Saturday, February 27, 2010

Kek Ambon

~::Assalamualaikum wbt::~

masa balik kampung sempena CNY aritu sempatlah main masak2 kat dapur ngan kakak.
Teringin sangat2 nak makan kek orang dulu2.. Kami panggil "kek ambon"....ade gak orang panggil "apam dewa" dan macam2 lagi lah namanya.. yang saya panggil kek ambon..kek paling senang dan simple untuk di buat.

resipi turun-temurun yang kami bikin sgt senang...lain orang, lain la resipinya..ikut kretiviti sendiri..asalkan jadi dan boleh di makan..hehe

untuk resipi

bahan-bahan

5 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil overlette

cara-cara

pukul telur dan gula sampai kembang.
masukkan tepung gandum skit2..kemudian masukkan esen vanilla dan overlete..
bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian..warnakan ikut kesukaan..
kemudian masukkan dalam loyang secara selang seli.. corakkan adunan dengan lidi ikut suke.
kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga masak..


Tara~~sedia untuk di makan







kek ambon

5 comments: