CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 27, 2009

Senyap...

~::Assalamualaikum wbt::~
Senyap..Mane ade aku senyap..pepandai je adik aku ni kate aku senyap...bukan aku senyap, saje je mem'busy'kan diri ngan study aku nih.. Setelah 1 semester keje aku melepak je tampa labwork, akhirnya masa2 tersebut perlu aku kaver balik dengan sebaik yg mungkin.

Masuk semester 2, aku sibuk ngn labwork..ke hulu ke hilir wat sample..berebut2 furnace ngan Fu..Sampel2 di agih2kan ke setiap lab utk di characterizekan...berminggu2 jgk tunggu utk dapatkan results.. this week, berduyun2 results tiba kat tangan aku...bermula petang Selasa, aku dapat emel dari Science Officer FSG utk datang amik result XRD. then, petang itu aku tengok2 graf, belek2 journals dan study skit2.

esoknya(Rabu), pepagi bute aku jumpe DRAS kat ofis IoS. aku explain la skit2 ape yg aku paham kat dia.. rupa2nya aku yg x paham...dia plak yg byk meng'explain kat aku...haish...malu siot...tu la, xpandai xpe, jgn buat2 pandai..xtau tanya...jgn syok sendiri...TQ DRAS!...dia suh aku balik study pasal Bragg's Law..haha...

Ari Khamis plak, dah wat temujanji ngn En.Hayub utk run sample SEM. pepagi aku call dia... gi breakfast plak dia...aku pon tunggu la selama 15 minit..kul 9 baru la start vacuum...sakit mata menghadap pc utk tgk sample2 tu..nasib baik en.Hayub dah wat persediaan awal utk samples aku..kalo x lagi lama la menunggu.. kul 11.45am baru setel sume.. petang itu, aku keje aku telek2 image yg aku dapat..

hari Jumaat plak, keje aku telek2 images gak..pagi gi jumpe en.Mat utk hantar quotation Yttrium Aluminum garnet...100gm for RM 3671.00.. gile mahal chemical ni..DRAS pon x sanggup nk bayar... dia kaver chemical yg murah2 je...yg mahal ni dia suh aku mitak duit faculty.haish..
Hari ni..Monday blues...pepagi masuk ofis check emel. tunggu kak Ct nk g bendahari amik gaji..terjumpe plak en.Mat terus dia kasi aku borang PB utk mitak tandtgn DRAS.. aku belok la ke IoS..tgh meeting plak supervisor aku..huhu..jap lagi nk try kontek dia kot2 dah free. tu je la bebelan utk hari ni...macam nk balik awal je arini...


SEM image

SEM image pada 200nm..Ape kebenda nih??

XRD..caner nk bace graf ni?? nk tgk kebenda??

Tuesday, February 24, 2009

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

~::Assalamualaikum wbt::~

Semalam aku bersempatan ke blog milik Faisal Tehrani. aku terkejut dengan posting yg bertajuk Karangan. Aku baca karangan yg di tulis oleh pelajar yang menduduki UPSR yg di letakkan di blog tersebut. Kamu semua boleh menilai karangan ini...Ntah betul ke x budak ni...

Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.

Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

sumber:http://tehranifaisal.blogspot.com/

Akhirnya..

~::Assalamualaikum wbt::~

Akhirnya...ucapan "Hepi Birthday" daripada orang2 yg aku harapkan dah pon termakbul.. From 9w2oic, Aishah-Kmpp, Aini-Melaka and the most important Ejak Baik. Ejak said "HePi bEzDay my dearest fren hope u'll get all u 1 n desire. wish u all da best n luck 4 whole life.knwing u s a fren such a gift frm God. live better. b strnger. health well k. - i wnna b last person 2 wish k"-12.22am,24 Feb 2009.TQ to all...

From my sister, siapla!

kek daripada Kak Nani..Tq sis!

Monday, February 23, 2009

Notification: Morse Code Test 2009-1

~::Assalamualaikum wbt::~

Kepada semua warga ham radio yg berminat utk mengambil ujian Kod Morse, bleh la berbuat demikian dengan melayari link di bawah:

iklan BM
http://http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/CW_2009_1_BM.pdf

borang
http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/CW_application_2009_1.pdf

ujian akan di jalankan pada 8 April 2009. Butir2 adalah seperti berikut:
10.00 pg- 11.00 pg : ujian penerimaan
2.00 ptg - 5.00 ptg : ujian penghantaran

kepada sesape yg dah punyai lesen kelas B (9W) yg sah sekurang2nya satu thn pada tarikh ujian, bolehla memohon utk menduduki ujian ini.. Aku dah boleh amik ni..tp x mahir pape lagi pasal code morse ni...Next2 thn la..

Tarikh tutup permohonan pada 5.00 pm, 6 mac 2009.. Cepat2...jgn terlambat... kepada bakal2 9M2, 9M6 and 9M8, Good Luck ya!

sumber: http://www.skmm.gov.my/

~Cheerio..

23 February 2009

~::Assalamualaikum wbt::~

Hari ni genapla umurku yg ke 24.. Tahun ni bertambah lg 1 angka..bukan become older...but become wiser...hehe... Ade orang tu kul 10.30pm dah call utk wish besday..katanya nk jadi yg terawal...aku ckp xleh tima sal lum masuk 23hb..haha.. Dia pon majuk..ok, kul 12.00am dia akan call balik...

tepat kul 12.00am, aku dpt sms from my good friend kat kampung.. Jiran belakang dapur umah aku...Tq Mc.Ja... Then, baru la aku dpt call dr org td..TQ... pastu berduyun2 sms masuk dari housemates dan kengkawan. erm..tQ to kak nani for the cake.. apesal x amik kek tu bw balik KL??

Tima kasih kepada semua kengkawan skype especially to Iena, Pdot and Ninie... Tidak lupe juga Terima kasih juga utk Kengkawan yg wish kat myCallsign, XKT.ning, friendster, facebook, dan seangkatan dengannya..Fit, Nurin, Fantaghiro,....sape lagi ek...9w2ero,...dll.. kepada yg aku x sebut nama jgn kecik ati plak, aku x ingat da...inbox pon dah ada yg delete sbb da penuh..

Kakak aku yg sorang tu x wish pon :-(.. mentang2 dah ade anak, x ingat aku dah... adik aku (9w2oic) pon x wish.. xpe la x wish pon, share duit ngn 9w2ero beli beg laptop utk aku..hahaha...
beg laptop harge 100 xkan x leh beli kot...handy harga 700++ bleh plak bli..

From mak n ayah: mengharapkan doa daripada kalian moga aku menjadi anak terbaik utk family, agama, bangsa dan negara..Semoga aku sentiasa di beri kesihatan yg elok, hati yg tenang, semoga aku mendapat keberkatan dalam menimba ilmu dan pekerjaan yg aku lakukan.

utk besday-mate aku, Faranot... Happy Birthday 2 u! semoga our friendship never end, our dreams become true, our iman become tight...

~Adios.. penat r..TQ semua!

Aktiviti hujung minggu

~::Assalamualaikum wbt::~


Erm..Setelah membuat survey di TGV bukit Raja utk cite Geng xde, aku dan Kak Linda ke Sunway Piramid semata2 utk tgk cite "Geng Upin & Ipin". Walaupon dpt seat baris ke tiga dari depan, kami dpt menyaksikan dengan asyiknya.

Cite nya sgt best. Memang kartun mesia yg berkualiti.. Syabas kepada team Les'Copaque kerana berjaya membikin cite yg sangat menarik..aku suke..walaupon watak Upin n Ipin skit je..tp citenya sgt best.


Hari Ahad plak aku wat bunga dulang utk kak Nani..akhirnya 11 kuntum bunga dulang dip dah pon siap..aku letakla gambarnya beberapa keping.. Ari Ahad gak Fit n Deni ajak gi Pasar karat kat seksyen 13. Lenguh kaki gue. pastu g mkn2 nasi lemak kat Laman Budaya. Fit buat nasi lemak..Sodap..Tiga genggam aku makan.. Deni lebih skit..mungkin 5-8 genggam..Betul ke Fit??



bunga 1

bunga lagi


hias bakul


zoom skit


utk majlis Fit



Tu aje cite ujung minggu..

~Adios..

Monday, February 16, 2009

Monday Blues..

~::Assalamualaikum wbt::~

Monday Blues?? xde la..arini ari paling bz kot..penuhi masa ngn aktiviti.. Pepagi Fu bagi chance utk aku wat sample..TQ Fu ! Pas masukkan sample dlm furnace, janji ngan Fadia nk gi BSN..Bli pin KPLI utk housemate..Fadia plak bli utk housemate dia..Pastu lepak dlm bilik postgrad jap... Then bersama Kak Ct gi RMI antar punch card..Pastu gi fakulti amik punch card plak..

Ninie and husbandnya datang..aku teman dia jumpe DR.Zu.. Pastu sembang2 jap..turun bersama Ninie ke blok G..dia parking kete kat sane...Ade task rupanya dia nk kasi aku...BEADING~
ni la bakal keje ari minggu aku...Huhu...

Tunggu sampel btol2 kering...Kul 5 lebih br leh kuarkan dari furnace..
erm...

Adios~

Saturday, February 14, 2009

last week punye keje..

~::Assalamualaikum wbt::~

ni last week punye keje..aku n kak nani bertungkus lumus siapkan bunga tangan and bunga dulang utk majlis tunang Kak Nani bulan 3 nnti.
gambar2 di bawah adalah sebahagian daripada bunga dip and bunga tangan..ni lum siap lg..baru siap bunganya..lum lg cantumkan menjadi sejambak..tunggu la hasilnya nanti...


kuntum2 bunga di susun dalam bakul

pandangan atas

bunga tangan yg di masukkan ke dlm bakul

pandangan sisi
arini waiting for kak nani..x sabar nak siapkan bunga dulang...weekend je leh jumpe kak nani.
Adios~

Saturday(14 feb 2009)

~::Assalamualaikum wbt::~

erm..hari ni aku bangun spt biasa...pas subuh, pas bc surah Al-Hasyar, terus ke dapur utk msk.. nk bw bekal ke lab..ari sabtu biasanya cafe dekat fakulti x buka...kul 730 am aku kaur umah..tggu bas 15 minit ke seksyen 2... sampai seksyen 2 ..sgt terkejut sbb ramai sgt students tgh tggu bas..berebut punye berebut, x dpt gak naik bas...terpaksala tunggu bas ke dua..

840 am, baru aku sampai fakulti. tgk2 lab kunci..cari kunci dlm bilik postgrad, and turun ke lab..memula takut nk buka grill sbb ramai pekerja2 indon tgh tunggu pintu utk di buka..aku wat bodoh je..aku takut nak buka..nnti kalo jadi ape2 kehilangan brg2 kat bengkel, aku xnak tanggung....so, aku lepak2 dulu dlm bilik postgrad sambil makan2 bekal yg aku bawa..

x lama pas tu, aku dengar grill di buka...Alhamdulillah ade lab assinstant dtg..lega rasenya...cepat2 aku abiskan nasi..kul 10am gak la aku masuk lab..cepat2 siapkan preparation utk wat sample.. check furnace..simpan dulu pellets Fu yg ade dlm furnace..
pastu aku wat la sample aku...sejam gak la aku grind sample..lenguh..dah masukkan dalam furnace pada suhu 1000degree celcius selama 6 jam..

erm...nampaknya petang ni baru siap..tunggu sejuk dll..nampaknya esok kena datang lab kejap..esok and lusa kalo Fu x guna lab, bleh aku sambung 3 lagi samples.. kena characterize cepat...DRAS pon dah tanya pasal result..lepas aku cite sume problems dia tima..so, aku kena dapatkan all the results sem ni jugak! next sem aku tumpukan pada thesis writing and hadiri konferen dan published paper..hopefully, ape yg di rancang berjalan dgn lancar...InsyaAllah.. Imah boleh!


YAG + Ce

tambah Acetone supaya lebih homogeneous

dah jd pekat sbb acetone dah meruap. lepas ni msk dlm furnace

Adios~

Friday, February 13, 2009

Jumaat (13 feb 2009)

~::Assalamualaikum wbt::~

Pagi2 sampai fakulti terus sms DRAS..730am br dpt jumpe beliau. discus pasal quotation. nampaknya chemical kali ni agak mahal..minyak dah turun, tp harga barang makin meningkat.bukan 10 ringgit, bukan 20 ringgit tp lebih 500 ringgit..ape kes??
check duit geran, dh (-)ve.huhu..caner DR?

then, DRAS suh aku mitak sebutharga baru dan asingkan tiap2 chemical tu..baik la DR..nnti saya buatkan. tp Gadolinium powder mane nk cari?? sume suppliers jual yg ingot..mane larat aku nk kikis batu tu jadi powder...huhu

td dah bincang ngan Fu..sok aku leh wat sample. dah seminggu aku tggu utk guna furnace ni..akhirnya Fu kasi chance aku guna sehari esok..TQ Fu! nanti mu dah beres sume keje gtau k.. aku nk siapkan 5 samples je..sikit je..

adios~

Wednesday, February 11, 2009

Aqeef Haiqal

~::Assalamualaikum wbt::~

tetibe aku tingat kat budak neh..si Mat Aqeef..



nak susu ye??

baru pas basuh berak


nape tu??

Tuesday, February 10, 2009

Selamat Pengantin Baru

~::Assalamualaikum wbt::~


Kak Ct and Azam (26012009)

Semoga berbahagia sehingga akhir hayat kalian

Friday, February 6, 2009

INA MOHD

~::Assalamualaikum wbt::~

Sume orang heboh pasal Ina Mohd..Dalam masa 1 hari nama Ina Mohd menjadi sebutan di kalangan staff FSG, lecturers and students posgrad.. betapa hebatnya kuasa intenet skrg ini.. xpasal2 Ina Mohd ni femes..

pagi tadi aku and Fadia gi lab siswazah FSG utk mengorder chemical.. sebaik sahaja memasuki bilik staf utk berjumpa dgn en.Mat, kami di ajukan soalan "Ina Mohd student sape ek?? awk kenal Ina Mohd??"aku dan Fadia berpandangan antara satu sama lain..."ntah la en.Mat, kami pon x knl siapa Ina Mohd..kemungkinan itu hanya nama samaran kot."

kes Ina Mohd menjadi buah mulut para penyelidik FSG..hebat ko Ina Mohd! Begitu berani sound tepek yg ko buat terhadap penggunaan XRD machine itu.. ko mencari nahas..nasib baik ko tgh bercuti...ko bakal terima padah..(aku agak je ko akan tima padah)
kite tunggu dan lihat ape bakal berlaku selepas ini...adakah ko akan di pulaukan oleh para penyelidik?? adakah ko akan di terminate oleh supervisor ko sendiri?? ntah la aku pon xtau..

erm..nak jumpe supervisor..nampaknya dia tersgt bz utk menyiapkan journalnya...next week la ye...

Thursday, February 5, 2009

PAMERAN PENGANTIN 2009-PLAZA ALAM SENTRAL

~::Assalamualaikum wbt::~

Ahad lepas (1 Feb 2009), aku bersama housemates kak nani and kak linda kuar lunch bersama2 kat seksyen 9.pastu ternampak banner pameran pengantin kat tepi jalan..terus kami bercadang utk menjenguk pameran berkenaan yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam..

memandangkan semua di antara kami menuju ke arah alam perkahwinan sempat juga la kami meninjau booth2 yg di sediakan..tp aku sedikit teruja untuk menyaksikan persembahan Caklempong sekitar pameran berkenaan.. aku tertarik ngan kecekapan mereka mengetuk alat2 itu.. teruja utk mempelajari seni ini..ada sesiapa bleh ajarkan??


ketuk laju2 kak..


suara budak pompuan ni sedap

HANDY..

~::Assalamualaikum wbt::~

ni keje adik2 aku 9w2oic and 9w2ero..senyap2 je dorang share duit beli handy tanpa pengetahuan aku..aku x jeles pon dorang beli benda alah ni..tp at least gtau r aku..balik CNY aritu dua2 ekor cam sengih2 je pandang aku..pastu cam sorok2 dalam baju..kononnya nk sorok dari mak aku la..kalo mak aku tau konfem kena bebel dulu...


mastermind dalam pembelian handy ni adalah abg aku 9w2dca..dia la yg kontek dgn 9m2sy untuk urusan pembelian ni.. pastu handy ni di hantar by hand oleh 9m2sy kepada adik aku 9w2oic di Penang.. kalo x silap harga handy ni more than RM700. woi, duit ptptn guna utk blaja..bukannya utk beli handy..

pepandai la korang berebut and gilir2 utk berQSO ngan rakan2 ham yg lain..tunggu r aku beli kete sendiri..nanti aku beli rig mobile utk kete aku..jgn dengki plak...


YAESU

ERMM..

~::Assalamualaikum wbt::~

Pepagi sampai je bilik postgrad, terus buka emel..smlm b4 balik umah sempat emel DRAS..gtau beliau ape problem aku..sbnrnya dah lama x jumpe dia.kali terakhir jumpe dia masa CNY aritu kat Grand Riverview Hotel masa meeting projek bagi geran E-Science. takut gak kalo lama2 x jumpe dia, nti dia kate aku student yg malas plak..dia x kata camtu la, tp aku yg agak2 sendiri..

nampaknya ade respon dari beliau.."datang jumpe saya esok, nnti kita boleh bincang".. pastu aku terus sms dia sama ada dia ade kat ofis or x..jam dah kul 8.10 am..selalunya aku jumpe dia kul 7.30am..arini cam lambat skitla.. pastu dia reply "skrg ada..kul 930 ade kelas"..aku pon bergegas la ke biliknya.. staff dia lum masuk ofis lg,..tgk, betapa komitednya supervisor aku, dia sebagai pengarah Institute of Science masuk ofis b4 staff lain masuk..dulu aku pernah jumpe dia seawal 7.15am..maksudnya dia dtg keje awal lg la..

Byk gakla perkara yg dibincangkan.. cite pasal sample, materials, equipments dll.. pastu aku citerla pasal bilik tempat aku lepak ni nk kena renovate. dia cam naik angin tibe2 je..katanya dia x di jemput utk hadiri meeting pasal renovation tu..so, dia x tau pape...dia nasihatkan jgn berganjak dr bilik ni selagi dia belum gadoh ngn orang pembangunan dan fasiliti..

B4 aku blah dr biliknya, dia bagi dia punye agate mortar.. katnya nilai agate mortar ni more than rm1000..aku tgk, cam lesung mainan je benda alah ni..cuma diperbuat dari marmar kot...aku pon x pasti drpd ape..tp bile pikir2 cam x caya je harga semahal itu..huhu.. so aku kena la jaga barang mahal ni..kalo ilang jenuh nk membayarnya..sebulan gaji aku tu..huhu

..ntah pape post aku kali ni...

agate mortar yg mahal


Wednesday, February 4, 2009

BUSAN!!

~::Assalamualaikum wbt::~

Busan yg amat..bile nk dapat result XRD ni?? aku dah x tau nk wat ape...dah sebulan lebih sample aku kat lab. peg.sains x wat keje ke?caner nk proceed next sample kalo XRD yg 1st trial tu pon lum siap?? xtau dah nk wat ape...dah nk muntah bace journal yg makin aku x paham..huhu.

semalam (3feb09), macam hari yg "suwei" dlm idup aku..mcm2 hal berlaku. dahla gaji dpt lambat..isnin dpt tp xleh clearkan sejam sal KL msh bercuti..gi pejabat pos, xleh antar pos laju plak sal dh kul 4 lebih..gi maybank nk cash deposit beratur panjang plak...pompuan dpn aku wat utk 10 org..giler ape..masuk dlm la woi..wat kat kaunter..smpai ade org blakang sound2 tepek kat pompuan ni..bile smpai turn aku, terketar2 nk tekan no akaun sal takut org sound aku plak..pastu gi tggu rapid, sejam lebih baru bas jalan..hampeh tul la..6.40 aku smp umah..

smlm sblm aku kuar, kami student postgrad yg merempat di bilik yg agak selesa ini di kejutkan oleh org fasiliti yg bangunan yg kami duduki akan di buat renovation..kami ala-ala di halau atau di arahkan utk keluar dari tempat persinggahan ini..tp kami x dpt sebarang notis utk berbuat sedemikian..

mereka tunjukkan pelan bangunan dan mendapati bilik kami juga terlibat..alahai, di mana kami nk lepak lepas ni?? DRAS, bantu la saye..nmpaknya terpaksala saya terima cadangan DR utk berpindah ke INTEC. jauhnya saye nk berulang alik tiap2 hari...patutkah saya mencari umah sewa baru kat area seksyen 17?? dekat plak ngn stesen bas, bleh la saye slalu balik kg..huhu..

pening ngan projek yg masih sangkut kat lab XRD..caner ni DR, kena pinda milestone ke?? xnak la extend di sebabkan benda2 camni..sampel tu kena antar SEM, PL lg. byk lagi tu...nk analisis lg..tu belum lg join konferen2..nnti nk kena wat paper plak...
busan tul la..

aurora

de..9w2phy

Tuesday, February 3, 2009

RESULT RAE 2/2008

~::Assalamualaikum wbt::~

Alhamdulillah, result RAE 2/2008 sudah pun di umumkan semalam (2 Februari 2009). TAHNIAH! di ucapkan kepada mereka yang telah berjaya lulus dalam ujian ni... so, sekarang boleh la memikirkan callsign yang sesuai..

Kepada mereka yang belum ke tahap itu, bukan beerti anda gagal tetapi anda belum mahir dalam rules and regulations dunia radio amatur.. kena study lebih sikit je lg..mungkin sblm ini anda dah mahir, tp careless dlm menjwb soalan..nasib belum menyebelahi kalian..cuba lagi..InsyaAllah percubaan yg seterusnya akan memberikan pulangan yang lebih berbaloi..
Jangan putus asa..Cuba lagi..Good luck!!

http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE2008_2_Results.pdf

congratulations to all!

Monday, February 2, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYAH!

~::Assalamualaikum wbt::~

Semalam 1 February 2009..KL cuti sempena Hari Wilayah..semalam juga genapla umur ayah 60 tahun..ayah di lahirkan pada 1 February 1949..walaupon umur dah genap 60 thn, tp alhamdulillah ayah masih sihat untuk melakukan kerja2 harian.. walaupon ade mengadu sakit2 tp tidakla begitu memudaratkan..

Semoga ayah diberi kesihatan yg elok sentiasa, semoga di panjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan olehNya.. Doakan kebahagian kami, doakan kami semua berjaya..i love u so much!

ayah suke makan eskrem keladi..tp gmbr di atas bukan eskrem perisa keladi
ni gambar ayah masa umur 59th bersama abe jie and mak masa konvo Ogos 2008

kad harijadi untuk ayah
p/s: -saya ingin jadi anak yg terbaik utk ayah
- saya akan sentiasa menyayangi ayah sampai bile2
-saya tau ayah pon syg saye sbb saya sorang je anak ayah yg selalu cium ayah
-i love u!