supaya lebih berhati-hati, supaya lebih beringat, supaya sentiasa ingat kepada-Nya.
Semalam, Rabu (300909), aku dapat sms dari kawan aku Fit, bahawa dia pon mengalami masalah yang sama dengan aku... Rumah sewanya di Bukit Angkasa juga di pecah masuk oleh pencuri batak...kejadian mungkin berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri... kebanyakan penghuni pulang ke kampung masing2 untuk meraikan Hari Raya.
Sabar ye Fit... Ujian dan dugaan memang kita x jangka...Menurut Fit banyak gak barang yang hilang...TV, rak TV, iron, tilam, barang2 letrik, pinggan mangkuk dll...agaknya pencuri tu nk masuk umah baru kot.. yang paling berharga adalah pendrive yang mengandungi Tesis Master... Fit ni dah nak abis master..Tunggu nak hantar tesis je... Sabar banyak2 Fit...meh kita sama2 perah otak mengarang tesis..
*copy and paste dari blog ustad Pamie Si Janggut Perang
Firman Allah Tabaraka Wa Taala
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan
[Al-Talaq:7]
FirmanNya lagi:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlag Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebeblum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
[Al-Baqarah:286]
Imam Al- Hallaj rahimullahu taala pula pernah berkata:
Nafsumu itu juka kau tidak sibukkan dia (dengan urusan akhirat) maka dia akan sibukkan kau (dengan urusan dunia yang remeh temeh)
berkata lagi Imam Al-Zarnuji:
"maka sayugiakah kepada setiap seorang daripada kita untuk menyibikkan diri dengan amalan2 kebaikan hingga dia tak sempat nak menyibukkan dirinya dengan hawa nafsunya..dan seharusnyalah seseorang yang berakal waras tidak bersedih dengan duniawi kerana kesedihan dan kepiluan hati itu tidak akan menolak musibah.. sedikit pun manfaat tak akan dapat bahkan memudaratkan pula hati, tubuh badan dan akal.. makan isikanlah ia dengan amalan kebaikan dah bersedihlah untuk akhirat kerana ianya sememangnya memberi manfaat.."
Ya Allah Ya Tuahn kami.. kami memohon perlindungan dari-Mu daripada kesedihan dan kemurungan..
Ameen ya rabbal alameen
P/S: Sume ujian yang di terima kena terima dengan Redha.. Ada hikmah di sebaliknya...
1 comments:
aduss kesian ERO..mudahan dia banyak bersabar
Post a Comment