~::Assalamualaikum wbt::~
aku rindu kampung..aku rindu sekitar laman umah aku..rindu semua lah..
tumbuhan2 yang menghijau sgt mendamaikan.
Friday, October 30, 2009
Rumahku Syurgaku
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:58 AM 0 comments
Labels: diri aku
Monday, October 26, 2009
Theme Colour
~::Assalamualaikum wbt::~
sebenarnya aku ni suke kaler yang nampak "buruk".istilah ni aku created sendiri sbb aku x tau caner nak describe...contoh warna2 ala-ala "buruk" ni mcm warna plum, hijau lumut, coklat, pink buruk, kelabu asap, dll..
tapi aku pikir macam susah je nak cari baju2 pengantin kat kedai.. tambah lagi dengan size badan aku yang 'sehat' mcm ni..harapan sangat tipis la.. kalo nak buat memerlukan kos yang besar.. tapi akan ku cuba sampai dapat..misi mencari akan bermula cuti raya aji nanti... agak2 korang aku ni dah terlambat or terlalu awal??
aku ade gak survey kedai2, kebanyakan tarikh yang aku nak tu ramai yang dah tempah..risau gak la sbb time tu kan cuti umum...huhu
Tema 'Purple Orchid' aku akan usaha cari dengan bajet yang ala kadar..Bajet pon ciput je,..majlis pon biasa aje...buat pon kat umah...xde catering, sume masak sendiri secara gotong-royong... khemah pon xde..cukup dengan porch kete ayah aku..harap2 sume nanti berjalan dengan sempurna..amiin
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:13 PM 5 comments
Wednesday, October 21, 2009
~::Assalamualaikum wbt::~
Ermm..rasenya pasni aku nak berblog pasal persiapan aku mencari hari bahagia..oleh kerana kewangan yg aku ade sangatla terhad, rasenya byk benda aku kena wat sendiri spt bunga telur, hiasan dlm bilik, hantaran (jika ada), dll..
byk benda nak buat sebenarnya, tapi tidak pasti sama ada masa itu cukup atau tidak...jika tiada aral melintang, majlis mayb akan berlangsung pada Februari 2010.. masih ade beberapa bulan saje lagi..at da same time, ramai gak customer aku nak kawin dalam ms terdekat ini...so, tempahan pelanggan perlu di segerakan...
waktu bekerja aku untuk siapkan tempahan pelanggan sangatlah terhad...iaitu waktu antara 8.30pm hingga 12.00am...waktu aku bersantai menonton tv..mata pandang tv, tapi tangan bekerja..haish...
K lah, x larat dah aku nk buka mata, graph yg aku study tadi pon dh makin kecik nampaknya..graf kecik or mata aku yang makin keciK??huhu
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:58 AM 0 comments
Labels: mybigday
Tuesday, October 20, 2009
Hari Minggu
~::Assalamualaikum wbt::~
Beberapa minggu ini aku sangat merindui Kak Nani... Selepas balik dari beraya di kampung hari tu, baru kelmarin aku dapat menemuinya. Lama sungguh rasenya tidak berkongsi cerita dengan dia...Topik yang selalu di bincangkan adalah persiapan kahwin.. Selepas mengikat tali pertunangan beberapa bulan yang lalu, boleh dikatakan tiap2 minggu aku akan keluar menemaninya membeli serba-sedikit persiapan untuk hari bahagianya nanti..
Tidak lama lagi (20 Nov 2009) akan berakhirlah zaman bujang antara Kak Nani & Hafiz.
Sempena sudah beberapa minggu tidak berjumpa, kami ke Jusco untuk menyaksikan filem 'Papadom'.. Kemudian kami menjamu menu diet kami 'steamboat'... Untuk pengetahuan kalian, kami tengah berusaha untuk menurunkan berat badan sebelum hari bahagia berlangsung... Semoga semua usaha tercapai..InsyaAllah
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 3:17 AM 0 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
'Papadom'-sebuah citer arahan Afdlin Syauki yang telah memenangi beberapa anugerah..Citer ni sangat2 kelakar dan juga mempunyai elemen yang menyentuh jiwa.. Dah 2 kali aku menontonnya kelmarin dan semalam.. aku bagi 4 stars..sebab aku suke dengan citer ini..
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:38 AM 2 comments
Labels: aku suke
Friday, October 16, 2009
kenape?
~::Assalamualaikum wbt::~
dah buat tapi macam x sempurna....
aku kalut? rasenya dah buat ikut planning...
banyak benda tengah Q..
wat satu-satu la imah...jangan gelabah sangat..
wat2 cool ok..."- sunflower
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:20 PM 0 comments
Labels: diri aku
Wednesday, October 14, 2009
32 ways to cope with stress!!
~::Assalamualaikum wbt::~
Dis week rase sangat malas nak belajar..tesis pon dok tang tu jugak..bertambah 2-3 ayat je..huhu
nak kate tension x de lah..tp MALAS yang paling utama..haish, bile nk rajin ni??
Last week mak aku asyik tanya je,
"keje dah siap ke??ade jumpe lecturer ke??".-ayat ni agak tensen skit utk aku...haha
oleh kerana bilik pon dah bersepah2 dengan jurnal2 yang aku x brp nak paham, terpaksa la kena kemaskan dan masuk dalam file elok2...
buku2 kat atas meja pon kena la susun elok2..
masa dok kemas2 aku jumpe la satu buku 6pages yang di keluarkan oleh I-care UiTM yang tajuknya 'Tips for Academic Enhancement'
aku lak tertarik dengan 1 tajuk ni..saje nak share ngan korang
1. do your Prayers
2. believe in Allah for muslim
3. never hurt your parents
4. don't rely on your memory. write it down
5. say "no" more often
6. set priorities in your life
7. avoid negative place
8. use time wisely
9. look at problem as challenges
10. smile :-)
11. say something nice to someone
12. be aware of the decision you made
13. believe in yourself
14. stop saying negative things to yourself
15. practice taking a deep breaths
16. listen to the music
17. buy yourself flower
18. find support from others
19. do it today
20. put safety first
21. strive for excellence NOT perfection
22. maintain your good health
23. plant a tree
24. stand up and stretch
25. be responsible for your feelings
26. become a better listener
27. exercise everyday
28. go to class early
29. have a support network of people, places and things
30. get enough sleep
31. love yourself than other
32. read the Quran for muslim students
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:45 AM 5 comments
Labels: diri aku
Tuesday, October 13, 2009
Base station~
~::Assalamualaikum wbt::~
rindu sangat sama ini rumah..di sini la tinggalnya 2 insan yang tidak pernah jemu membesarkan dan mendidik aku sehingga jadinya aku seperti hari ini..
posting kali ini bermaksud, "aku ingin pulang"
aku rindu sama itu penghuni rumah..
.
.
.
.
.
.
.
p/s: lambanya raye haji..aku ingin pulang
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:55 AM 0 comments
Labels: diri aku
Monday, October 12, 2009
Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah
~::Assalamualaikum wbt::~
saya ada menerima forwarded emel dari seorang kawan yang ingin di kongsi bersama pembaca blog saya...(kalo ade pembaca la..)
Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum
"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
sumber; eramuslim
p/s: masyaAllah
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:20 PM 0 comments
Labels: emel
Tuesday, October 6, 2009
~::Assalamualaikum wbt::~
Tiada input yang berguna, atau teladan untuk di tonjolkan.
Aku perlu 'upgrate' idea, gaya penulisan, ilustrasi dan sebagainya
untuk memuaskan hati aku."-sunflower
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:54 PM 0 comments
Monday, October 5, 2009
'Kek Sarawak'
~::Assalamualaikum wbt::~
Kepada kwn2 ku sekalian...di sini aku ingin menyampaikan pesanan daripada sahabatku Nisa yang kini berada di Miri, Sarawak..Beliau akan pulang ke semenanjung pada 6 November 2009.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah kek Sarawak, bleh la berbuat demikian dengan memberi nama, jenis kek dan kuantiti yang di inginkan kepada saya..
Saiz kek aku x pasti besar mana..tidak di beritahu..tapi kalo x silap aku 4x6x20
Harga cuma RM20.
Rasanya sungguh sedap sebab aku pernah merasainya sebelum ini.
Contoh gambar yang di 'SMS'kan kepada saya adalah seperti di bawah.
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:28 AM 0 comments
Friday, October 2, 2009
ASMA ALLAH -Sami yusuf (OST Jejak Rasul 15)
~::Assalamualaikum wbt::~
Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)
Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)
Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)
Oltof binaa
(Show gentleness to us)
p/s: suke sangat lagu ni...menyentuh perasaan
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:14 AM 1 comments
Labels: lagu aku suke
Kahwin~
~::Assalamualaikum wbt::~
Sempena Hari Raya baru2 ini, banyak jemputan kahwin perlu di hadiri...tapi atas sebab2 yang x dapat di elakkan, banyak juga majlis yang aku x dapat hadiri...
Bermula dengan majlis Perkahwinan Ery Erma dan Mat Kamaruzaman pada 3 Syawal (220909)..tu pon dalam kul 5ptg br aku bertolak ke rumah Ery ekoran ramai tetamu yang datang ke rumah pada hari itu.tambahan pula mak dan ayah aku tiada di rumah kerana mengikuti rombongan meminang sepupu aku ustaz Ezad ke Kuala Terengganu. nak jadikan cerita, Ery ni kawan masa sekolah di KT dulu..Sama2 beradu di S.Rockians berdepan dengan cube bilik aku... Manakala si Mat ni plak classmate aku masa kat UiTM. Kiranya dua2 kawan aku lah.. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat..
Pada hari yang sama, classmate aku Fadia yang merupakan rumet kepada si Ery juga bertunang bersama pasangannya Muallim Mursyid.. Semoga cepat2 kawin k..:-)
Hari Khamis (240909) bersamaan 5 Syawal, aku menerima 4 jemputan ke majlis perkahwinan...
1. Hayya dan Khalis-Pasir Mas
2. Riena dan Yuslan-Kedai Buluh, KB
3. Kak Nizura dan Redzuan-Kuala Krai
4. Mat dan Ery-KB ( x gi pon xpe sebab dah g belah Ery)
Malangnya ke empat2 majlis aku x pi... Perut meragam sampai ke petang...ulang alik masuk toilet aje...begitu juga dengan ahli keluarga aku yang lain... Sangat terkilan x dapat hadiri kenduri mereka.. Hayya merupakan rumet aku masa kat KT. Riena pon sama..sebelah bilik aku je..Kak Zura pula coursemate aku kat UiTM.. Sori sangat2 kengkawan.. Semoga kalian berbahagia mengharungi alam rumah tangga.
Hari Jumaat, 6 Syawal Liza dan Zack kahwin.. dapat jemputan melalui inbox friendster aje.. xde alamat di tinggalkan..ala-ala jemputan ajak2 ayam..so, x pi.
Ejak (Noridayu) pon jemput aku pi majlis kenduri abangnya.. tapi xdpt gi sebab x de transport..
Sabtu, 7 Syawal anak sepupu kepada mak aku pula kawin..mak aku suh aku ikut sekali sebab nak kenalkan aku kepada saudara mara...Maklumlah saudara mara aku ramai x kenal aku sebab aku ni jarang ade di rumah..aku ni perantau sejak di bangku sekolah lagi..
Itu je la bebelan aku untuk kali ini...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:30 AM 0 comments
Thursday, October 1, 2009
Kehilangan Part II
~::Assalamualaikum wbt::~
Selepas kejadian kehilangan laptop aku di rumah 2minggu sebelum menjelang raya, ada lagi kecurian yg berlaku kepada orang2 keliling aku...
Terbaru, Selasa (290909) rumah sewa adik aku (9w2ERO) pula di pecah masuk..kejadian berlaku antara jam 8 a.m hingga 11 a.m. semua penghuni tiada di rumah kerana berada di kampus menghadiri kuliah..
Banyak juga barang2 yang hilang seperti laptop, telefon bimbit, dll...yang paling penting handy icom adik aku juga di kebas pencuri durjana itu.. kunci spare motor adik aku pon hilang juga... beg buruk adik aku pon dorang ambil...duit syiling pon sapu juga.. dah namanya pencuri sume benda nak ambil... sabar la ye kepada adik aku and the gangs.. Ni sume ujian supaya kita lebih cakna terhadap keadaan sekeliling.. supaya lebih berhati-hati, supaya lebih beringat, supaya sentiasa ingat kepada-Nya.
Semalam, Rabu (300909), aku dapat sms dari kawan aku Fit, bahawa dia pon mengalami masalah yang sama dengan aku... Rumah sewanya di Bukit Angkasa juga di pecah masuk oleh pencuri batak...kejadian mungkin berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri... kebanyakan penghuni pulang ke kampung masing2 untuk meraikan Hari Raya.
Sabar ye Fit... Ujian dan dugaan memang kita x jangka...Menurut Fit banyak gak barang yang hilang...TV, rak TV, iron, tilam, barang2 letrik, pinggan mangkuk dll...agaknya pencuri tu nk masuk umah baru kot.. yang paling berharga adalah pendrive yang mengandungi Tesis Master... Fit ni dah nak abis master..Tunggu nak hantar tesis je... Sabar banyak2 Fit...meh kita sama2 perah otak mengarang tesis..
*copy and paste dari blog ustad Pamie Si Janggut Perang
Firman Allah Tabaraka Wa Taala
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan
[Al-Talaq:7]
FirmanNya lagi:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlag Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebeblum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
[Al-Baqarah:286]
Imam Al- Hallaj rahimullahu taala pula pernah berkata:
Nafsumu itu juka kau tidak sibukkan dia (dengan urusan akhirat) maka dia akan sibukkan kau (dengan urusan dunia yang remeh temeh)
berkata lagi Imam Al-Zarnuji:
"maka sayugiakah kepada setiap seorang daripada kita untuk menyibikkan diri dengan amalan2 kebaikan hingga dia tak sempat nak menyibukkan dirinya dengan hawa nafsunya..dan seharusnyalah seseorang yang berakal waras tidak bersedih dengan duniawi kerana kesedihan dan kepiluan hati itu tidak akan menolak musibah.. sedikit pun manfaat tak akan dapat bahkan memudaratkan pula hati, tubuh badan dan akal.. makan isikanlah ia dengan amalan kebaikan dah bersedihlah untuk akhirat kerana ianya sememangnya memberi manfaat.."
Ya Allah Ya Tuahn kami.. kami memohon perlindungan dari-Mu daripada kesedihan dan kemurungan..
Ameen ya rabbal alameen
P/S: Sume ujian yang di terima kena terima dengan Redha.. Ada hikmah di sebaliknya...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:45 AM 1 comments
Labels: undefined