CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 18, 2008

Membaca Jambatan Ilmu...

Alhamdulillah..Aku baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin..Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Bagi aku buku ini sangat bagus untuk di baca dan dijadikan koleksi..


ni la bukunya

Aku pinjam buku ni daripada kawan aku Fadia..TQ Fadia. Aku pun perlu memiliki buku ini. Rugi rasanya jika tidak menjadikannya sebagai koleksi peribadi.

“Membaca Jambatan Ilmu”

Kalau zaman di bangku sekolah, aku suka membeli komik ‘kawan’. Menjadikan buku ‘kawan’ sebagai buku wajib beli tiap2 bulan. Kesian ayah aku. Kadang2 aku mengamuk nk beli buku ‘Mickey Mouse’..Tapi jarang dapat beli buku ni sebab harganya yang mahal. So, tak dapatlah buku ni jadi bahan koleksi aku.

Dah meningkat remaja, aku beralih ke membaca novel-novel cinta..Ni semua pengaruh kawan2. Zaman sekolah menengah hanya pinjam dari kengkawan. Masa dulu x ada duit utk beli novel. Bila dah masuk form 4 & 5 aku terpengaruh plak ngan cik Ain untuk membaca komik. Masa kat hostel stok komik banyak.. Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Pakar Judo, GTO, Juara Bola Keranjang dan bermacam jenis komik lagi…Lupe dah ape lagi tajuk…Semua komik tu aku suka baca tapi yg menjadi koleksi aku hanya Great Teacher Onizuka (GTO). Tima kasih kepada Ain kerana mencompletekan koleksi aku ini. Kalo x salah ada episode 1 – 25. Tapi episode 24 missing. Aku rase aku dah hadiahkan kepada Mukh b4 abis sekolah dulu. Mase sesi tukar2 barang, hanya komik tu yg aku ada utk kasi kat dia. Mukh plak bg novel “Kau Yang Satu” karya Nia Azalea. Jiwang tul mamat ni.

Bile melangkah ke Matrikulasi and U, aku mula berjinak2 utk membeli novel.. Novel Alaf 21 dan Creative menjadi pilihan aku..Novel creative x byk koleksi sgt pasal bukunya mahal tapi kertasnya buruk..Rugi tul. Buku Alaf 21 mampu dibeli n kertasnya cantik.. Beratus2 juga la aku berhabis duit utk beli novel.Minat punya pasal aku x kesah. Nak gitau tajuk2 banyak sgt. Lagipon dah lupe ape tajuknya. Sumenya tersimpan rapi dalam kotak A4 kat kg. Tunggu masa utk di pamerkan. Ntah bile agaknya aku akan mempunyai “Mini Library” di rumah sendiri..huhu

Minat aku utk kumpul novel berhenti seketika ekoran assignment yg bertimbun dan ingin menumpukan pada pelajaran. Lagipun semasa tinggal di rumah sewa, semuanya kena saving. Dah x boleh nk beli novel lagi. Ptptn hanya utk makan, umah sewa, tambang.huhu..

Selepas aku memasuki alam pekerjaan ‘seketika’, minat membaca datang kembali. Kali ini aku berjinak2 dengan buku2 H.M Tuah Iskandar Al-Haj. Hampir semua aku dah baca. Hanya beberapa buku sudah menjadi koleksi peribadi aku. Dah lama aku meminati karya beliau, x kira novel, motivation atau ceramah2 kat tv… Nisa adalah rakan seperjuangan yg juga meminati Tuah. Selalu pinjam buku2 Tuah dari Nisa. Sekarang adalah masanya utk aku mengumpul satu demi satu buku hasil tulisan beliau.

Korang dah baca buku “Reaching for the Stars”?. Karya Allahyarham Syeikh Mustapha Shukor adik kepada Dr.Syeikh Muszaphar Shukor. Menitiskan air mata bile membaca buku tu.huhu. Lepas ni aku nk sambung baca buku “Dalam Mihrab Cinta” karya Habiburrahman (penulis novel ayat2 cinta). Buku ini aku pinjam dari Kak Nani. Kak Nani plak pinjam dari ofismate dia (kak Safiah)… “Membaca Jambatan Ilmu” pupuk minat membaca dari kecil…

0 comments: