CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, February 28, 2010

Gelagat si kecil

~::Assalamualaikum wbt::~

Bile selalu bermain dengan mereka, terasa rindu plak.. kadang2 gerak-geri mereka sangat menghiburkan..

bakal anak buah (Muhammad Irfan Naufal)

Muhammad Aqeef Haiqal

waktu ni, mama Aqeef bawa balik kotak...Aqeef seronok dpt kotak...boleh plak dia masuk dlm kotak...seronok sgt main ngn kotak...


ni plak masa waktu petang b4 mandi.. berlagak cam orang tua...mintak daun rokok ngan datuknya...





p/s: miss them so much!!

Saturday, February 27, 2010

Kek Ambon

~::Assalamualaikum wbt::~

masa balik kampung sempena CNY aritu sempatlah main masak2 kat dapur ngan kakak.
Teringin sangat2 nak makan kek orang dulu2.. Kami panggil "kek ambon"....ade gak orang panggil "apam dewa" dan macam2 lagi lah namanya.. yang saya panggil kek ambon..kek paling senang dan simple untuk di buat.

resipi turun-temurun yang kami bikin sgt senang...lain orang, lain la resipinya..ikut kretiviti sendiri..asalkan jadi dan boleh di makan..hehe

untuk resipi

bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil overlette

cara-cara

pukul telur dan gula sampai kembang.
masukkan tepung gandum skit2..kemudian masukkan esen vanilla dan overlete..
bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian..warnakan ikut kesukaan..
kemudian masukkan dalam loyang secara selang seli.. corakkan adunan dengan lidi ikut suke.
kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga masak..


Tara~~sedia untuk di makan







kek ambon

Thursday, February 25, 2010

Nostalgia

~::Assalamualaikum wbt::~

Imbas kembali zaman sekolah menengah... Masa form 1-3, saya sangat aktif dalam badan uniform...aktif sekadar menghadirkan diri untuk kawad kaki pada setiap hari Jumaat. Hanya sekadar ahli biasa (prebet), bukannya berjawatan ...

St.John Ambulans Malaysia....itu lah badan uniform yang saya sertai. Badan uniform yang majoritinya di sertai oleh kaum Cina. Sangat seronok dengan uniform ni sebabnya byk perkara yang dpt saya pelajari..selain daripada kawad kaki di bawah panas terik, saya juga dalam menimba ilmu dalam bidang pertolongan cemas..

pernah dua kali mengambil ujian First Aid dan lulus dengan jayanya...sijilnya laku selama 3 tahun.. tahun berikutnya sekali lagi megambil ujian re-exam First Aid bagi mengasah ilmu yang ade...

Banyak kenangan manis...dapat bergaul dengan pelajar2 lain..waktu ini saya rapat dengan Zhahrina..Tiap2 hari Jumaat b4 gi sekolah pasti call dia dulu dan janji dengan dia tunggu depan pintu pagar sekolah sebab nak gi kawad same2..

Hanya 3 tahun aktif dengan SJAM..sebabnya saya terpaksa bertukar sekolah dan di sekolah baru tiada badan uniform seperti ini...

tahun 1999, selepas kawad kaki mingguan
(untuk majalah sekolah)

tahun 1998, bergambar untuk majalah sekolah

tahun 1999, selepas Perbarisan S.J.A.M Malaysia peringkat negeri Kelantan Selatan







p/s: sangat2 rindu saat itu
-
-
-
i'm broke!!

Wednesday, February 24, 2010

Tanda Nama

~::Assalamualaikum wbt::~

korang masih simpan lagi x tanda nama masa skolah dulu?? saya masih memilikinya...
tapi bukan saya la yang simpan..tapi mak saya...sume nametags anak2 beliau simpan dalam 1 tupperware besar..sejak dari anak sulung sampai bongsu..

budak2 zaman sekarang kebanyakkan dah x pakai nametag..tp mereka pakai kad matrik..
kat bawah ni ade pics gambar nametag dari masa zaman tadika hingga la ke sekolah menengah...
kad pelajar masa matrik dan U je saya x ambik sebab lupe...tapi still simpan untuk kenangan..




ni nametags masa sekolah menengah form 1-3
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil

atas sekali nametag masa tadika (Tadika Kemas)
bawahnya plak darjah 1, diikuti darjah 2 dan 3 serta yang kaler pink tu masa darjah 4-6

beratur

masa form 4-5 dah pakai kad pelajar..
colourful btol kad pelajar saya





p/s: ni je la kenangan yang tinggal dalam ingatan..

Tuesday, February 23, 2010

Today is 23rd February 2010

~::Assalamualaikum wbt::~

saje nak letak gambar..its my day..
Hari ini genap lah umur saya 25 tahun...not become older, but become wiser...hehe
umur hanya pada angka...

Syukur sangat2 Allah panjangkan lagi umur saya... semoga saya sentiasa di beri perlindungan, kasih sayang, kerahmatan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah,dipermudahkan segala urusan dan keredhaan dari-Nya untuk beribadat kepada-Nya...Amiin

TQ untuk sume ucapan dari families, fiance, relatives, cousins ,friends, dan para bloggers sekalian...semoga doa kalian di makbulkan...amiiin ya rabbal alamin




inspire


yang ke 25


semoga di permudahkan segalanya





p/s: im broke!! cik scholar, bile nak masuk??

Monday, February 22, 2010

Mc Nah's wedding!

~::Assalamualaikum wbt::~

14 Februari 2010

Sakinah dan Fadli selamat di ijab kabul..
Mc Nah ni rakan seperjuangan masa di SKPP(P)... selepas tamat darjah 6, kami tidak pernah bertemu... begitu juga dengan Mardhiah...

walaupon tinggal di daerah yang sama, tapi kami tidak berkesempatan untuk berjumpa... tanggal 14 Feb 2010, akhirnya kami berjumpa...
McNah pon makin sehat..begitu juga dengan Mardhiah...aku?? aku pon sehat juga...Kak Ina pula makin cantik...


me, mardhiah, mcNah and her husband..
depan: kak Ina

ex-skpp(p)




p/s; more old pics, later

Thursday, February 11, 2010

Closed!

~::Assalamualaikum wbt::~



Dengan ini, saya umumkan bahawasanya blog 9w2phy ini akan di tutup buat sementara waktu..

sebab2nya:

- pulang ke kampung halaman yang di cintai bagi melepaskan rindu kepada kedua ibubapa yang di kasihi...

-- line tepon umah tidak berfungsi kerana kabelnya telah di curi beberapa minggu yang lalu...so, intenet xde...

--- di kampung xde line 3G..so, perkhidmatan broadband sebarang talian adalah tidak memuaskan...

---- malas nak gi cc...

----- meraikan cuti sepuas2nya sempena CNY....

------ menemui rakan2 primary school skpp(p) di hatiku...

------- oh, sgt rindu time skolah rendah...




******************************************************



sekian, untuk kali ini...sampai bertemu lagi di lain masa..semoga perjalanan ku pada tahun ini di permudah kan....amiin



********************
i love u all~~


Tolak~~

~::Assalamualaikum wbt::~

Sangat susah untuk mengatakan "TIDAK"....tambahan pula permintaan datangnya dari seorang kawan..

Tapi semalam aku terpaksa juga menyebut 'tidak' sbb sgt merasakan diri ini tidak berkemampuan untuk menunaikan nya...

sori sgt2 ye Wanie.. kalo mempunyai masa yang sgt byk (ibarat beribu2222 lemon) insyaAllah akan saya tunaikan.. tempoh dua minggu sangat terhad...boleh buat, tp di khuatiri hasilnya kurang memuaskan...nanti semua pihak tidak berpuas hati...

sangat senang berurusan dengan Wanie..TQ atas pujian hasil2 tangan sebelum ini...






p/s: xpela, mane tau kenduri cukur jambul ank wanie ke nanti-wanie





Monday, February 8, 2010

PREP: Tirai bilik

~::Assalamualaikum wbt::~

ramai yang tanya ape theme untuk wed aku...aku jawab warna warni...sebabnya sume color aku suke.. tp kena pikirkan baju samada ade saiz ke x untuk baju yang akan di pakai nanti. baju pon susah nak cari...al-maklumlah badan aku x b brapa nak langsing. dalam bilik aku pilih kaler ala2 peach oren.

pic kat bawah ni aku testing pasang tirai kat dalam bilik...sekali tgk cam gelap je..nanti kat bahagian ikatan scallop akan di tambah bunga hiasan...cost untuk kain tirai ni hanya rm60...

pendapat kalian di perlukan...ape yang perlu di tambah, ape yang perlu di buang..
ade cadangan x untuk warna cadar?...
warna perabot adalah coklat gelap...



KESIHATAN: Nafas berbau

~::Assalamualaikum wbt::~

Apa yang dikatakan nafas berbau?

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan. Kebiasaanya nafas
berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur. Walau bagaimanapun,
jika ianya berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan.

Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :

• Keadaan dalam mulut seperti :

~Makanan melekat di celah-celah gigi.
~Bau nafas ketika bangun tidur.
~Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak bersih dan ulser mulut.
~Mulut kering


• Tabiat merokok atau minum alkohol.

• Pengambilan jenis makanan yang tertentu seperti durian dan bawang putih.

• Masalah perubatan seperti :

~Penyakit saluran pernafasan ( farinks, larinks dan paru-paru ).
~Penyakit salur alimentari atau pemakanan ( esofagus dan perut ).






Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?

Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :

• Penjagaan kesihatan mulut :

~Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran .
~bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper.
~ Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut.
~Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Awasi diet :

~Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein.
~Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat.
~Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula.

• Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol.



Nafas berbau & bahan kumuran
Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan
pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan
punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.

Sunday, February 7, 2010

I-City, Shah Alam (part 2)

~::Assalamualaikum wbt::~

Jumaat, 5 Februari 2010 kami terjah lagi I-City... Kali ni lebih banyak pokok2 lampu dan tempat yg kami terjah. seperti biasa, kami bertiga (me, Mas and Ilah) photoshoot syok sendiri..
lebih banyak replika2 baru seperti binatang2, pokok2 dan banyak macam lagi..kena datang sendiri tengok...

1st time gi I-City dulu, x de orang..pokok2 pon x banyak..replika2 sume xde..tp kami ni excited lebeh..pokok yang beberapa kerat tu pon kami x abis posing.
pendek kate kami bertiga je kot pada masa tu yg dok shooting.. ade la beberapa orang lagi yang lepak situ..boleh di kira dengan jari.. tapi kali ni, beratus2 orang kot mengunjungi I-City pada waktu malam...parking pon makin berkurangan..yang pasti mereka yang datang bawa bersama camera untuk bergambar...

rase macam tengok cite Avatar yang pokok2nya bernyala..(agak je la)...ni baru ciptaan manusia..ciptaan Tuhan lagi hebat dari ini..Subhanallah..

Layan je la gambar yang telah di compressed...huhu



Love, love love

ala2 snow

pening pala tgk lampu byk2







p/s: nak gi lagi len kali...pasti ade benda baru lagi

Saturday, February 6, 2010

Syamil vs Aliya

~::Assalamualaikum wbt::~

minggu lepas sempat menziarahi sempat menziarahi anak2 buah.. Syamil di lahirkan pada 17 Januari 2010... Syamil ni buah hati pengarang jantung kepada Nisa and Shah...comey budaknya...masa lahir berat Syamil 2.8kg...Sabtu lepas masa saya dan Nurin menziarahinya beratnya sudah mencecah 3.0kg... kuat menyusu kata mummy Syamil...

mummy Syamil plak x macam org tengah berpantang...ke hulu ke hilir...aktif macam orang biasa..Nisa...Nisa...

Ini lah Syamil....~

Muhammad Syamil bin Shahrizan


Jumaat lepas juga saya bersama kawan2 lab sempat ke rumah rakan lab (Kak Ct) di Padang Jawa, Shah Alam..Buat masa sekarang dia berada di rumah bonda di Merlimau, Melaka.. Cuma minggu lepas beliau singgah Shah Alam sekejap sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Ipoh bagi mendapatkan khidmat urut...

Kami mengambil kesempatan menziarahi anaknya yang di beri nama Aliya Zahra. Aliya cinta hati kepada Kak Ct dan Abg Azam.. Aliya di lahirkan pada November 2009 beberapa hari selepas umat islam menyambut Hari Raya Aidil Adha... Tarikhnya lupe plak..huhu
Masa lahir berat Aliya 3.++kg..berat juga la..tgk la pic dia kat bawah ni..sungguh sehat..sekarang Aliya sudah nak masuk 3 bulan rasenya..

Menurut Kak Ct juga, nama Aliya di pilih kerana abjad A dan Z...
A for Azam, Z for Zaubidah = Aliya Zahra

Inilah Aliya...~


Aliya Zahra binti Mohd Azam







p/s: Waiting for Lini's baby..mayb dis Jun 2010

Friday, February 5, 2010

KESIHATAN: Bahaya kurang minum air!

~::Assalamualaikum wbt::~

I got this from my mailbox and just wanna share it with y'all.

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.



Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Degupan jantung meningkat
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-




p/s: just copy and paste from emel

Thursday, February 4, 2010

~::Assalamualaikum wbt::~

Tekak saya sudah makin beransur pulih..
tapi tahap selsema tetap sama...kadang2 kepala sedikit pening...
hari ini tidak ke lab..kononnya tak nak terdedah dengan habuk2 dan udara sekeliling..
lepak rumah sudah...

alhamdulillah, semuanya ok...kadang2 mata berair...:-(

miss my hometown...




p/s: uwaaaaaaaaaaaa...nak balik!!
duit pon sudah semakin berkurangan....:-(

Wednesday, February 3, 2010

Albi Nadak

~::Assalamualaikum wbt::~

erm..masa tengok gambar2 kat blog Aween ter'suke' dengan posting video perkahwinan antara Nuha dan Wan Alimi...lagu background mmg best giler...yang penting aku suka...pastu cari kat youtube... menurut Nuha, lagu nih tajuknya Albi Nadak...ade 2 version...versi laki di nyanyikan oleh Fares manakala versi pompuan di nyanyikan oleh Amal Hijazi....so layan...




versi lelaki

Monday, February 1, 2010

Happy Birthday 2 U!!

~::Assalamualaikum wbt::~


Hari ini bestday ayah saya yang ke-62 tahun..
semoga Ayah sentiasa sihat, di panjangkan umur, dan sentiasa di dalam kerahmatan Ilahi..
semoga sentiasa ceria dan bahagia di samping isteri tercinta..
semoga sentiasa di permudahkan olehNya dalam mengerjakan ibadah kepadaNya...Amiin ya Rabbal Alamin...


p/s~ cukupkan rehat...dan x perlu bekerja keras lagi seperti dahulu

I Love U so Much!!