~::Assalamualaikum wbt::~
Khamis (3 september 2009) bersamaan 14 Ramadhan, aku telah kehilangan laptop tersayang bersama2 dengan pendrive kingston 8G... kos kehilangan berjumlah rm2050 termasuk beh kuliah maple yang selalu ku usung ke sana sini..
yang paling sedih, sume tesis master yg dah 60% siap hilang bersama2 laptop dan pendrive back up..cit !, '
setan' punya pencuri..
pesanan utk si pencuri durjana:"
aku x kesah ko nak laptop aku, janji ko pulangkan balik sume tesis2 aku bersama2 jornal yg ade dalam laptop dan pendrive tu.. latop boleh di beli, tapi idea dan perahan otak aku sukar di cari ganti...ko ingat senang ke aku nak baca dan tulis tesis tu..aku dah karang setahun lebih...ni mungkin ujian dan pengajaran utk aku la kan..tp aku mintak ko pulangkan balik tesis aku"
tapi aku redha sebab ni sume ujian di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini..semoga aku terus tabah dan mulakan balik sesi mengarang dan menganalisis data2 untuk kali ke dua.. semoga dengan ujian ini, aku dapat grad on time! Amin
kronologi kejadian:3.00 pm: aku sampai rumah, mendapati pintu grill terbuka sedikit... solex hilang. tombol pintu berkeadaan baik tapi tidak berkunci...3.05 pm: membuka pinti bilik... mendapati laptop tiada di atas meja... beg kuliah di atas kerusi juga didapati hilang3.10pm: menelefon Kak Linda bertanyakan dan mencerita ape2 yg berlaku..4.00pm: kak linda pulang dari tempat keje.4.05pm: ke balai polis seksyen 7 untuk membuat laporan..4.30pm: pegawai penyiasat polis tiba di rumah ukt membuat siasatanpengajaran:1. sentiasa kunci pintu bilik walaupon ade orang di rumah2. sentiasa simpan dan letak laptop di tempat yang selamat3. sume keje2 yg penting simpan di tempat yg paling selamat contohnya send ke email4. semua keje yg dah di buat send terus kepada supervisor5. pendrive sentiasa gantung di leher dan dibawa ke mana2..huhu6. fikirlah ape yg terbaik...