~::Assalamualaikum wbt::~
lama sgt dah x update! byk cite nak cite...huhu
tp masa xde...:(
Wednesday, July 20, 2011
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:13 AM 0 comments
Monday, May 2, 2011
For Daddy
~::Assalamualaikum wbt::~
Dah sebulan daddy x main ngn Syifaa' . Hanya dgr suara melalui tepon shj.
Syifaa' rindu daddy sgt2!! Mummy pon rindu daddy juga.. cepat lah daddy balik...
Syifaa' tunggu kat rumah nenek k..
Ni Syifaa' bagi daddy tengok gambar terbaru. Mummy baru snap semalam..
Luv daddy so much!
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 3:42 PM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Sunday, May 1, 2011
1st Anniversary@ 29 April 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
29 April 2011 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Syifaa' pula genap umur 80 hari. Alhamdulillah, Syifaa' sihat sentiasa..setakat hari ini, belum ada demam or sakit2. harap anak mummy ni sentiasa sihat. tiap2 hari mummy doa supaya Syifaa' x kena sakit, biar mummy yg kena sakit Syifaa' tu.. nak Syifaa' sentiasa sihat dan gembira.
1st anniversary, mummy sambut ngn Syifaa' aje..Daddy xleh balik.. xpe la..
pesanan utk daddy: "semoga kasih sayang kita sentiasa segar sampai bila-bila..amiin"
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 8:54 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Syifaa’ 57 hari @6 April 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
Hari ni genap umur Syifaa’ 57 hari. Hari ni Syifaa’ kena cucuk lagi untuk umur 2 bulan. Macam biasa sebelum cucuk, Syifaa’ kena timbang dulu, ukur kepala dan panjang.
Dan resultnya seperti berikut:
Lilit kepala : dari 35.5 cm ke 36 cm
Panjang : dari 49 cm ke 51 cm
Berat : dari 3.0 kg ke 3.6 kg
BMI untuk umur : 13
Anak mummy ni x cukup lg 4 kg. Bila agaknya anak mummy nak besar ni?? Setakat ni Syifaa’ masih breastfeeding secara eksklusif. Alhamdulillah, harapnya susu yang ada ini mencukupi untuk Syifaa’. Kalo boleh biarlah Syifaa’ bf sampai umur 2 thn. InsyaAllah. Sayang Syifaa’ sgt2.
Hari ini juga mummy dpt mesej dari daddy yang berbunyi :
“ Syifaa’ daddy dh cucuk ke? Ciannya bucuk daddy, sabo tau..daddy pun dulu mcm syifaa’ gak, cucuk je kojenya selagi x abis. Daddy rindu syifaa’ sgt tiap2 mlm tdo ngn pic syifaa’. Rindu sgt nk tgk syifaa’ kayuh2. Syifaa’ jgn meragam tau, nnt mummy pening. Walaupun syifaa’ daddy bucuk tp bau 2 la yg daddy rindu sgt. Daddy doa semoga Allah bg kesihatan yg baik utk syifaa’ dan mummy. Smoga syifaa’ jd anak daddy yg baik, bijak, sht n comel. Daddy rindu sgt syifaa’ nih! Muah22!!!”
Daddy nih, kalo rindu balik la Klate tgk mummy n Syifaa’.
Xoxo,
Mummy Syifaa’
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:20 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Syifaa’ 41 hari @21 Mac 2011
~::Assalamualaikum wbt::~ Syifaa’ dah genap 41 hari. Rutin Syifaa’ dah berubah, biasanya Syifaa’ akan bangun tengah2 malam dan awal pagi beberapa kali untuk bermain2 dan minum susu. Macam2 lagu terpaksa mummy dan daddy nyanyikan utk dodoikan Syifaa’. Pelbagai rentak zikir, lagu kanak2 di gunakan. Sekarang tidak lagi. Cuma bangun sekejap untuk minum susu dan sambung tido sampai pagi. Awal2 pagi dah bangun kejut mummy, daddy, datuk dan nenek untuk solat subuh. TQ sayang!! Lagi satu tabiat Syifaa’, pandai tipu mummy dan daddy. Bila dah Nampak dia nyenyak tidur dlm pangkuan, dah abis dodoi, bila nak letak atas tilam terus mata dia celik dan senyum. Memula rasa gak geram, tapi bila dia senyum x jadi nak marah, mummy pon tergelak sendiri. Cerdik betul budak Syifaa’ ni. Nenek pon kadang2 naik pening dengan gelagat Syifaa’ ni. Abang Aqeef (sepupu Syifaa’) pula suka cium baby Syifaa’. Masa kecik2 ni mummy x marah abang Aqeef cium, tapi bila Syifaa’ dah besar nanti, dah pandai bercakap, mummy dan daddy takkan benarkan abang Aqeef cium lagi. J
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:36 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Tuesday, April 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Syifaa’ 28 hari @9 Mac 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
Hari ini genaplah umur Syifaa’ 28 hari. Hari ni bawa Syifaa’ gi klinik untuk timbang dan cucuk Hepatitis B dos 2. Berat Syifaa’ sudah memcecah 3.0 kg. Alhamdulillah.. berat aku pula 70.0 kg, masih tidak mencapai sasaran yang di kehendaki.:(
Cian Syifaa’ kena cucuk. Tapi dia seorang budak yang baik. Masa kena cucuk kejap je nangis. Setakat ‘Eekkkk…’ je sekejap. Bila nurse dah tarik jarum, terus diam.
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:09 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Tuesday, March 15, 2011
Syifaa’ 10 hari @18 Feb 2011
Pada hari Jumaat @18 Februari 2011 genaplah umur Baby Syifaa’ 10 hari. Satu majlis kesyukuran ringkas sempena kelahiran beliau telah di adakan. Pagi itu, selepas solat Subuh lebih kurang pukul 7.30 am majlis ‘belah mulut’ atau tahnik telah di sempurnakan oleh Tuan Guru Tuan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ‘Ayah Ku’. Selepas itu salawat nabi di alunkan oleh para jemaah surau kampung. Alhamdulillah majlis ringkas ini juga di adakan sempena maulud nabi memandangkan pada masa itu masih lagi dalam bulan Rabiul Awal.
Itu sahaja utk kali ini…gambar masa ‘belah mulut’ tidak sempat di snap.
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:57 PM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Friday, March 11, 2011
Hari Itu.. 9 Februari 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
Ramai yang Tanya pasal sakit ke tak bersalin. Semestinya la sakit..huhu. Erm, kat sini nak cite pasal detik2 kelahiran baby Syifaa’ untuk tatapan pembaca blog ni. Kalo ade pembaca la. Sebenarnya lebih kepada sebagai kenangan untuk tatapan baby Syifaa’ kelak bila dia dah pandai membaca dan pandai buka internet nanti.
Due date yang doc kasi adalah 16 Februari 2011. Tarikh tu cukup2 40 minggu. 8 Feb merupakan check up yang ke 3 di Klinik Kesihatan Pasir Puteh transfer in dari Klinik Kesihatan Karai. Malam itu tidur tak nyenyak. Sekejap2 bangun duduk bersila atas katil. Rasa sakit perut sekejap2 dan kadang2 sakit pinggang. Jaga sampai pagi. Kul 7.50 am kuar dgn en.suami gi klinik utk cek perut. Pas cek BP, urine dan perut, cakap kat misi pasal sakit sekali sekala tu. Misi nasihat suruh terus gi hospital kalau sakit berterusan kerana apa yang aku alami itu adalah tanda2 awal sebelum bersalin.
Lepas jumpa misi, bersama en.suami bersarapan kat kedai makan. Pastu balik umah..tghr tu dah x lalu mkn. Baring je sambil tgk tv. Lama2 makin kerap sakitnya. Petang itu, masa aku gi kencing, aku tgk ada lendir darah kuar bersama. Berdebar2 juga rasenya bila tgk darah dlm mangkuk jamban. Cepat2 panggil mek suh tgk betul ke x. selepas itu, lepas Asar aku tekad utk ke hospital bersama en.suami dan mak aku. Dalam 5.30 pm aku sampai hospital. Terus masuk labour room. Memula misi suh baring. Kemudian dia cakap nak check jalan. Masa dia seluk, Allah saja yang tahu. Aku rasa sakit dan senak. Orang lain x tau la rasa camana. Pastu misi bitau baru buka 3 cm. bila aku Tanya berapa lama kena tunggu, kata misi bergantung pada individu, biasanya bukaan 1cm setiap 1 jam. Maknanya aku kena tunggu lagi 7 jam utk bersalin. kemudian misi suh aku mengiring, dia suntik ape ntah kat punggung. Then masukkan ubat suh berak dalam dubur. Memang cepat betul kesan ubat tu. X sampai 1minit terus nak ke toilet. Bagai nyawa di hujung tanduk berkejar2 ke toilet.
Pas berak, misi suruh baring lagi. Kali ni dia ikat perut aku. Katanya mesin tu nama CTG. Xtau la mesin ape. Menurut misi, alat tu nak tau jantung baby ok ke x, dan kadar sakit kita. Lama gak la, kena tunggu result tu..sejam lebih juga. Masa tu kadar kesakitan aku setiap 10 minit. Misi suh aku berehat kat wad dulu sbb katanya lambat lg nak bersalin. Masuk wad dah dekat 7.00 pm. Misi hantar makanan. Aku pon dah x lalu nak mkn. Tapi jamah juga sesuap dua. Masa ni, abang dah x boleh masuk wad sbb waktu melawat dah tamat. Mek sorang je dapat masuk krn mek akan menemani aku mlm itu.
Makin lama makin sakit. Mulut x putus2 baca doa. Mek bagi minum minyak selusuh. Mek juga urut2 belakang sambil baca doa2, selawat dan mcm2 lg. dalam kul 10.00 pm aku rasa x tahan sakit. Kemudian muntah2. 2-3 kali ulang alik gi toilet. Lendir darah makin banyak. Kemudian mek suh gi labour room. Bile masuk, misi check jalan lg. terpaksa la kena tahan di seluk. Misi bitau bukaan masih 3 cm. rasa nak marah pon ade..x kan la selama aku dok dlm wad, x terbuka langsung jalannya. Perut makin sakit. Misi suh masuk wad balik. Katanya bile dah kuar air mentuban baru masuk labour room. Kalo dia bitau awal2 kan senang. X payah nak kena seluk byk2 kali.
Makin lama makin sakit..nak tido mmg x boleh. Mek x henti2 urut belakang. Abang x henti2 sms aku. Nak call tapi bateri low. Terpaksalah ber’sms’ sahaja. Tetiba rase kain aku basah. Mmg sah, air mentuban dan pecah. Masa tu jam menunjukkan kul 2.00 am. Mek menemani aku ke labour room. Sangat menyayat hati aku rasa, misi xde kat situ. Mek panggil kakak cleaner suh kejutkan misi yang tgh tido. Dalam hati aku mula gelisah. Asyik pikir takut2 misi tertido masa nak sambut baby aku nanti. Buat kali ke 3, misi seluk lg. kali ni bukaan dah 9cm.. syukur sgt2. Sakit Allah saja yang tahu. Abang janji nak menemani aku masa bersalin. Dia ckp dia tunggu kat pintu masuk bilik bersalin kat ruangan menunggu. Bila Tanya misi, dia ckp xda org kat luar. Sedih rasanya. Palang katil sahaja la yang menjadi teman dan pegangan aku tatkala rasa sakit melanda. Bergegar2 katil. Air mata kadang2 keluar. Ni 1st time aku rasa sakit sampai mengeluarkan air mata. hanya doa, zikir dpt di ucap. kerana Allah shj tempat aku meminta pertolongan. Macam2 teknik dan cara pernafasan di ajar misi. Tp macam xda tenaga utk meneran. Mungkin sbb perut aku dah kosong krn muntah sblm ni.
Bila org Tanya masa nak kuar baby rasa camana, aku hanya leh jawab, rasa macam nak teran berak tahi keras atau sembelit. Betul kata Anna, mmg rasa mcm nak teran berak. Anna pesan, masa teran jangan angkat bontot, nanti koyak. Aku xtau la angkat bontot ke x masa tu, tp mmg ade koyak la.. masa nak teran, sempat lg aku pikir, betul ke teran baby, kang terkeluar tahi mcm mana. Tp mmg camtu la rasenya. Beberapa kali teran sampai xleh nak tarik nafas. Tepat jam 2.55 am, 9 Februari 2011, baby seberat 2.5 kg pon kuar..Bile baby dah kuar rase lega sangat2. Masa kuar tu, rasa licin semacam. Ntahlah, x reti nak explain camana, tp yg pasti rasa lega sgt2. Aku ingat lg, benda pertama yg kuar dari mulut aku, perkataan “Alhamdulillah” berkali2 aku ulang. Sebagai tanda syukur sgt2 di kurniakan seorang cahaya mata. Misi letak baby atas dada, 1st time tgk baby mmg air mata kuar dengan sendiri tanpa di suruh.
Pastu, baby di mandikan. Aku masih di katil. Misi suh duk diam. Misi pesan jgn teran, jgn gerak. Dia nak kuarkan uri.. selepas proses kuarkan uri selesai, proses jahit menjahit pon bermula. Huhu.. Ya Allah, 2 mlm berturut2 aku mimpi proses jahit menjahit ni. Sakit!! Terasa jarum menyucuk2. Rasa nyeri, ngilu sgt2. Beberapa kali aku Tanya misi ‘lambat lg ke misi? Bnyk lagi ke misi?’. Nak cepat2 proses tu berakhir.setengah jam lebih rasanya misi kerjakan aku.
Selepas proses tu selesai, baru abang dpt masuk. sedih juga bila abang x dpt bersama memberi sokongan masa melahirkan Syifaa’. Tapi x pe la, perkara dah berlalu. Tp bile abang pegang aku, tangan abang mmg menggigil. Mmg abang takut darah. Agaknya kalau dia ade bersama, kemungkinan besar, dia pengsan dulu sblm aku melahirkan.Mungkin Allah simpangkan dia dari menemani aku. Ape2 pon syukur sgt2 krn aku dah selamat melahirkan baby. Aku sihat, baby pon sihat..Alhamdulillah
Inilah chenta hati kami yang di beri nama Syifaa’ Humaira bt Fuad. Penawar Mummy dan Daddy. Tima kasih kpd Daddy Syifaa’ sbb jaga aku sepanjang aku peknen. Syukur kepada Allah kerana kurniakan kami zuriat dan penyeri keluarga kami. Semoga Syifaa’ jadi anak yg solehah dan taat kpd mummy dan daddy. Semoga aku juga jadi mummy mithali..amiin
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:09 PM 4 comments
Labels: diri aku, my baby, syifaa' humaira
Friday, March 4, 2011
Sudah jadi Mummy!!
~::Assalamualaikum wbt::~
Alhamdulillah...syukur pada-Nya di kurniakan seorang anak perempuan..Moga menjadi insan yang solehah kelak...amiin
Cinta hati Mummy n Daddy!
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 7:24 PM 2 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Friday, February 4, 2011
status: waiting
~::Assalamualaikum wbt::~
menghitung hari,
mengira waktu..
menunggu masa...
menanti saat....
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:38 PM 1 comments
Sunday, January 30, 2011
38 weeks of pregnancy~
~::Assalamualaikum wbt::~
Lama giler x update blog...dah masuk tahun 2011 dah pon..
ni 1st entry utk tahun 2011..haha
tup tup tup...dah nak abis bulan January dah pon..
sekarang berada di kampung halaman...menghitung hari utk menimang cahaya mata..
en.suami masih di Perak...sgt berharap beliau berada di sisi masa nak deliver nanti..
esok (31 Januari) hari lahir en.suami..mendoakan beliau sentiasa dalam rahmat Ilahi.. Amiin
last week 1st check up kat Klinik Kesihatan Pasir Puteh.. BP naik skit, mayb sbb kat tempat baru.huhu
urine test ok, hb pon ok, dari 10.3 (low) dah naik 11.5..alhamdulillah..
lusa (1 Februari) check up lg..harap2 ni last check up.. x sabar dah nak pangku anak sendiri...
doakan saya selamat dan di permudahkan urusan bersalin nanti..doakan juga saya dan baby saya nanti sihat walafiat...amiin
belajar? semester ini saya ambil cuti khas..InsyaAllah, sem akan datang mudah2an sume nya setel..doakan saya ye...
tu je kot untuk kali ini...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 3:41 PM 0 comments
Labels: pregnancy