CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 1, 2012

2012: Syifaa’ dan bilik air [240412]


Syifaa' wat kejutan lagi kepada kami .
Pada malam tu saya baru selesai solat Isyak. Manakala suami menonton televisyen sambil memerhatikan Syifaa' bermain. Selalunya bila bosan bermain dengan mainannya, Syifaa' akan ke dapur untuk sepahkan besen2 plastik kat rak bawah singki. Biasanya dia akan ketuk2 besen tu ikut suka hati dia.
Tiba2 tiada kedengaran ketukan besen. Dalam 10minit lebih kurang tiada kedengaran suara Syifaa'. Kami suami isteri tersedar! Terus mencari sambil memanggil nama Syifaa'. Puas mencari tempat2 yang selalu dia main di seluruh penjuru rumah. Bila suami buka pintu bilik air, Syifaa' tersengih di dalam besen. Pakaiannya basah lencun. Inilah anak bertuah. Padahal pintu bilik air tertutup rapat. Kuat betul tenaga Syifaa' menolak pintu dan memasuki bilik air. Sangat mustahil budak seusia Syifaa' boleh menolak pintu yang agak berat itu. Baru 1 tahun 2 bulan. Nasib baik besen itu tidak berisi air yang banyak, dalam 2inci . nasib baik juga bekas yang berisi air tinggi daripada Syifaa' dan dia belum pandai untuk mencedok air sendiri. Kalau dia tahu, MasyaAllah. Pengajaran untuk kami supaya menyelak pintu atau tempat2 berisiko supaya tidak di terokai Syifaa'.
Sekarang kami lebih berhati-hati untuk memerhatikan gerak-geri Syifaa' si budak bijak itu.

gian nak naik walker..sonok sgt dpt masuk walker setelah sekian lama duk bawah katil


Love,
mummy

2012 : Syifaa’ @ 14 month [090412]

Setelah setahun tidak berblog..hari ini memulakan langkah pertama. Syifaa' pun dah boleh berlari. Macam2 dah dia tahu.

Perkara yang paling terkejut dalam hidup aku sebagai seorang ibu apabila Syifaa' buat perkara yang sangat aku tidak duga..

Semalam, (20 April 2012) masa aku tengah menyibukkan diri di dapur tiba2 Syifaa' telah menumpahkan bancuhan tepung utk di buat lempeng. Bekas tu terletak di atas para.

Syifaa' telah memijak bontot periuk utk naik bagi mencapai bancuhan tepung itu. Entah siapa yang ajar dia berbuat demikian.

Lalu aku memarahinya. Dia lari ke ruang makan sambil menjatuhkan semua kerusi2 (tindakan ini tidak bagus utk seorg budak seusia Syifaa'). Mulutnya bising tanda protes. Walaupun dia cakap tidak jelas, tapi aku tahu itu tandanya dia protes sebab aku telah memarahinya.

Sementara di dapur, Aku lap lantai yang kotor di simbahi tepung .

Selesai mengelap, Syifaa' datang ke arah aku sambil membawa kain buruk. Dia turut mengelap lantai seperti apa yang aku lakukan sebelumnya.

Dalam situasi sedemikian banyak perkara dan tindakan yang Syifaa' lakukan tanpa di ajar oleh kami. Mungkin dia byk menonton cerita 'pingu' atau semua itu atas tindakan dan pemikiran dia sendiri. Ini semua proses pembelajaran yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apa yang kami suami isteri selalu perhatikan, Syifaa' tidak gemar bermain dengan mainan yang di beli untuknya, tetapi apa barangan yang kita guna, itulah barang mainannya. Seperti telefon bimbit, kunci rumah/kerata, besen, periuk, dan pelbagai lagi barangan yang di fikirkan selamat untuknya, itu lah barang mainannya. (pastikan anak2 anda tidak di beri sudu/garfu, barang2 yang tajam, dan yang di fikirkan sangat bahaya utk anak2). Mainan yang paling di gemari Syifaa' adalah buku.

Ya Allah, semoga apa sahaja tindakan yang Syifaa' lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya…amiin.



 


Its me!! Syifaa' Humaira bt Fuad

Syifaa’ dan Pingu


Syifaa' 7 bulan @ 9 September 2011
Cukup 7 bulan Syifaa' dah tumbuh gigi bawah 2 batang. Akal pon dah besar.
Masa umur Syifaa' 4 -5 bulan, Syifaa' dah bleh duduk. Tp kelilingnya bantal. Tiap kali mummy nak masak, cite Pingu la Syifaa' tengok. Syifaa' leka dengar lagu intro cite Pingu tu. Sampailah skrg Syifaa' umur 7 bulan.
Pantang mummy or daddy buka laptop, pasti Syifaa' teruja. Kalau tengah tidur pon, x kira tgh malam or siang tiap kali daddy sebut 'Pingu, pingu' (melodi pingu) pasti Syifaa' terjaga. Penangan Pingu mmg bahaya. Sekarang ni mummy tengah cuba nak tukar citer lain plak. Tapi masalahnya cite lain Syifaa' taknak..mengamuk! ape2 hal pon, mummy nak pasang cd Alif ba ta plak. Harap Syifaa' boleh lah terima.
3-4 hari lepas, Syifaa' tersungkur kat lantai masa tgh main. Tetiba dia nangis sambil sebut "mmmummy bbbuat!!" beberapa kali. Ape lagi tergamam la mummy, daddy and opah. Pandai pulak dia menyebutnya. Anak mummy ni dah tak sabar nak bercakap ye.. mummy pon tak sabar nak dengar Syifaa' bercakap..hehe


 


Tengah kusyuk menonton Pingu
Macam orang dewasa..huhu

Syifaa’ 143 hari @ 2 July 2011

Hari ini genap umur Syifaa' 143 hari. Orang kata 143 ini ada makna.

1 = I , 4 = Love , 3 = You

Jadi, mummy tujukan 143 ini utk Daddy and Syifaa'.


 

Love,

Mummy


 


Ni gambar daddy n Syifaa' masa hari pertama kat hospital Tengku Anis


 



 

Ni gambar daddy ngan Syifaa' masa umur 5 bulan. Dah temuk2 Syifaa' ni

Syifaa’ 5 bulan @ 9 July 2011

10 July 2011

Hari ini Syifaa' gi picnic ngan mummy and daddy kat Ulu Kenas.

Best main air ..Syifaa' kencing dalam air sbb mummy x pakaikan diaper masa berendam.

Huhu..

Padan muka ..


 

Love,

Mummy



 


Syifaa’ 4 bulan @ 9 June 2011


Anak mummy dah pandai macam.. dah pandai gelak..mengagah..macam2 lagi la.
Dah kenal mummy, daddy. J

Cerdik anak mummy ni. Sayang Syifaa' sangat2!!
Sejak minum susu formula, Pipi dah tembam.
Suke sgt kalo daddy bacakan zikir. Kalo daddy baca terus menguap nak tido. Kalo mummy baca, nak terkeluar biji mata tengok muka mummy.
Ye la, mummy zikir x sedap.:(
Arini checked up Syifaa' utk 4 bulan kat KD Kota Lama Kanan.
BERAT : 5.4KG
PANJANG : 59 CM
KEPALA : 38 CM
BMI : 16





Love,
Mummy