CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label emel. Show all posts
Showing posts with label emel. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Lawak chempera

~::Assalamualaikum wbt::~

dpt emel dari seorang kawan...saje nak share.. tajuk emel tu 'lawak chempera'..ape ntah maksudnya..

PENJUAL TELUR

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.



CUCU VS ATOK


Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan ?


PELAJAR PERUBATAN

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.


Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Monday, October 12, 2009

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

~::Assalamualaikum wbt::~

saya ada menerima forwarded emel dari seorang kawan yang ingin di kongsi bersama pembaca blog saya...(kalo ade pembaca la..)

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad

Salamun 'alaikum


"Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur'an!" demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur'an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16):
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): "
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim


p/s: masyaAllah

Saturday, July 18, 2009

Udang + Vitamin C = RACUN

~::Assalamualaikum wbt::~


saya adalah seorang penggemar makanan laut terutamanya Udang.. saya sangat suke udang..xkesahlah udang tu dimasak macam mana pon asalkan namanya udang saya mesti makan..udang adalah kegemaran saya..cam karangan darjah 1 je..huhu


oleh kerana saya ni penggemar Udang, saya ingin berkongsi 1 artikel yang saya dapat dari emel seorang kawan..selepas ini saya kena berhati-hati supaya tidak mengambil Vitamin C selepas memakan udang..emel ni cam belit2 je ayat dia..


selamat membaca!


Udang+vitamin C = Racun


Hati-hati!!!
Udang + Vitamin C = Racun! Cerita di bawah ini perlu diberitahukan kepada keluarga, dan semua teman atau orang yang anda sayangi... Peristiwa ini terjadi di Taiwan, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima pancaindera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan kerana bunuh diri atau dibunuh melainkan tetapi kerana keracunan makanan.


Wanita ini kebiasaannya minum Vitamin C setiap hari, ini tidak masalah, masalahnya kerana malam itu wanita banyak makan udang, sebenarnya cuma makan udang saja tidak masalah, keluarganya juga banyak makan udang malam itu dan tidak ada yg meninggal.


Pada dasarnya udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5) , berhubung habis makan udang wanita itu minum Vitamin C , dan terjadilah reaksi kimia di dalam perut membuat As3O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide(As2O3) yang sangat beracun , mengakibatkan hati, jantung, ginjal,pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah.


Jadi hati-hati, habis banyak makan udang, jangan minum Vitamin C pada satu masa yang sama.


Thank you.

cedapnya

Wednesday, July 15, 2009

Cinta, Kasih dan Sayang


~::Assalamualaikum wbt::~

aku berkata "kalo korang banyak masa dan dalam keadaan rajin, baca la...kalo malas x payah baca..aku copyright dari emel je ni"...



Perasaan cinta, kasih dan sayang ada dalam hati setiap orang, tetapi cara mempamerkan cinta tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Dan berbeza juga antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.


Namun sesuatu yang pasti-perasaan cinta dan sayang selalunya terpamer melalui sikap dan kata-kata. Sebuah syair arab mengungkapkan,” Tanda-tanda cinta tidak dapat disembunyikan oleh seseorang laksana pembawa kasturi tidak dapat menyembunyikan keharumannya”


Rasa sayang seorang suami terhadap isteri akan terpamer pada sikap dan kata-kata yang natural bersahaja. Begitu juga sebaliknya.Ini bermakna, pasangan suami isteri tidak perlu berlakon di depan ramai untuk memperlihatkan perasaan saling menyayangi.


Mereka tidak perlu berjalan berpimpin tangan, berpelukan, atau berkucupan di khalayak ramai untuk memberitahu orang bahawa mereka adalah pasangan bahagia dan saling mencintai. Cara itu bukan sahaja tidak sesuai dengan akhlak Islam, malah menyalahi etika budaya timur.
Biarpun begitu, perasaan cinta suami isteri perlu disuburkan. Demikian juga perasaan sayang ibu bapa dan anak-anak. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi”


Perasaan sayang letaknya di hati, tetapi ia boleh disuburkan melalui tindakan lahit dan kata-kata.


Senyuman mesra isteri menyambut kepulangan suami sudah cukup mengambarkan perasaan cinta dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Jika dijadikan amalan harian, nescaya cinta akan subur seperti tanaman yang disiram baja secara berterusan mengikut aturan.


Kucupan suami pada dahi isteri yang mengiringinya ke pintu sebelum si suami melangkah keluar ke tempat kerja sudah memadai untuk mencerminkan rasa hormat dan cinta yang bersemi dihati. Dan rasa hormat dan cinta itu akan subur sekiranya dibajai selalu.


Ini bukti bahawa cinta itu terlalu seni. Tidak ada perlakuan dan kata-kata yang tepat untuk mengungkapkan seluruh perasaan cinta seseorang terhadap orang yang dicintainya. Lain orang. lain cara ungkapan dan luahan rasa cintanya.


Walaupun ungkapan ”Aku mencintaimu” ( I LOVE YOU ) selalu diungkapkan oleh pasangan kekasih atau suami isteri di layar perak, namun dalam realiti kehidupan, pelabagai bentuk sikap dan ungkapan lain digunakan untuk membawa maksud yang sama. Perhatikan ungkapan-ungkapan ini sekadar contoh:-
Cantik Ana tengok abang pakai baju ni

Abang memang minat laksa, tapi kalau Mah yang masak, lagilah abang berselera makan

Nah, abang bawa buah tangan ni untuk Ton dan anak-anak

Hati-hati memandu ya, bang….”
Demikian antara ungkapan-ungkapan indirect yang mencerminkan rasa kasih dan sayang antara suami isteri.


Namun begitu, jika mengungkapkan rasa cinta secara langsung dan terus terang sudah menjadi budaya atau kemestian bagi sesuatu bangsa, maka tidak salah ungkapan ” Aku mencintaimu:” menjadi basahan bibir suami isteri.


Dari mata turun ke hati. Ini merupakan ungkapan yang mengambarkan peranan mata untuk jalinan cinta. Justeru, jangan harapkan cinta akan subur jika pasangan suami isteri selalu mengelak untuk bertentang mata bila berbicara.


Antara bukti cinta ialah adanya ingatan pada orang yang dicinta. Dan tanda seseorang itu ingat akan sesuatu atau seseorang lain ialah dia selalu menyebut-nyebutnya.


Rasulullah s.a.w mengungkapkan kata-kata berikut kepada Sayidatina Aisyah r.ha untuk mengambarkan ingtaan dan perasaan sayangnya kepada isteri baginda Sayidatina Khadijah r.ha yang telah wafat.:” Khadijah mencintaiku disaat aku sengsara. Khadijah beriman kepadaku pada waktu orang lain tidak percaya dan menganggapku gila. Khadijah memberikan banyak sekali pengorbanan untukku ketika orang lain memusuhiku. Patutkah aku melupakan perempuan seagung itu walaupun misalnya dia bukan isteriku? Dan dia adalah isteriku dan ibu kepada anak-anakku.


Dalam meluah dan mempamerkan rasa cinta, batas yang diperaturkan oleh Islam ialah perlunya ada rasa malu. Adanya rasa malu merupakan cermin iman di hati. Perasaan malu menghalang luahan cinta di luar batasan. Disebabkan hilang atau kurang rasa malu, pasangan-pasangan di barat mempamerkan rasa cinta dengan perlakuan yang tidak bermoral.


Perasaan malu juga menjadi benteng untuk imbangan diri tatkala mengalami gelodak cinta yang tidak kesampaian.


Seorang gadis yang menyimpan rasa cinta pada seorang teruna tidak akan bertindak di luar batasan jika ada perasaan malu di hati. Dia percaya, cinta seumpama itu hanya dapat disuburkan melalui ikatan perkahwinan. tetapi jika bukan jodohnya, dia rela menjadi scret admirer kepada si teruna dan rasa cinta itu satu waktu akan hilang dengan sendirinya bila Allah pertemukan jodohnya dengan teruna lain.


Dalam hubungan cinta antara ibubapa dan anak-anak, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia. Ertinya, Allah Yang Maha Penyayang memakbulkan doa orang yang penyayang jika dia berdoa untuk orang disayanginya.


Ini merupakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita yang bergelar ibu. Sebab itu dikatakan bahawa doa ibu sangat makbul. Bahkan sumpah seranah seorang ibu dikira sebagai doa !.
Dengan kekuatan cinta, seorang wanita dapat membentuk dan mendidik anak-anaknya ke arah yang diredhai Allah.


Sebaik-baik didikan ialah yang dimulakan dengan mengenalkan anak kepada Tuhan hingga si anak dapat belajar mencintaiNYA. Tetapi belaian, asuhan dan didikan seorangn ibu tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan doa yang berterusan.


Doa adalah tanda ingatan kita pada Pencipta. Dan doa juga merupakan bukti cinta hamba pada Tuhannya.