~::Assalamualaikum wbt::~
Dah sebulan daddy x main ngn Syifaa' . Hanya dgr suara melalui tepon shj.
Syifaa' rindu daddy sgt2!! Mummy pon rindu daddy juga.. cepat lah daddy balik...
Syifaa' tunggu kat rumah nenek k..
Ni Syifaa' bagi daddy tengok gambar terbaru. Mummy baru snap semalam..
Luv daddy so much!
Monday, May 2, 2011
For Daddy
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 3:42 PM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Sunday, May 1, 2011
1st Anniversary@ 29 April 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
29 April 2011 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Syifaa' pula genap umur 80 hari. Alhamdulillah, Syifaa' sihat sentiasa..setakat hari ini, belum ada demam or sakit2. harap anak mummy ni sentiasa sihat. tiap2 hari mummy doa supaya Syifaa' x kena sakit, biar mummy yg kena sakit Syifaa' tu.. nak Syifaa' sentiasa sihat dan gembira.
1st anniversary, mummy sambut ngn Syifaa' aje..Daddy xleh balik.. xpe la..
pesanan utk daddy: "semoga kasih sayang kita sentiasa segar sampai bila-bila..amiin"
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 8:54 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Syifaa’ 57 hari @6 April 2011
~::Assalamualaikum wbt::~
Hari ni genap umur Syifaa’ 57 hari. Hari ni Syifaa’ kena cucuk lagi untuk umur 2 bulan. Macam biasa sebelum cucuk, Syifaa’ kena timbang dulu, ukur kepala dan panjang.
Dan resultnya seperti berikut:
Lilit kepala : dari 35.5 cm ke 36 cm
Panjang : dari 49 cm ke 51 cm
Berat : dari 3.0 kg ke 3.6 kg
BMI untuk umur : 13
Anak mummy ni x cukup lg 4 kg. Bila agaknya anak mummy nak besar ni?? Setakat ni Syifaa’ masih breastfeeding secara eksklusif. Alhamdulillah, harapnya susu yang ada ini mencukupi untuk Syifaa’. Kalo boleh biarlah Syifaa’ bf sampai umur 2 thn. InsyaAllah. Sayang Syifaa’ sgt2.
Hari ini juga mummy dpt mesej dari daddy yang berbunyi :
“ Syifaa’ daddy dh cucuk ke? Ciannya bucuk daddy, sabo tau..daddy pun dulu mcm syifaa’ gak, cucuk je kojenya selagi x abis. Daddy rindu syifaa’ sgt tiap2 mlm tdo ngn pic syifaa’. Rindu sgt nk tgk syifaa’ kayuh2. Syifaa’ jgn meragam tau, nnt mummy pening. Walaupun syifaa’ daddy bucuk tp bau 2 la yg daddy rindu sgt. Daddy doa semoga Allah bg kesihatan yg baik utk syifaa’ dan mummy. Smoga syifaa’ jd anak daddy yg baik, bijak, sht n comel. Daddy rindu sgt syifaa’ nih! Muah22!!!”
Daddy nih, kalo rindu balik la Klate tgk mummy n Syifaa’.
Xoxo,
Mummy Syifaa’
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:20 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira
Syifaa’ 41 hari @21 Mac 2011
~::Assalamualaikum wbt::~ Syifaa’ dah genap 41 hari. Rutin Syifaa’ dah berubah, biasanya Syifaa’ akan bangun tengah2 malam dan awal pagi beberapa kali untuk bermain2 dan minum susu. Macam2 lagu terpaksa mummy dan daddy nyanyikan utk dodoikan Syifaa’. Pelbagai rentak zikir, lagu kanak2 di gunakan. Sekarang tidak lagi. Cuma bangun sekejap untuk minum susu dan sambung tido sampai pagi. Awal2 pagi dah bangun kejut mummy, daddy, datuk dan nenek untuk solat subuh. TQ sayang!! Lagi satu tabiat Syifaa’, pandai tipu mummy dan daddy. Bila dah Nampak dia nyenyak tidur dlm pangkuan, dah abis dodoi, bila nak letak atas tilam terus mata dia celik dan senyum. Memula rasa gak geram, tapi bila dia senyum x jadi nak marah, mummy pon tergelak sendiri. Cerdik betul budak Syifaa’ ni. Nenek pon kadang2 naik pening dengan gelagat Syifaa’ ni. Abang Aqeef (sepupu Syifaa’) pula suka cium baby Syifaa’. Masa kecik2 ni mummy x marah abang Aqeef cium, tapi bila Syifaa’ dah besar nanti, dah pandai bercakap, mummy dan daddy takkan benarkan abang Aqeef cium lagi. J
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 12:36 AM 0 comments
Labels: my baby, syifaa' humaira