CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 7, 2008

EYEBALL SRI AMAN

~::9W2PHY::~
(artikel ini di petik daripada presiden kelab PUTRA: http://putrappkn.blogspot.com)

26 SEPTEMBER 2008
EYEBALL COLEK RAMADHAN 1429H / 2008M

Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) telah mengadakan satu program eyeball yang mana bertujuan mengumpul semua rakan radio amatur dari daerah Pasir Puteh serta dari seluruh daerah di negeri Kelantan dan juga rakan radio yang pulang dari perantauan untuk berhari raya di kampung halaman.
Program eyeball ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh rakan radio amatur Pasir Puteh dan pada tahun ini, program ini merupakan aktiviti Kelab PUTRA yang ke 2, setelah Kelab Pemancar dan Rekreasi Pasir Puteh (PUTRA) ditubuhkan. Alhamdulillah, program telah berjaya mengumpul seramai 120 orang yang terdiri dari rakan PUTRA dan rakan radio amatur dari semua pelusuk negeri Kelantan (Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kok Lanas, Ketereh, Pulai Chondong, Kuala Krai, Bachok, Pengkalan Chepa) serta rakan dari Terengganu (Besut dan Kuala Berang)
Jutaan terima kasih diatas komitmen dan kesudian semua rakan yang hadir memeriahkan program eyeball pada tahun ini. InsyaAllah, akan kami adakan program yang sama di tahun-tahun akan datang. Sebarang kekurangan, kami dari Kelab PUTRA menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...........
Selamat Menyembut Hari Raya Aidil Fitri....

Tarikh: 28 September 2008 / 28 Ramadhan 1429H
Masa: 9.30 malam
Bertempat di: Hasrat Servis ( Tempat Basuh Kereta - Cikgu Lan)

gambar2 sekitar eyeball




0 comments: