CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 24, 2016

||2016||SALAM AIDILFITRI

~::Assalamualaikum wbt::~

Syukur alhamdulillah tahun ini kami diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa dan beraya bersama-sama keluarga tercinta. Tahun dapat kumpul sebahagian daripada family kedua2 belah keluarga di Kelantan dan di Perak..Alhamdulillah..
walau tidak bersua tapi ukhuwah tetap ada. harap tahun2 akan datang dapat berkumpul dengan lebih ahli keluarga tersayang..

sebahagian daripada keluarga Abdul Rahman (Perak)

cikYus and family (Perak)

nieces and nephew (Perth, Australia-Perak)

new member in PSH Family , Nur Fatin Afrina (Kelantan)
Matyie and Nurul's daughter

Abg Jie's Family (Kelantan)

Mieza (elder sister) with her sons (Kelantan)

Matlan (adik) and wife, Keyna (Kelantan)

AR Family (Perak) -7 Beradik berkumpul

Yong (Penang) and KakDa (Perak)- dua2 sis in law

Mother in law and KakAlun (sis in law)

with Na's family (sis in law)-(Perak)

5 siblings in action

my adorable daughters (Syifaa' and Yah)

my sis and I

my happy family

makan2 di pagi raya

family picture with ayah n mek
ni sahaja yang ada.. missing keluarga abg die, matyie, matlan dan abg jie



Tuesday, March 29, 2016

|2016||1st entry|

~::Assalamualaikum wbt::~

Kelakar betul tengok blog sendiri dah lama tak update. Hampir setahun. Dah tak boleh nak ngadap lama2 depan pc. Urus anak-anak, kerja rumah, kerja dan lain-lain.
Apa2 pun sangat berharap tahun 2016 lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bulan 10/2015 kami di kurniakan seorang khalifah soleh yang diberi nama Muhammad Ibrahim bin Fuad. Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan ini. Kami kini berlima. Alhamdulillah..


Anak-anak syurga kami
Adawiyah, Syifaa' dan Ibrahim

Monday, March 30, 2015

|2015||1st entry|

~::Assalamualaikum wbt::~

Hampir setahun tidak berblog..Bila dah berkeluarga, masa sangat terhad dan tak sempat nak menghadap laptop lelama.kalau buka intenet pon mesti sbb nak cari keje or nak buka emel. walaupon ada smartphone hanya utk bc whatsApp je.selebihnya tepon di tangan anak2. ini lah budak2 zaman sekarang budak 2 thn pon dah pandai main henpon.

Tahun ni secara rasminya kami telah menetap di Kelantan. hampir 2 bulan kami menjadi orang Temangan. tempat di hujung jajahan Machang. di sinilah tempat kami menuai rezeki yang halal untuk membesarkan anak2. Agak sukar juga utk survived kat sini memandangkan masalah air di sini agak kronik. kul 3-5pg baru ada air.kadang2 agak give up juga kena bgn awal2 pagi utk tadah air.hasilnya bila gi keje mata ngantuk dan badan pon jadi lemah dan malas utk buat kerja. tp bila di fikirkan penduduk di sini pon hadapi masalah yang sama dan mereka pon boleh bersabar dengan ujian ini. buat masa ini aku masih menetap di sini dan tengah berusaha utk berpindah dan menyewa di tempat lain yang tidak mempunyai masalah air.

banyak kerja2 harian tidak dapat di laksanakan terutamanya basuh kain. seminggu sekali terpaksa balik pasir puteh utk membasuh baju2 yang bertimbun.huhu..hrp sangat masalah ini dapat di selesaikan secepat mungkin.Ya Allah tunjukkan kami jalan kelur dari kesempitan ini..Aamiin YA Rabbal Alamiin.

Temangan ni tempat yang agak teruk mengalami musibah banjir pada tahuun lepas. Kesan2 banjir masih ada. Baru minggu ni hujan mula turun setelah 3 bulan kemarau.air telaaga pon kebanyakan hampir kering. penduduk di sini kebanyak menggunakan air pacang/ boring. tapi di sebabkan musim panas, air pon kering. ini lah dugaan yang terpaksa di tanggung oleh penduduk di kawasan Temangan ini. ini juga pengalaman untuk kami sekeluarga.

hari ni juga aku telah ambil keputusan utk hantar Syifaa' ke tadika. tiap2 hari dia surakan utk ke sekolah. hari ni aku tunaikan permintaannya utk ke sekolah. belajar rajin2 ye kakak. harap semua ok.

setakat ni saja utk kali ni. ada masa dan peluang saya coretkan lagi jika berkelapangan.. In Shaa Allah

Thursday, June 26, 2014

|2014||Ramadhan |

~::Assalamualaikum wbt::~

Ramadhan bakal menjelma..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya Allah berikan aku peluang untuk terus menikmati bulan yang mulia ini dengan penuh pengharapan. Semoga dapat diri ini menjalani ibadah puasa dengan sempurna.In Shaa Allah.. Amiin




Salam Ramadhan 2014


Tuesday, May 13, 2014

|2014|Hijrah

~::Assalamualaikum wbt::~

Tahun ini kami berhijrah..Dari Kuala Kangsar ke Kota Bharu. Semoga di rahmati oleh-Nya..Amiin
Kami akan balik sekali sekala jika berkesempatan untuk ziarah opah dan sedara mara yang lain..In Shaa Allah. Doakan kami.

Untuk KakBit be strong! We always pray for your health.. Semoga Allah beri kesembuhan, kekuatan, keimanan dan ketakwaan kepada KakBit sekeluarga.. Amiin


 luv u darling 

 luv u sweetheart

love,
mummy

Sunday, May 11, 2014

|2014| |February|

~::Assalamualaikum wbt::~

Quick update!!
Tahun ni anak2 dah makin membesar..Syukur sangat2 mempunyai dua org puteri penyeri keluarga kami. Makin nakal, makin cerdik dll itulah anak2 kami. tahun ini bulan Feb masing2 genap umur 3 thn dan 1 tahun.



 Kakak Syifaa' (9 Feb 2010)

 Adik Yah (8 Feb 2013)

We love u so much sayangs!! 

regards,
by mummy

Sunday, April 27, 2014

2014: 1st entry

~::Assalamualaikum wbt::~

huhu..hari ni bari berkesempatan untuk jenguk blog sendiri yang dah lama berhibernasi...
In sha Allah akan mula aktif kembali berblog..

coming soon!!

 2014: berempat

Friday, December 6, 2013

|2013||Zoo Taiping Lagi|

~::Assalamualaikum wbt::~

Syifaa' nak kenal binatang lagi..Jadi bulan lepas mummy bawa la kakak Syifaa' dan adik Yah tengok binatang. Alhamdulillah hampir semua binatang Syifaa' dah kenal dekat zoo.. Tapi on the balik umah kakak boleh plak dia tertukar..sebelum ni dh tau lembu dan kambing. Lepas balik dari zoo, Lembu di katanya kambing..Kambing di katanya lembu.. Camana ni kakak??

Pening mummy!


 hah, tengok ape tu?


saya seronok tengok binatang hari ni..

love,
mummy

Thursday, December 5, 2013

|2013||petua anis|

~::Assalamualaikum wbt::~

Agak lama juga saya tidak berblog. Bulan terakhir tahun 2013 baru berkesempatan. Komitmen terhadap anak2 lebih di utamakan daripada segalanya. Sebelum blog ini berlabuh tirai pada bila-bila masa saja, ingin berkongsi sedikit petua. Tidak disangka petua keluar juga di dalam majalah kesayangan 'ANIS'.
 Selamat mencuba!!



Saturday, April 13, 2013

Adawiyah Imani binti Fuad

~::Assalamualaikum wbt::~

22 Februari 2013, Adawiyah Imani selamat di tahnikkan dan di cukurkan rambutnya oleh Haji Tuan Ibrahim atau lebih di kenali sebagai 'AyahKu'. beliau merupakan guru mengaji kepada ayah dan ibu saya. Semoga Adawiyah fasih mengaji dan bertarannum seperti 'AyahKu'. InsyaAllah, amiin.

 pakNgoh potong rambut Adawiyah

 di tahnikkan oleh AyahKu

 Datuk kepada Adawiyah memotong rambut

Semoga Adawiyah menjadi anak yang solehah kelak.Amiin

Tuesday, January 8, 2013

Imbasan 2012

~::Assalamualaikum wbt::~

tiada cerita, tiada idea..dah lama tidak berblog idea pon xde. Otak kurang berfikir, nak mencari idea pun mcm malas. harap sgt tahun ni boleh aktif berblog macam tahun2 sebelum ini.. 2012 tahun paling kurang berblog sebabnya kurang terdedah dengan internet. sekali sekala saja dpt beronline.

Lagipun sibuk melayan karenah Syifaa' yang makin membesar, makin bijak, makin panjang akal, makin nakal dan sebagainya. Walaupon Syifaa'  ni nakal sgt, mummy harap Syifaa' jadi anak  yang solehah kelak. Jadi kakak contoh kepada adik2 kelak.Aminn..

Penghujung tahun 2012 majlis yang x dapat dipenuhi undangan ialah majlis pertunangan sepupu Junaidah & Akram. ni je gambar yg dapat dipaparkan. Semoga bahagia sampai bila2.


 my sister n her son (azfar) dan Junaidah

Lately, Syifaa' suke sangat tengok kartun Mickey  Mouse and Friends. LAyan aje la.. lagipun mummy dah tak larat nak kejar2 Syifaa'. Tunggu la adik Syifaa' kuar dari perut mummy dan Syifaa' boleh main dgn adik kelak. Sayang Syifaa' sgt2..
 Mickey and Donald

Dah berminggu2 buat bunga telur utk kawan baik. Tapi masih belum siap. Banyak sangat komitmen yang lebih penting dan perlu di utamakan. Terutamanya bantu En.Suami memulakan kerjaya barunya. Harap sangat dapat siapkan bunga telur sebelum deliver newborn. Eventnya bulan 3, tapi x nak tergesa2 nanti, struggle utk siapkan secepat mungkin. nanti dah ade baby baru x sempat nak layan pula.

Tahun ini, 2013 bermulalah episod baru dalam hidup kami sekeluarga. Semoga tahun ini menjadi tahun paling bermakna untuk kami sekeluarga seterusnya tahun2 akan datang. Semoga En.Suami berjaya dalam bidang yang di idamkan sekian lama. InsyaAllah. Semuanya dengan izin dari-Nya.
TERIMA KASIH SEMUA!!

xoxo,
9w2phy

Sunday, January 6, 2013

2013

~::Assalamualaikum wbt::~

1st entry dalam 2013. Just to say Happy New Year.. Semoga tahun ini membawa 1001 perubahan dalam hidup.Mendapat keredhaan dan petunjuk dari Allah swt..amiin

Monday, December 24, 2012

2012: Apa Syifaa’ buat tiap2 hari??

~::Assalamualaikum wbt::~

 berebut nak masuk dalam kotak

 senyum dpt dengar lagu 'untuk dia'


 mainan Syifaa'-mangkuk, sudu mainan, bawang merah, telefon

 nak tido pon sempat lg tgk telefon


Sepanjang tinggal kat rumah nenek, tiap2 hari Syifaa’ akan main sama-sama dengan Azfar dan abang Aqeef. Kami main baik2 aje. X de buli2 sume. Abang Aqeef selalunya tengok kartun aje kat chanel 611, Syifaa’ main la ultramans dan lori2 bersama Azfar.

Syifaa’ x suke sangat mainan masak2 yang daddy belikan tu. Kalau kakak Amiera datang umah nenek baru Syifaa’ main. Syifaa’ xde kawan nak main masak2. Kadang2 aje Syifaa’ amik bawang nenek kat dapur main masak2 dengan mummy. Kalau boring sangat Syifaa’ suke dengar lagu ‘Untuk Dia’ alah yang Sleeq ft Najwa tu la. Biasanya Syifaa’ akan goyang2 badan. Azfar pun suke juga dengar lagu nih.. hehe. Kalau nak tido biasanya Syifaa’ akan suruh mummy buka lagu ‘Bawaku Pergi’- Kaka & Zizan nyanyi tu. Nanti tido la.

Syifaa’ x tahu membaca lagi. Tapi Syifaa’ suka dengar mummy bacakan buku untuk Syifaa’. Kalau mummy x layan, Syifaa’ akan tarik jari telunjuk mummy suh bacakan buku. Tak kiralah tangan nenek ke, cik Ja ke, Syifaa’ suruh juga dorang bacakan buku.

K la, Syifaa’ dah ngantuk, nak tido dulu..Assalamualaikum.
Love,
By mummy

2012: Syifaa’ nak jadi kakak??

~::Assalamualaikum wbt::~




Hari ini hari Jumaat (19 Okt 2012). Syifaa’ berbaju kurung biru. Hujan renyai2 dari semalam tidak menunjukkan akan reda. Dah sebulan lebih Syifaa’ tinggal kat kampung nenek dan datuk di Kelate. Tak lama lagi dah nak masuk musim tengkujuh. Selalunya kat umah datuk akan banjir. Syok la kalau Syifaa’ sempat main air..hehe

Next week dah nak raya haji. Lepas raya haji maybe Syifaa’ dan mummy akan ikut daddy balik Perak. Sian daddy tiap2 hari tepon Syifaa’ nak dengar suara Syifaa’ sebut “ cicak, ayam, kucing, arnab, air…” itu aje perkataan2 yang jelas di sebut Syifaa’. Yang lain2 masih belum di fahami. SYifaa’ dah 1 tahun 8 bulan, kira lambat la juga nak bercakap compared to sepupu2 nya yang lahir tahun yang sama. Padahal Syifaa’ paling tua sebab lahir bulan 2. Azfar lahir bulan 5, Ilyana bulan 8 dan Fatimah bulan 10.

Next year Syifaa’ bakal dapat adik dalm bulan 2 juga. InsyaAllah. Doakan adik SYifaa’ nanti sihat sempurna sifatnya dan mummy pun sihat juga. Tak sabar nya nak tengok adik. Jantina lum tahu lagi, minggu depan baru doc nak scan perut mummy.

Syifaa’ nakal sangat2, sian mummy penat layan Syifaa’. Duduk kampung seronok… ada abg Aqeef, Azfar dan poksu. Mainan pun banyak. Tapi mainan lori, kereta, ultramans dan mainan budak2 laki la..Mainan orang pompuan xde. Syifaa’ main barang2 nenek aje la kat dapur. Kalau nenek buka bilik dia, SYifaa’ boleh jahit baju. Hihi

Kalau datuk tengah baring2 depan tv berehat, Syifaa’ dan Azfar akan berebut naik atas perut datuk buat kuda. Hehe.. Sayang datuk sangat2. 2 hari lepas Syifaa’ tinggal dengan nenek sebab mummy gi klinik wat check up. Syifaa’ cari mummy tp x jumpa. Syifaa’ x nangis..Pastu Syifaa’ berak. Neneklah yang kena basuh berak Syifaa’.hehe

K lah..tu je setakat ini.. Mummy x boleh update selalu blog sebab kami x de intenet kat rumah. Babai aunties semua…

Love,
By Mummy

Friday, July 6, 2012

2012: Syifaa’ demam (16 JUNE 2012)

~::Assalamualaikum wbt::~


Hari ini Syifaa’ demam untuk kali ke 4. Sebelum ini memang jarang Syifaa’ demam kalau kena cucuk pun antibody dia sangat kuat. Tak pernah demam. Alhamdulillah. Ini kali ke dua dia demam sebab cuaca yang sangat panas. Kali pertama hari tu masa balik Kelantan. Kat sana memang panas. Syifaa’ tak tahan panas. Bagi aku biasa sahaja sebab dah biasa dengan keadaan di sana. Suami pun x tahan juga cuaca kat sana. Kejap2 mandi..huhu

Kesian Syifaa’. Walaupun demam dia masih aktif. Memang asyik nak main aje. Ada je benda yang dia nak main. Syifaa’ dah masuk 16 bulan, tapi masih belum boleh cakap. Bahasa Jerman dan bahasa kutub (bahasa pingu) boleh la. Kalau sebut “Meow” dan “Mbeek” tau la. Sebab kat umah opah ni selalu ada kucing dan kambing.

Kaki Syifaa’ dah besar. Kasut saiz 3 dah x muat. Seminggu dua lagi kena tukar kasut lain. Cepat betul dia membesar. Makan banyak. Favourite makanan ringan ialah keropok. Maklumlah orang Kelate katakan. He he.. nantikan kemunculan Syifaa’ Einstein dalam entry akan datang.

Ada kisah di sebalik ‘Syifaa’ Einstein’ ini.

@zoo taiping

saya sangat seronok tengok binatang kat Zoo Taiping


Love,

By Mummy

Doorgift bekas telur[BT001]


Theme: Purple
Gift for : Hasni and Nasrun (27 November 2011)





 
   

Untuk pertanyaan atau tempahan,
Hubungi : 017- 597 0551 (Hazimah)
TQ

Tuesday, May 1, 2012

2012: Syifaa’ dan bilik air [240412]


Syifaa' wat kejutan lagi kepada kami .
Pada malam tu saya baru selesai solat Isyak. Manakala suami menonton televisyen sambil memerhatikan Syifaa' bermain. Selalunya bila bosan bermain dengan mainannya, Syifaa' akan ke dapur untuk sepahkan besen2 plastik kat rak bawah singki. Biasanya dia akan ketuk2 besen tu ikut suka hati dia.
Tiba2 tiada kedengaran ketukan besen. Dalam 10minit lebih kurang tiada kedengaran suara Syifaa'. Kami suami isteri tersedar! Terus mencari sambil memanggil nama Syifaa'. Puas mencari tempat2 yang selalu dia main di seluruh penjuru rumah. Bila suami buka pintu bilik air, Syifaa' tersengih di dalam besen. Pakaiannya basah lencun. Inilah anak bertuah. Padahal pintu bilik air tertutup rapat. Kuat betul tenaga Syifaa' menolak pintu dan memasuki bilik air. Sangat mustahil budak seusia Syifaa' boleh menolak pintu yang agak berat itu. Baru 1 tahun 2 bulan. Nasib baik besen itu tidak berisi air yang banyak, dalam 2inci . nasib baik juga bekas yang berisi air tinggi daripada Syifaa' dan dia belum pandai untuk mencedok air sendiri. Kalau dia tahu, MasyaAllah. Pengajaran untuk kami supaya menyelak pintu atau tempat2 berisiko supaya tidak di terokai Syifaa'.
Sekarang kami lebih berhati-hati untuk memerhatikan gerak-geri Syifaa' si budak bijak itu.

gian nak naik walker..sonok sgt dpt masuk walker setelah sekian lama duk bawah katil


Love,
mummy

2012 : Syifaa’ @ 14 month [090412]

Setelah setahun tidak berblog..hari ini memulakan langkah pertama. Syifaa' pun dah boleh berlari. Macam2 dah dia tahu.

Perkara yang paling terkejut dalam hidup aku sebagai seorang ibu apabila Syifaa' buat perkara yang sangat aku tidak duga..

Semalam, (20 April 2012) masa aku tengah menyibukkan diri di dapur tiba2 Syifaa' telah menumpahkan bancuhan tepung utk di buat lempeng. Bekas tu terletak di atas para.

Syifaa' telah memijak bontot periuk utk naik bagi mencapai bancuhan tepung itu. Entah siapa yang ajar dia berbuat demikian.

Lalu aku memarahinya. Dia lari ke ruang makan sambil menjatuhkan semua kerusi2 (tindakan ini tidak bagus utk seorg budak seusia Syifaa'). Mulutnya bising tanda protes. Walaupun dia cakap tidak jelas, tapi aku tahu itu tandanya dia protes sebab aku telah memarahinya.

Sementara di dapur, Aku lap lantai yang kotor di simbahi tepung .

Selesai mengelap, Syifaa' datang ke arah aku sambil membawa kain buruk. Dia turut mengelap lantai seperti apa yang aku lakukan sebelumnya.

Dalam situasi sedemikian banyak perkara dan tindakan yang Syifaa' lakukan tanpa di ajar oleh kami. Mungkin dia byk menonton cerita 'pingu' atau semua itu atas tindakan dan pemikiran dia sendiri. Ini semua proses pembelajaran yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apa yang kami suami isteri selalu perhatikan, Syifaa' tidak gemar bermain dengan mainan yang di beli untuknya, tetapi apa barangan yang kita guna, itulah barang mainannya. Seperti telefon bimbit, kunci rumah/kerata, besen, periuk, dan pelbagai lagi barangan yang di fikirkan selamat untuknya, itu lah barang mainannya. (pastikan anak2 anda tidak di beri sudu/garfu, barang2 yang tajam, dan yang di fikirkan sangat bahaya utk anak2). Mainan yang paling di gemari Syifaa' adalah buku.

Ya Allah, semoga apa sahaja tindakan yang Syifaa' lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya…amiin.



 


Its me!! Syifaa' Humaira bt Fuad

Syifaa’ dan Pingu


Syifaa' 7 bulan @ 9 September 2011
Cukup 7 bulan Syifaa' dah tumbuh gigi bawah 2 batang. Akal pon dah besar.
Masa umur Syifaa' 4 -5 bulan, Syifaa' dah bleh duduk. Tp kelilingnya bantal. Tiap kali mummy nak masak, cite Pingu la Syifaa' tengok. Syifaa' leka dengar lagu intro cite Pingu tu. Sampailah skrg Syifaa' umur 7 bulan.
Pantang mummy or daddy buka laptop, pasti Syifaa' teruja. Kalau tengah tidur pon, x kira tgh malam or siang tiap kali daddy sebut 'Pingu, pingu' (melodi pingu) pasti Syifaa' terjaga. Penangan Pingu mmg bahaya. Sekarang ni mummy tengah cuba nak tukar citer lain plak. Tapi masalahnya cite lain Syifaa' taknak..mengamuk! ape2 hal pon, mummy nak pasang cd Alif ba ta plak. Harap Syifaa' boleh lah terima.
3-4 hari lepas, Syifaa' tersungkur kat lantai masa tgh main. Tetiba dia nangis sambil sebut "mmmummy bbbuat!!" beberapa kali. Ape lagi tergamam la mummy, daddy and opah. Pandai pulak dia menyebutnya. Anak mummy ni dah tak sabar nak bercakap ye.. mummy pon tak sabar nak dengar Syifaa' bercakap..hehe


 


Tengah kusyuk menonton Pingu
Macam orang dewasa..huhu

Syifaa’ 143 hari @ 2 July 2011

Hari ini genap umur Syifaa' 143 hari. Orang kata 143 ini ada makna.

1 = I , 4 = Love , 3 = You

Jadi, mummy tujukan 143 ini utk Daddy and Syifaa'.


 

Love,

Mummy


 


Ni gambar daddy n Syifaa' masa hari pertama kat hospital Tengku Anis


 



 

Ni gambar daddy ngan Syifaa' masa umur 5 bulan. Dah temuk2 Syifaa' ni