~::Assalamualaikum wbt::~
Hampir setahun tidak berblog..Bila dah berkeluarga, masa sangat terhad dan tak sempat nak menghadap laptop lelama.kalau buka intenet pon mesti sbb nak cari keje or nak buka emel. walaupon ada smartphone hanya utk bc whatsApp je.selebihnya tepon di tangan anak2. ini lah budak2 zaman sekarang budak 2 thn pon dah pandai main henpon.
Tahun ni secara rasminya kami telah menetap di Kelantan. hampir 2 bulan kami menjadi orang Temangan. tempat di hujung jajahan Machang. di sinilah tempat kami menuai rezeki yang halal untuk membesarkan anak2. Agak sukar juga utk survived kat sini memandangkan masalah air di sini agak kronik. kul 3-5pg baru ada air.kadang2 agak give up juga kena bgn awal2 pagi utk tadah air.hasilnya bila gi keje mata ngantuk dan badan pon jadi lemah dan malas utk buat kerja. tp bila di fikirkan penduduk di sini pon hadapi masalah yang sama dan mereka pon boleh bersabar dengan ujian ini. buat masa ini aku masih menetap di sini dan tengah berusaha utk berpindah dan menyewa di tempat lain yang tidak mempunyai masalah air.
banyak kerja2 harian tidak dapat di laksanakan terutamanya basuh kain. seminggu sekali terpaksa balik pasir puteh utk membasuh baju2 yang bertimbun.huhu..hrp sangat masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin.Ya Allah tunjukkan kami jalan kelur dari kesempitan ini..Aamiin YA Rabbal Alamiin.
Temangan ni tempat yang agak teruk mengalami musibah banjir pada tahuun lepas. Kesan2 banjir masih ada. Baru minggu ni hujan mula turun setelah 3 bulan kemarau.air telaaga pon kebanyakan hampir kering. penduduk di sini kebanyak menggunakan air pacang/ boring. tapi di sebabkan musim panas, air pon kering. ini lah dugaan yang terpaksa di tanggung oleh penduduk di kawasan Temangan ini. ini juga pengalaman untuk kami sekeluarga.
hari ni juga aku telah ambil keputusan utk hantar Syifaa' ke tadika. tiap2 hari dia surakan utk ke sekolah. hari ni aku tunaikan permintaannya utk ke sekolah. belajar rajin2 ye kakak. harap semua ok.
setakat ni saja utk kali ni. ada masa dan peluang saya coretkan lagi jika berkelapangan.. In Shaa Allah
Monday, March 30, 2015
|2015||1st entry|
Posted by ::9W2PHY:: \(^_')/ at 2:22 PM 0 comments
Labels: 2015, syifaa' humaira
Subscribe to:
Posts (Atom)