Hari ini Syifaa’ demam untuk kali ke 4. Sebelum ini memang
jarang Syifaa’ demam kalau kena cucuk pun antibody dia sangat kuat. Tak pernah
demam. Alhamdulillah. Ini kali ke dua dia demam sebab cuaca yang sangat panas.
Kali pertama hari tu masa balik Kelantan. Kat sana memang panas. Syifaa’ tak
tahan panas. Bagi aku biasa sahaja sebab dah biasa dengan keadaan di sana.
Suami pun x tahan juga cuaca kat sana. Kejap2 mandi..huhu
Kesian Syifaa’. Walaupun demam dia masih aktif. Memang asyik
nak main aje. Ada je benda yang dia nak main. Syifaa’ dah masuk 16 bulan, tapi
masih belum boleh cakap. Bahasa Jerman dan bahasa kutub (bahasa pingu) boleh
la. Kalau sebut “Meow” dan “Mbeek” tau la. Sebab kat umah opah ni selalu ada
kucing dan kambing.
Kaki Syifaa’ dah besar. Kasut saiz 3 dah x muat. Seminggu
dua lagi kena tukar kasut lain. Cepat betul dia membesar. Makan banyak.
Favourite makanan ringan ialah keropok. Maklumlah orang Kelate katakan. He he..
nantikan kemunculan Syifaa’ Einstein dalam entry akan datang.
Ada kisah di sebalik ‘Syifaa’ Einstein’ ini.
@zoo taiping |
saya sangat seronok tengok binatang kat Zoo Taiping |
Love,
By Mummy
No comments:
Post a Comment