~::Assalamualaikum wbt::~
kenapa dalam dunia ni ramai sangat org yang suke menyebuk hal org??
MENCI! MENCI!! MENCI!!!
arrrghhh!
~::Assalamualaikum wbt::~
kenapa dalam dunia ni ramai sangat org yang suke menyebuk hal org??
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 4:31 PM 3 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:51 AM 2 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
Iwanie dan Hakim ni ex-ofismate masa aku keje kat IRDC, sekarang di kenali sebagai RMI (Research Management Institute). Keje 1 ofis lebih kurang setahun++.. Still berhubung sebab sama2 masih di UiTM sehingga sekarang...Wanie adalah salah seorang customer aku...setakat ni dia lah yang paling byk order bunga kat aku..TQ Wanie, sebab bagi kepercayaan..
Sungguh tak sangka hasil kerja aku di pamerkan depan pelamin dan doorgift untuk para tetamu.. :P
Wanie sangat cantiks!! Hakim segak bergaya..
Jom layan sikit pics dari camera buruk saya, serta juga di ciplak dari fb kawan Iwanie Hakim..


Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:41 AM 2 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
Hari ini aku mendapat emel daripada ketua program siswazah.
emelnya seperti berikut: (baca yang aku highlight dengan warna merah)
Salam sejahtera kepada semua pelajar pasca siswazah,
SALAM 1 MALAYSIA
1. SESI "DEFENCE PROPOSAL" (DRP) 6-8 APRIL 2010
Sesi pembentangan cadangan penyelidikan akan diadakan pada tarikh seperti di atas.
Pelajar-pelajar yang terlibat untuk DRP adalah:
a. Pelajar MSc (AS780) Sem 1
b. Pelajar PhD (AS990) Sem 1
c. Pelajar PhD (Skim Fellowship) Sem 1
Senarai nama, tempat, tarikh, masa akan dikeluarkan selewat-lewatnya hujung minggu ini (Jumaat - 12 Mac 2010)
Anda semua dikehendaki menghantar 3 salinan "proposal" anda pada 22 Mac 2010
Pn Juhaida akan memberikan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan DRP ini.
2. SKIM BIASISWA PGD (MOSTI)
Saya maklum terdapat pelajar yang mendapat Skim PGD MOSTI tapi belum menerimanya untuk 3 bulan pertama tahun ini (Jan - Mac 2010).
Pihak IPSIS telah menghubungi MOSTI dan mereka dimaklumkan bahawa MOSTI akan memberi dana dalam bulan Mac ini.
Oleh itu, para pelajar akan mendapat biasiswa anda selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.
Kepada pelajar yang menghantar borang permohonan pada bulan Oktober lalu, sesi temuduga akan dibuat dalam waktu yang terdekat.
Anda akan dipanggil untuk temuduga selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.
3. SKIM FELLOWSHIP
Pelajar-pelajar yang telah menghantar borang Skim Fellowship, anda akan dipanggil untuk temuduga selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac ini.
Ia adalah temuduga biasa dan tiada "presentation" yang perlu dibuat.
Hanya pastikan anda menghadirkan diri apabila dipanggil kelak.
Nota: "Recurring fees" adalah yuran yang ditetapkan setiap semester seperti yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran perpustakaan, yuran kesihatan dsbnya.
Sekian sahaja. Diharap makluman ini dapat menjawab segala persoalan dan masalah anda.
TERIMA KASIH DAN WASSALAM.
---lama betul tunggu penjelasan seperti ini daripada sumber2 yang boleh di percayai.. Akhirnya belia bersuara...harapan aku, ape yang di janjikan oleh pihak yang terlibat dapat di lunaskan dengan baik..semoga urusan di percepatkan...(sewa umah x bayar lagi ni weh, minta2 dapat cepat sebelum aku di halau dari rumah ini)....
p/s: tunggu dengan penuh sabar ;)
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 9:09 PM 3 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
every day,
every hour,
every minute,
every second,
I wish my account full of money...
(~_~)/
p/s: bendahari, kami perlukan wang kami...ini dah bulan ke tiga...Ini satu penganiayaan..kasihanilah kami.:-(
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 11:43 PM 10 comments
~::Assalamualaikum wbt::~
dpt emel dari seorang kawan...saje nak share.. tajuk emel tu 'lawak chempera'..ape ntah maksudnya..
PENJUAL TELUR
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh , Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
CUCU VS ATOK
Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan ?
PELAJAR PERUBATAN
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:36 PM 2 comments
Labels: emel, sharing is caring
~::Assalamualaikum wbt::~
erm..banyak tul kenduri kawen bulan Mac ni... Alhamdulillah ramai kawan2 aku menyempurnakan sunnah Rasullullah s.a.w..
7 Mac : Iwanie & Hakim (PJ)
13 Mac : Hakim & Iwanie (Putrajaya)
Kapt. Anis & Kapt. --- (Jeram Pasu, Pasir Puteh)
Ziea & Asmawi (Tanah Merah)
Sofia & Faridzul (Bukit gedombak, Pasir Puteh)
14 Mac : Nurin & Hasrul ( Teluk Panglima Garang, Kuala Langat)
18 Mac : Hayati & Rudy ( Gaal, Pasir Puteh)
mana yang bleh gi, aku akan gi...kalo x, doa saja mengiringi... mana mungkin aku penuhi jemputan itu...mau pecah perot aku nanti... Andai diriku tidak dapat menghadirkan diri, doakan kalian semua berbahagia sehingga ke syurga... Semoga beroleh kebahagian di dunia dan akhirat, zuriat yang soleh dan solehah, keluarga yang harmoni serta sentiasa beroleh keberkatan dalam perkara yang di laksanakan.....Amiin Ya Rabbal Alamin


Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 10:25 AM 2 comments
To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)
Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la…
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni…
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan…
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…
buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula…
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali
buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~