CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label aku makan. Show all posts
Showing posts with label aku makan. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

asyura

~::Assalamualaikum wbt::~


balik kampung masa new year hari tu sempat makan asyura yang mak n ayah buat.. tp x sempat tengok prosesnya...

kebetulan esoknya ade jiran wat buat bubur asyura.. sempatlah gambar ni di 'snap' oleh 9w2oic.
aku yang suruh..huhu

asyura dari Kelantan lain skit dari asyura negeri2 lain...aku pernah makan asyura dari Kedah yang Fit kasi tahun bile ntah..macam bubur dan sangat manis...negeri lain x pernah rase lg..
tapi satakat ni aku leh tima Kelantan made je..sbb rasenya lain...berempah dan bukan mcm bubur..tp keras macam 'koleh' (sejenis kuih dari klate)...xpasti negeri lain panggil ape..huuhu
yang penting asyura kelate tetap sedap dan sentiasa di hati..

bukan selalu orang buat...biasanya bila tiba 10 Muharam orang melayu secara turun temurun akan membuat bubur asyura ini..Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.

xreti nk bercerita panjang..yang pasti penyediakannya memakan masa beberapa jam..dari pagi sampai ke petang juga lah..


asyura


gambar dari google


Monday, October 5, 2009

'Kek Sarawak'

~::Assalamualaikum wbt::~

Kepada kwn2 ku sekalian...di sini aku ingin menyampaikan pesanan daripada sahabatku Nisa yang kini berada di Miri, Sarawak..Beliau akan pulang ke semenanjung pada 6 November 2009.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menempah kek Sarawak, bleh la berbuat demikian dengan memberi nama, jenis kek dan kuantiti yang di inginkan kepada saya..

Saiz kek aku x pasti besar mana..tidak di beritahu..tapi kalo x silap aku 4x6x20
Harga cuma RM20.
Rasanya sungguh sedap sebab aku pernah merasainya sebelum ini.

Terdapat 4 pilihan jenis kek iaitu 'Spider Web', 'Fido Dido', 'Lilo Stitch', dan 'Mozek'.
Contoh gambar yang di 'SMS'kan kepada saya adalah seperti di bawah.


cantikkan?

Thursday, August 6, 2009

SENTUL

~::Assalamualaikum wbt::~


Sentul- yang aku tau sejenis buah..


Sentul- juga adalah nama tempat kat area KL


tapi yang pasti, aku nk share kat sini pasal buah sentul.. masa balik kampung aritu sempat la aku makan buah sentul yg pokoknya di tanam sendiri oleh ayahanda aku...rasenya masam, kelat, manis skit2..bagi aku sedap la kalo dicicah dengan cuka+gula+garam+cili api+belacan...
mkn ngn petis pon best jugak..

erm...nyum2...