CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 1, 2012

2012 : Syifaa’ @ 14 month [090412]

Setelah setahun tidak berblog..hari ini memulakan langkah pertama. Syifaa' pun dah boleh berlari. Macam2 dah dia tahu.

Perkara yang paling terkejut dalam hidup aku sebagai seorang ibu apabila Syifaa' buat perkara yang sangat aku tidak duga..

Semalam, (20 April 2012) masa aku tengah menyibukkan diri di dapur tiba2 Syifaa' telah menumpahkan bancuhan tepung utk di buat lempeng. Bekas tu terletak di atas para.

Syifaa' telah memijak bontot periuk utk naik bagi mencapai bancuhan tepung itu. Entah siapa yang ajar dia berbuat demikian.

Lalu aku memarahinya. Dia lari ke ruang makan sambil menjatuhkan semua kerusi2 (tindakan ini tidak bagus utk seorg budak seusia Syifaa'). Mulutnya bising tanda protes. Walaupun dia cakap tidak jelas, tapi aku tahu itu tandanya dia protes sebab aku telah memarahinya.

Sementara di dapur, Aku lap lantai yang kotor di simbahi tepung .

Selesai mengelap, Syifaa' datang ke arah aku sambil membawa kain buruk. Dia turut mengelap lantai seperti apa yang aku lakukan sebelumnya.

Dalam situasi sedemikian banyak perkara dan tindakan yang Syifaa' lakukan tanpa di ajar oleh kami. Mungkin dia byk menonton cerita 'pingu' atau semua itu atas tindakan dan pemikiran dia sendiri. Ini semua proses pembelajaran yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Apa yang kami suami isteri selalu perhatikan, Syifaa' tidak gemar bermain dengan mainan yang di beli untuknya, tetapi apa barangan yang kita guna, itulah barang mainannya. Seperti telefon bimbit, kunci rumah/kerata, besen, periuk, dan pelbagai lagi barangan yang di fikirkan selamat untuknya, itu lah barang mainannya. (pastikan anak2 anda tidak di beri sudu/garfu, barang2 yang tajam, dan yang di fikirkan sangat bahaya utk anak2). Mainan yang paling di gemari Syifaa' adalah buku.

Ya Allah, semoga apa sahaja tindakan yang Syifaa' lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya…amiin.



 


Its me!! Syifaa' Humaira bt Fuad

0 comments: