CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 11, 2009

Rumah Kristal hadiah untuk ibu

~::Assalamualaikum::~

ARKIB : 09/11/2009

Rumah Kristal hadiah untuk ibu


Sentiasa bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang dikurniakan berkat doa ibu dan bapa tersayang, Muhammad Sani sentiasa berusaha membahagiakan kedua-dua ibu bapanya, Datuk Salleh Biji Sura dan Datin Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalullail.

Rumah Kristal yang bernilai jutaan ringgit ini akhirnya menjadi milik Muhammad Sani. Namun niat sebenarnya adalah untuk menghadiahkan rumah ini kepada ibunya.

Terletak di kawasan perumahan mewah di Kajang, dari jauh sudah terlihat kelainan Rumah Kristal ini.

Gelaran 'Rumah Kristal' sengaja diberi oleh pemiliknya kerana melihatkan 90 peratus daripada dinding luar dan dalam rumah ini dibuat daripada kaca bukannya batu atau kayu seperti kebanyakan rumah lain.

Begitu juga dengan dinding di bahagian dalam rumah yang dibuat daripada kaca yang diimport.

Dibawa melawat rumah ini dan diberi penerangan oleh kakak Muhammad Sani, Wan Anitabanun Salleh, rasa kagum terus menerpa diri.

Seakan sebuah istana kaca, seni bina dan perhiasan yang terdapat di dalamnya amat berbeza dengan rumah Melayu lain.

"Rumah kristal ini asalnya adalah rumah milik pasangan suami isteri berbangsa Inggeris yang berasal dari Amerika Syarikat yang dibina dua tahun lalu.

"Memang pada awalnya mereka berhasrat untuk tinggal di Malaysia. Sebab itu mereka membina rumah ini mengikut ilham dan cita rasa mereka sendiri. Bagaimanapun setelah rumah siap, mereka dipanggil balik ke negara asal akibat masalah kegawatan ekonomi. Sempatlah mereka duduk di sini dua atau tiga bulan,'' kata Wan Anitabanun yang turut ditemani ibunya.

Wan Anitabanun berkata, setiap ruang dan bilik di dalam rumah ini telah siap dengan perabut yang dibeli oleh pasangan suami isteri Inggeris itu.

Mereka menjual rumah ini bersama-sama dengan perabotnya dan Muhammad Sani pula tidak kisah mengekalkannya kerana semua masih baru dan cantik.

Warna hitam dan putih mendominasi keseluruhan Rumah Kristal ini. Kebanyakan perabut dan langsir adalah daripada kedua-dua warna ini. Jubin lantai juga berwarna hitam putih.

Memasuki pintu utama, anda boleh memilih sama ada untuk ke kanan atau ke kiri. Ke kanan adalah tangga untuk ke bilik-bilik di tingkat dua dan tiga rumah ini. Ke kiri pula ialah bilik makan yang menempatkan set meja makan 10 kerusi yang dibaluti dengan fabrik hitam putih.

Berjalan lebih ke depan dan menuruni dua anak tangga dari pintu masuk, anda akan sampai ke ruang tamu utama. Dua buah sofa dua dudukan warna merah hitam diletakkan saling berhadapan sementara dua buah sofa satu dudukan menghadap ke kolam renang yang betul-betul berhadapan dengan ruang tamu.

Jika anda dapat membayangkan, sesiapa yang duduk di ruang tamu ini akan terus dapat melihat mereka yang mandi di kolam renang tersebut. Tiada dinding atau sekatan. Empat pintu kaca besar dapat dibuka seakan-akan tiada berdinding langsung, cuma terlihat juraian air dari atas seakan-akan tirai yang berbuai ditiup angin.

Di kiri ruang tamu ini terdapat sebuah lagi bilik tetamu yang agak privacy. Bilik berpintu kaca ini diisi dengan set sofa kulit berwarna putih.

Dinding utamanya tergantung empat buah jam dinding yang menunjukkan waktu di empat buah bandar utama dunia, iaitu Kuala Lumpur, London, New York dan Sydney.

''Sebenarnya rumah ini ada empat buah ruang tamu, ruang menonton televisyen, enam buah bilik tidur, sebuah bilik tidur besar ala resort di bahagian belakang, bilik tidur di tingkat tiga ala penthouse, bilik mini teater, bilik snooker dan pejabat Muhammad Sani yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup ( CCTV ) yang boleh melihat setiap ruang di dalam rumah ini.

''Oleh kerana terlalu besar dan sukar menguruskan sendiri, Muhammad Sani menggaji seorang pengurus rumah yang menguruskan segala perbelanjaan di dalam rumah seperti membayar bil elektrik dan air, membeli barangan makanan, menguruskan dua orang pengawal rumah, pengawal peribadi dan sebagainya,'' ujar Wan Anitabanun yang datang ke sini setiap hujung minggu.

Menurut Wan Anitabanun lagi, setiap bilik tidur mempunyai tema tersendiri seperti yang diberikan oleh pemilik asal Rumah Kristal ini. Sebagai contoh, bilik yang dihuninya dipanggil Bilik Resort, manakala Muhammad Sani memilih Bilik Penthouse, selain Bilik Bulan Madu untuk ibu serta Bilik Safari dan Bilik Tepi Pantai untuk adik perempuan dan anak-anaknya.


p/s:- macam tingin je nak pi tengok umah ni..dah la impian aku nk bina rumah kaca kat tepi pantai..huhu

-abe jan, kak sa, please bawa saya ke sana..


2 comments:

Syafarah said...

salam..

tidakk~!! heat pollution! hehee, cantik memang cantik, tapi kesannye kepada alam kuren ummpphh r.. pe kate sunflo wat umah dari polistrin? lagi unik

::9W2PHY:: \(^_')/ said...

umah dr polisterin lagi bahaya..nanti pns je dlm umah..lg 1 kalo terbakar lagi bahaya ngn asap itam yg penuh dgn chemical..hihi