~::Assalamualaikum wbt::~ Syifaa’ dah genap 41 hari. Rutin Syifaa’ dah berubah, biasanya Syifaa’ akan bangun tengah2 malam dan awal pagi beberapa kali untuk bermain2 dan minum susu. Macam2 lagu terpaksa mummy dan daddy nyanyikan utk dodoikan Syifaa’. Pelbagai rentak zikir, lagu kanak2 di gunakan. Sekarang tidak lagi. Cuma bangun sekejap untuk minum susu dan sambung tido sampai pagi. Awal2 pagi dah bangun kejut mummy, daddy, datuk dan nenek untuk solat subuh. TQ sayang!! Lagi satu tabiat Syifaa’, pandai tipu mummy dan daddy. Bila dah Nampak dia nyenyak tidur dlm pangkuan, dah abis dodoi, bila nak letak atas tilam terus mata dia celik dan senyum. Memula rasa gak geram, tapi bila dia senyum x jadi nak marah, mummy pon tergelak sendiri. Cerdik betul budak Syifaa’ ni. Nenek pon kadang2 naik pening dengan gelagat Syifaa’ ni. Abang Aqeef (sepupu Syifaa’) pula suka cium baby Syifaa’. Masa kecik2 ni mummy x marah abang Aqeef cium, tapi bila Syifaa’ dah besar nanti, dah pandai bercakap, mummy dan daddy takkan benarkan abang Aqeef cium lagi. J
Sunday, May 1, 2011
Syifaa’ 41 hari @21 Mac 2011
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:36 AM
Labels: my baby, syifaa' humaira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment