CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 29, 2016

|2016||1st entry|

~::Assalamualaikum wbt::~

Kelakar betul tengok blog sendiri dah lama tak update. Hampir setahun. Dah tak boleh nak ngadap lama2 depan pc. Urus anak-anak, kerja rumah, kerja dan lain-lain.
Apa2 pun sangat berharap tahun 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bulan 10/2015 kami di kurniakan seorang khalifah soleh yang diberi nama Muhammad Ibrahim bin Fuad. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan ini. Kami kini berlima. Alhamdulillah..


Anak-anak syurga kami
Adawiyah, Syifaa' dan Ibrahim

Monday, March 30, 2015

|2015||1st entry|

~::Assalamualaikum wbt::~

Hampir setahun tidak berblog..Bila dah berkeluarga, masa sangat terhad dan tak sempat nak menghadap laptop lelama.kalau buka intenet pon mesti sbb nak cari keje or nak buka emel. walaupon ada smartphone hanya utk bc whatsApp je.selebihnya tepon di tangan anak2. ini lah budak2 zaman sekarang budak 2 thn pon dah pandai main henpon.

Tahun ni secara rasminya kami telah menetap di Kelantan. hampir 2 bulan kami menjadi orang Temangan. tempat di hujung jajahan Machang. di sinilah tempat kami menuai rezeki yang halal untuk membesarkan anak2. Agak sukar juga utk survived kat sini memandangkan masalah air di sini agak kronik. kul 3-5pg baru ada air.kadang2 agak give up juga kena bgn awal2 pagi utk tadah air.hasilnya bila gi keje mata ngantuk dan badan pon jadi lemah dan malas utk buat kerja. tp bila di fikirkan penduduk di sini pon hadapi masalah yang sama dan mereka pon boleh bersabar dengan ujian ini. buat masa ini aku masih menetap di sini dan tengah berusaha utk berpindah dan menyewa di tempat lain yang tidak mempunyai masalah air.

banyak kerja2 harian tidak dapat di laksanakan terutamanya basuh kain. seminggu sekali terpaksa balik pasir puteh utk membasuh baju2 yang bertimbun.huhu..hrp sangat masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin.Ya Allah tunjukkan kami jalan kelur dari kesempitan ini..Aamiin YA Rabbal Alamiin.

Temangan ni tempat yang agak teruk mengalami musibah banjir pada tahuun lepas. Kesan2 banjir masih ada. Baru minggu ni hujan mula turun setelah 3 bulan kemarau.air telaaga pon kebanyakan hampir kering. penduduk di sini kebanyak menggunakan air pacang/ boring. tapi di sebabkan musim panas, air pon kering. ini lah dugaan yang terpaksa di tanggung oleh penduduk di kawasan Temangan ini. ini juga pengalaman untuk kami sekeluarga.

hari ni juga aku telah ambil keputusan utk hantar Syifaa' ke tadika. tiap2 hari dia surakan utk ke sekolah. hari ni aku tunaikan permintaannya utk ke sekolah. belajar rajin2 ye kakak. harap semua ok.

setakat ni saja utk kali ni. ada masa dan peluang saya coretkan lagi jika berkelapangan.. In Shaa Allah

Thursday, June 26, 2014

|2014||Ramadhan |

~::Assalamualaikum wbt::~

Ramadhan bakal menjelma..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya Allah berikan aku peluang untuk terus menikmati bulan yang mulia ini dengan penuh pengharapan. Semoga dapat diri ini menjalani ibadah puasa dengan sempurna.In Shaa Allah.. Amiin




Salam Ramadhan 2014


Tuesday, May 13, 2014

|2014|Hijrah

~::Assalamualaikum wbt::~

Tahun ini kami berhijrah..Dari Kuala Kangsar ke Kota Bharu. Semoga di rahmati oleh-Nya..Amiin
Kami akan balik sekali sekala jika berkesempatan untuk ziarah opah dan sedara mara yang lain..In Shaa Allah. Doakan kami.

Untuk KakBit be strong! We always pray for your health.. Semoga Allah beri kesembuhan, kekuatan, keimanan dan ketakwaan kepada KakBit sekeluarga.. Amiin


 luv u darling 

 luv u sweetheart

love,
mummy

Sunday, May 11, 2014

|2014| |February|

~::Assalamualaikum wbt::~

Quick update!!
Tahun ni anak2 dah makin membesar..Syukur sangat2 mempunyai dua org puteri penyeri keluarga kami. Makin nakal, makin cerdik dll itulah anak2 kami. tahun ini bulan Feb masing2 genap umur 3 thn dan 1 tahun.



 Kakak Syifaa' (9 Feb 2010)

 Adik Yah (8 Feb 2013)

We love u so much sayangs!! 

regards,
by mummy

Sunday, April 27, 2014

2014: 1st entry

~::Assalamualaikum wbt::~

huhu..hari ni bari berkesempatan untuk jenguk blog sendiri yang dah lama berhibernasi...
In sha Allah akan mula aktif kembali berblog..

coming soon!!

 2014: berempat

Friday, December 6, 2013

|2013||Zoo Taiping Lagi|

~::Assalamualaikum wbt::~

Syifaa' nak kenal binatang lagi..Jadi bulan lepas mummy bawa la kakak Syifaa' dan adik Yah tengok binatang. Alhamdulillah hampir semua binatang Syifaa' dah kenal dekat zoo.. Tapi on the balik umah kakak boleh plak dia tertukar..sebelum ni dh tau lembu dan kambing. Lepas balik dari zoo, Lembu di katanya kambing..Kambing di katanya lembu.. Camana ni kakak??

Pening mummy!


 hah, tengok ape tu?


saya seronok tengok binatang hari ni..

love,
mummy