CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Friday, October 31, 2008

KUASAI ASOP ANDA

~::9W2PHY::~
Memandangkan terdapat rakan-rakan yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx, 05 xxxxxxxx, 06 xxxxxx, 07 xxxxxxx, 09 xxxxxxx)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx, 014 xxxxxxx, 014xxxxxx, 017 xxxxxxx, 019 xxxxxxx)

Cheerio (Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut sebagai Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar jalur

Salt Mine - bukannya Dot My atau Lombong Garam - untuk sebutan Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut sebagai"Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
(Lebih tepat daripada menggunakan Tango Tango)
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

"Aaa Macam tu" - sebutan ini perlu dielakkan

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Bravo untuk nama tempat Kota Bharu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'

Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.
Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita berMobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat

QRX dan QRT - perlu diperhatikan penggunaan pada situasi yang betul.
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.

PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)
Nota:
Jangan menggunakan sebutan (contoh ayat yang selalu digunakan) "saya capai PTT dan terus bercakap" atau "Agaknya dia tertelan PTT kut".
Bagi penggunaan ayat di atas yang tepat ialah penggunaan perkataan Mikrofon.
PTT ditekan
Mikrofon dipegang / digenggam.

Sumber: http://putrappkn.blogspot.com

QUOTE 2

~::9W2PHY::~

Tiap kali aku dapat emel dr supervisor, terdapat satu quote yg menarik terselit di dalam emelnya yang ber bunyi

" ....... Happiness keeps you sweet, trials keep you strong, sorrow keeps you human, failure keeps you humble and success keeps you glowing, but only faith and attitude keeps you going .... " Arthur Ashe, Legendary Tenis Player

Tuesday, October 28, 2008

Projek untuk ninie : PART 2

~::9W2PHY::~
mggu ni keje aku dok umah aje..siapkan pojek utk ninie.Hari sabtu aku celup warna purple..hari ahad xde wat ape pasal gi open house umah Fu..so, aku sambung balik pojek ninie pada hari isnin iaitu semalam..semalam celup warna pink...striking giler kaler...huhu..

ni aku letak beberapa keping gmbr utk tatapan korang.













purple n pink lagi

purple pink

pink

purple

Open House Rumah Fu..

~::9W2PHY::~
Ahad (26 Oktober 2008)
Mas mengajak aku g open house umah Fu...Lepas solat Zohor,aku kuar umah menunggu dekat bus stop berdekatan..Kami berempat Mas, Farid, Aina and aku. Mencari2 umah Fu usj 4/6E..jenuh kami memasuki lorong2...akhirnya setelah lebih kurang 10minit berpusing2 akhirnya umah Fu di temui..

Lama gak kami lepak di rumahnya..sambil menunggu kawan2 yg lain sampai...xramai pon di jemput..ni aku letak beberapa gmbr..

ni la kami2 yg datang makan2 umah Fu

ina malu2

mas di apit

mas n farid gelak

Adios..

Kisah Budak Kacang...

~::9W2PHY::~

Aku berkesempatan window shoping bersama teman di sebuah shoping kompleks terkemuka di KL.. Waktu kami tengah makan2 di food court, tetibe ade sorang budak ni datang mitak sedekah dgn menunjukkan ayat 1000 dinar.. temanku mengeluarkan note rm1 dan seterusnya memberikan kpd budak itu sambil berkata “nah, ambik ni aku bagi ikhlas kat ko”…aku plak berkata dalam ati “btol2 ikhlas ke kwn aku ni???” haish…x paham aku…

Setelah budak itu blah dr meja kami, temanku menceritakan kepadaku satu kisah yg betul2 berlaku kepadanya..Temanku ini seorg pernjual kacang rebus di sebuah R&R…Suatu hari datang seorang budak membawa dua keping note rm1 ke kedai kacangnya…lalu budak itu bertanyakan kepadanya “bang, bleh dpt x kacang kalo ade duit dua ringgit je”…. Lalu temanku menjwb “ xdpt dik, kacang sume dah di bungkus dgn harga tiga ringgit”…budak itu terus berlalu sambil mengucapkan terima kasih …tidak Nampak pun muka kekecewaan di muka budak itu.

Si penjual kacang ini memerhatikan budak itu…Alangkan terkejutnya si penjual kacang apabila budak itu memasukkan duit dua ringgit td ke dalam tabung derma berdekatan dengan surau. Si penjual kacang terus berasa bersalah di atas perbuatannya itu..katanya, padahal boleh je dengan budi bicara dia jual kacang itu dengan harga dua ringgit..

Pada hari itu, si penjual kacang mencari2 budak itu untuk memberikan kacang free kepadanya..tp malangnya budak itu tidak di jumpai..terharu aku mendengar cerita ini kerana perbuatan si budak kecil itu..alangkah berhati mulianya si budak kecik itu kerana menderma duit yg pada asalnya duit itu nak di gunakan untuk membeli sebungkus kacang..

Sumber: citer ini di petik dari kisah benar seorang teman rapat aku

Friday, October 24, 2008

Defence Proposal

~::9W2PHY::~
huuhu..aku br mendapat 1 panggilan drpd rakan seperjuangan aku lbh kurang kul 12.30pm td..defence proposal di jangka akan di adakan pada 14 November 2008..lebih kurang 3 minggu dari sekarang..so, get ready!

Start from 2day, aku kena mantapkan ilmu2 fizik aku, teori2 yg akan diguna pakai, methodology dan lain2...aku juga kena mantapkan mental n fizikal utk berhadapan dengan soalan2 killer dari panel2 nanti...

Tolong jgn tanya soalan2 yg x berkaitan wahai panel2 sekalian...Nanti saya speechless.huuhu..

Wednesday, October 22, 2008

Wednesday...

~::9W2PHY::~

Baru kuar dari bilik DRAS..huhu....10.40am-12pm..huhu...arini tunjuk kat dia 1st draft proposal aku utk di hantar bersama borang PGD..harap2 ade la rezeki...

ni nk betulkan lagi..2nd draft x payah tunjuk dah..
TQ DRAS..Doakan saya dapat PGD ni ye.


macam nak berbuka dgn pizza je arini..huhu