~::Assalamualaikum wbt::~
Wednesday, September 30, 2009
Mungkinkah
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:17 AM 3 comments
Labels: merapu
20.09.2009
~::Assalamualaikum wbt::~
cantik tarikh raya tahun ini...20.09.2009...
tahun ni tak banyak gambar raya...gambar family besar pon takde..ekoran ada yang beraya umah mertua masing2..tinggal abang Jan ngan family dia dan family akak aku je..
petang baru yang lain2 balik..bile dah petang tak sempat la nk bergambar..ramai plak tetamu-tetamu datang rumah...xpala tahun depan ade lagi.. mungkin juga ade ahli baru??
layan je la gambar2 yang ade...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 7:04 AM 0 comments
Hidangan di hari raya
~::Assalamualaikum wbt::~
segala jenis kuih tradisional terhidang di meja di pagi syawal... tahun ni tak banyak kuih saya buat...sekadar cornflakes madu dan biskut pelangi...yang lain sume beli... kecuali kuih bangkit yang di buat oleh future mother in-law. TQ makcik!
oh, saya juga buat mini popia...ayah pula buat tapai pulut yg menjadi kegemaran saudara mara setiap kali menjelang raya...ayah memang terer wat tapai..(tiada gambar)
hidangan di pagi raya: sate-nasi impit-kuah kacang-timun-bawang (tiada gambar)
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 6:48 AM 0 comments
Labels: raya 2009
Tuesday, September 29, 2009
lamanya aku x berblog...2 minggu balik kampung sangat menyeronokkan aku.... menghilangkan kesedihan kehilangan laptop n tesis...menghirup udara segar, menghayati keindahan kampung halaman tercinta..
melepaskan rindu kepada mek and ayah... sayang semua!
banyak benda nak cerita, tapi demi menyiapkan tesis, terpaksa kuburkan hasrat itu...
ade kesempatan akan aku ceritakan di blog ini..
*******************************************************************
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:31 AM 0 comments
Monday, September 21, 2009
~::Assalamualaikum wbt::~
Maaf Zahir Batin
******************************************************************
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:48 AM 2 comments
Tuesday, September 8, 2009
Kehilangan~
~::Assalamualaikum wbt::~
Khamis (3 september 2009) bersamaan 14 Ramadhan, aku telah kehilangan laptop tersayang bersama2 dengan pendrive kingston 8G... kos kehilangan berjumlah rm2050 termasuk beh kuliah maple yang selalu ku usung ke sana sini..
yang paling sedih, sume tesis master yg dah 60% siap hilang bersama2 laptop dan pendrive back up..cit !, 'setan' punya pencuri..
pesanan utk si pencuri durjana:
" aku x kesah ko nak laptop aku, janji ko pulangkan balik sume tesis2 aku bersama2 jornal yg ade dalam laptop dan pendrive tu.. latop boleh di beli, tapi idea dan perahan otak aku sukar di cari ganti...ko ingat senang ke aku nak baca dan tulis tesis tu..aku dah karang setahun lebih...ni mungkin ujian dan pengajaran utk aku la kan..tp aku mintak ko pulangkan balik tesis aku"
tapi aku redha sebab ni sume ujian di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini..semoga aku terus tabah dan mulakan balik sesi mengarang dan menganalisis data2 untuk kali ke dua.. semoga dengan ujian ini, aku dapat grad on time! Amin
kronologi kejadian:
3.00 pm: aku sampai rumah, mendapati pintu grill terbuka sedikit... solex hilang. tombol pintu berkeadaan baik tapi tidak berkunci...
3.05 pm: membuka pinti bilik... mendapati laptop tiada di atas meja... beg kuliah di atas kerusi juga didapati hilang
3.10pm: menelefon Kak Linda bertanyakan dan mencerita ape2 yg berlaku..
4.00pm: kak linda pulang dari tempat keje.
4.05pm: ke balai polis seksyen 7 untuk membuat laporan..
4.30pm: pegawai penyiasat polis tiba di rumah ukt membuat siasatan
pengajaran:
1. sentiasa kunci pintu bilik walaupon ade orang di rumah
2. sentiasa simpan dan letak laptop di tempat yang selamat
3. sume keje2 yg penting simpan di tempat yg paling selamat contohnya send ke email
4. semua keje yg dah di buat send terus kepada supervisor
5. pendrive sentiasa gantung di leher dan dibawa ke mana2..huhu
6. fikirlah ape yg terbaik...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 1:45 PM 6 comments