CLICK HERE

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak2 Syurgaku

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 25, 2008

bolehkah...

~::9W2PHY::~

Posted by Nubli on September 23, 2008 at 4:12pm

keluhan seorang musafir lara
di tepi wakaf pinggir desa
hening-hening senja
kala agas dan nyamuk menggila:

bolehkah kulupa
ilmu yang sekian lama menapai di dada
bolehkah kupadam
kenangan yang sekian lama terpendam

seperti sudut-sudut segitiga
kosain, sain dan segala tanjennya
cinta itu berbelit dan berlaga
berserabut dengan perbezaan dan kamilan
persamaan yang konfius dan curang
masing-masing pun kecundang
di depan segala Mat Yaakob, Mek Esah dan
nasib malang

bolehkah aku hilangkan
segala prasangka
Mendeliar dan Kitul durjana
Hayam Wuruk dan Haji Omar Djokroaminoto
antara bayangan renungan matanya
kala berselisih antara tangga
senyuman bersembunyi di lipatan nota
menanti muncul Mat Terap dan semua bala tentera
'Hidup Nekad Mati Muda'
Bung Karno pun jadi malu, boleh ketawa

atau aku nanti akan jadi perindu
seperti hijau pluoroccocus di batang-batang kayu
mengharap sinar mentari selembut bayu
sebuah assignment yang membuka fikiran
simbiosis yang menguntungkan
seperti pokok-pokok legum di makmal sebelah
sharifah zaharah dan siti fatimah
atau Mat Zainun dan Norpaizah
yang berbicara tentang zarah-zarah
kasih setia itu
terselit antara uranium dan simbol ferum
tapi hilang dalam jutaan nombor-nombor Avogadro
yang meresah

hatiku jadi gundah
atma melekit, terpalit segala pigmen
bilirudin dan biliverdin
keharuman yang tiada
bau yang seribu tahunpun
tak mungkin jadi indah...

puisi ni aku copy dr abang Nubli XKT..sori bro copy tanpa permission..sy suke puisi ni n puisi yg lain2..Bro sgt hebat..

Mood Raye: 2...FRUST

<~::9W2PHY::~

Aku punye la excited nk balik mlm ni...alih2 tiket kete delay plak..sengal la abang aku ni..huhu..aku dah agak dah perkara camni konfem berlaku...aku mmg la excited nk balik..sbb nk balik makan 'netbat'..aku pon dengan frust yg teramat sgt, call umah ckp ngn mak yg x jd balik mlm ni..

mak pon frust gak...katanya dia dah bercadang nk beli byk lauk arini utk masak esok..katanya abang jan pon nak balik...maksu pon nk berbuka sama kat umah ptg esok...frustla...

tgkla sebahagian kuih raye yg akan di bawa ke kg...
a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-QPmPaoL7D_Ik3pQeabMzzEg67Q_hRjosSMWlOTWlZCRfSHCuZt3chwQFJWncaaQ7vFfA7JFAJ90-eRZXDVj1Z-oRyVvBcIkI1s6-MvbmmibpK5mV5Tcs5sUe4wqofbgqvfQ_4kiakIE/s1600-h/DSC00510.JPG">
bukan umah aku aje tau..mak mertua akak aku skali ni


ni baju raye aku...


aku jahit manik kat tangan pasal kosong sgt


ni la hasil kerja tgn aku

uuwaaaa...nk balik kg!

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

~::9W2PHY::~

ini hanya kajian sahaja...rasenya bukan tilik kan?

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN -
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

Tuesday, September 23, 2008

Mood Raye...

minggu ni dah dlm mood raye..Nak wat keje pon da malas..pasal fikiran sume dah kat kg.. pikir nk berbuka ngn family, nk wat biskut raye, nak kemas umah dll.
mak pon dah x larat nk buat sume tu...nnti kesian plak kat ayah aku kalo mak xboleh mlm sebab kemas umah...maklumla mak aku ni ade skit2 lelah kalo sapu sawang...thn ni aku wat sorang2 ke ek keje umah tu?? akak aku dlm pantang lagi..huh

umah aku ade sawang ke??haha..rasenya x de kot..balik nnti langsir nk kena tukar, sarung kusyen nk kena tukar, bunga2 nk kena basuh n gubah balik...dinding nk kena lap..bab2 lap dinding ni aku suke..panjat memanjat...kalo rase gayat sgt, kerah je adik2 aku ...huhu...

lidi sate nk kena beli, arang kena beli, pembakar sate ade lg ke ek?? thn ni sape sponsor ayam?? berapa ekor??? alahai...sape kena cucuk sate? sape nk kena bakar?? ero, oic tolong jawab!

thn ni beraya ngan orang baru...Muhammad Aqeef Haiqal bin Nurihadi...alahai comeynya anak menakan aku ni.yg lain2 dah x comey sbb sume nakal2...aku kena sediakan duit raye ke thn ni utk dorang??haish, aku mmg la keje, tp msh belajar...huhu..caner tu?? aku sepatutnya masih leh tima duit raye pasal aku lum kawin lg...tul x ayah??
kalo kena sediakan jgk, caner ek?? hanif, hafiz, hilmi, syahindah, syahmie, amiera, hafizuddin, harith, aqeef....alahai, ramai nya anak buah aku ni...

tgkla caner nnti...kalo bg kat anak2 buah, si macho (ero, oic) 2 org tu pon mesti kena hulur jgk tu...mak, ayah pon kena hulur jgk...maknanya sume aku kena hulur la kan?? x sabarnya nk balik...ceo kate nk jemput aku kamis mlm (25hb)...pg jumaat mayb bertolak ke ka..yea yea balik kg...

x sabar nk balik buka pose kat kg..nk mkn nekbat, akok, ayam golek, sira pisang,... semlm g cr nekbat kat bazar seksyen 7 tp xde pon..sedey tol...nk balik cepat2...kempunan ni...huhu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR BATIN

Monday, September 22, 2008

BUKA POSE BERSAMA KAWAN2...

Hari Jumaat yg indah (19 September 2008)...

kami buka pose ramai2 bersama kosmate yg best... tp sedey gak pasal x sume yg dtg..only 8 persons out of 28++ persons in my class. Tu pun termasuk Deni yg xde kaitan langsung ngn UiTM Dihatiku..Tp ape2 pon TQ to Deni sbb sudi dtg..Siap belanja kami2 mkn lg...Adehla,...tima kasih byk2 Deni..Credits to Fit sbb bawa Deni...hehe

Ha,Fit...TQ 4 de "Duit Raya"....Dah la jemput aku kat umah...antar aku balik umah..at last dpt duit raye lak..TQ tau..

Majlis makan2 buka pose di aturkan oleh Mas..TQ Mas sbb sbb wat reservation kat Ani Sup Utara cawangan Pusat Komersil Seksyen 7.. ini je la kami2 yg hadir..


from left:Nor, Fadia n Fit


Me n Mas


from left: Mas, Zid n Iena


Lagi gambar Nor, Fadia n Fit


Ni la kami2 yg dah abis makan...Deni tukang amik gambar

Susah la nk kumpulkan sume org..masing2 bz ngn kerjaya...Kami2 yg berada di sekitar Shah Alam je yg bleh join..Tq to Fit sbb turun dari KL untuk join kami2..Tq juga to Iena sbb drive jauh2 dr pat keje...At least dpt gak jumpe ko n dgr ko nye experience langgar Avanza..

Pas raya jgn lupe picnic plak tau...Mas wat dendeng daging...Fit wat paprik...hehe
kali ni kena lagi ramai dari majlis buka pose...huhu

Adios...

Thursday, September 18, 2008

Regina Spektor-The Call

aku skrg suke dgr lagu neh..ntahla..suke sgt..huhu

It started out as a feeling
Which then grew into a hope
Which then turned into a quiet thought
Which then turned into a quiet word

And then that word grew louder and louder
'Til it was a battle cry
I'll come back
When you call me
No need to say goodbye

Just because everything's changing
Doesn't mean it's never been this way before
All you can do is try to know who your friends are
As you head off to the war

Pick a star on the dark horizon
And follow the light
You'll come back when it's over
No need to say goodbye

You'll come back when it's over
No need to say goodbye

Now we're back to the beginning
It's just a feeling and no one knows yet
But just because they can't feel it too
Doesn't mean that you have to forget

Let your memories grow stronger and stronger
'Til they're before your eyes
You'll come back
When they call you
No need to say goodbye

You'll come back
When they call you
No need to say goodbye

Membaca Jambatan Ilmu...

Alhamdulillah..Aku baru sahaja selesai membaca sebuah buku bertajuk Quran Saintifik karya Dr. Danial Zainal Abidin..Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Bagi aku buku ini sangat bagus untuk di baca dan dijadikan koleksi..


ni la bukunya

Aku pinjam buku ni daripada kawan aku Fadia..TQ Fadia. Aku pun perlu memiliki buku ini. Rugi rasanya jika tidak menjadikannya sebagai koleksi peribadi.

“Membaca Jambatan Ilmu”

Kalau zaman di bangku sekolah, aku suka membeli komik ‘kawan’. Menjadikan buku ‘kawan’ sebagai buku wajib beli tiap2 bulan. Kesian ayah aku. Kadang2 aku mengamuk nk beli buku ‘Mickey Mouse’..Tapi jarang dapat beli buku ni sebab harganya yang mahal. So, tak dapatlah buku ni jadi bahan koleksi aku.

Dah meningkat remaja, aku beralih ke membaca novel-novel cinta..Ni semua pengaruh kawan2. Zaman sekolah menengah hanya pinjam dari kengkawan. Masa dulu x ada duit utk beli novel. Bila dah masuk form 4 & 5 aku terpengaruh plak ngan cik Ain untuk membaca komik. Masa kat hostel stok komik banyak.. Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Pakar Judo, GTO, Juara Bola Keranjang dan bermacam jenis komik lagi…Lupe dah ape lagi tajuk…Semua komik tu aku suka baca tapi yg menjadi koleksi aku hanya Great Teacher Onizuka (GTO). Tima kasih kepada Ain kerana mencompletekan koleksi aku ini. Kalo x salah ada episode 1 – 25. Tapi episode 24 missing. Aku rase aku dah hadiahkan kepada Mukh b4 abis sekolah dulu. Mase sesi tukar2 barang, hanya komik tu yg aku ada utk kasi kat dia. Mukh plak bg novel “Kau Yang Satu” karya Nia Azalea. Jiwang tul mamat ni.

Bile melangkah ke Matrikulasi and U, aku mula berjinak2 utk membeli novel.. Novel Alaf 21 dan Creative menjadi pilihan aku..Novel creative x byk koleksi sgt pasal bukunya mahal tapi kertasnya buruk..Rugi tul. Buku Alaf 21 mampu dibeli n kertasnya cantik.. Beratus2 juga la aku berhabis duit utk beli novel.Minat punya pasal aku x kesah. Nak gitau tajuk2 banyak sgt. Lagipon dah lupe ape tajuknya. Sumenya tersimpan rapi dalam kotak A4 kat kg. Tunggu masa utk di pamerkan. Ntah bile agaknya aku akan mempunyai “Mini Library” di rumah sendiri..huhu

Minat aku utk kumpul novel berhenti seketika ekoran assignment yg bertimbun dan ingin menumpukan pada pelajaran. Lagipun semasa tinggal di rumah sewa, semuanya kena saving. Dah x boleh nk beli novel lagi. Ptptn hanya utk makan, umah sewa, tambang.huhu..

Selepas aku memasuki alam pekerjaan ‘seketika’, minat membaca datang kembali. Kali ini aku berjinak2 dengan buku2 H.M Tuah Iskandar Al-Haj. Hampir semua aku dah baca. Hanya beberapa buku sudah menjadi koleksi peribadi aku. Dah lama aku meminati karya beliau, x kira novel, motivation atau ceramah2 kat tv… Nisa adalah rakan seperjuangan yg juga meminati Tuah. Selalu pinjam buku2 Tuah dari Nisa. Sekarang adalah masanya utk aku mengumpul satu demi satu buku hasil tulisan beliau.

Korang dah baca buku “Reaching for the Stars”?. Karya Allahyarham Syeikh Mustapha Shukor adik kepada Dr.Syeikh Muszaphar Shukor. Menitiskan air mata bile membaca buku tu.huhu. Lepas ni aku nk sambung baca buku “Dalam Mihrab Cinta” karya Habiburrahman (penulis novel ayat2 cinta). Buku ini aku pinjam dari Kak Nani. Kak Nani plak pinjam dari ofismate dia (kak Safiah)… “Membaca Jambatan Ilmu” pupuk minat membaca dari kecil…

Monday, September 15, 2008

SaTuRDaY & SuNDaY....

mcm biasa aku bgn sahur kul seawal 5 pagi..panaskan nasi n lauk utk bersahur... aku kacau secawan teh utk hilangkan dahaga...selesai mkn, aku berwuduk...bertadarus smbil menunggu Subuh...After Subuh aku smbung lagi bertadarus...alhamdulillah habis 1juzuk yg ke 9..

smbil tggu hari cerah, aku menjahit manik pd tangan baji raye aku..huhu..baru sebelah tgn siap..tgh syok menjahit, tetibe kak linda masuk bilik aku..mengajak aku g shoping barang dapur kat tesco...aku pon terus bgn n bersiap...

sblm bertolak smpat kemas dapur..buang sampah sarap yg sudah berbau...huhu..


inilah stok lauk untuk seminggu..sayur x sempat nk amik gmbr..huhu

erm..pas balik aku smbung lagi jahit manik...

Sunday...

Mcm hari Sabtu jgk...rutin aku same je weekends...14 Ramadhan...Sepatutnya kalo btol2 bertadarus, sekurang2nya sudah 14 juzuk abis...tp aku br abis juzuk ke 11..skrg br masuk juzuk ke 12..huhu
aku menjahit manik lg...tgl setengah lg nk siap..tetiba hanset aku berbunyi..rupanya msg dr kak linda..dia ajak pi pasar karat kat seksyen 13..katanya nk cr kekacang n kerepek utk di bawa ke kg next week..aku ok aje..pasal aku mmg xde ape nk buat.lg pon mmg aku x suke tido..

pas berjalan mencari2 kerepek...akhirnya sempat aku beli 1 paket kacang kegemaran aku, n kerepek ubi keledek..x byk org jual kerepek smlm..kata penjual kerepek tu, mggu depan konfem byk gerai2 kerepek...lgpun dah dekat nk raye...sempat jgk aku tgk ragam penjual2 ubat, gelagat pembeli dan lain...seronok...aku n kak linda sempat singgah kat tempat ramai org berkumpul..ntah la..aku x paham ape bisnes org tu..aku tgk org pakat dok kasi duit seringgit sbb nk wat ibu duit...xpaham aku...

dah penat berjalan...kami pon pulang..tp x sampai umah terus..kami singgah jusco sbb kak linda nk tukar baju bf kat British India..lamanya window shoping kat sane..huhu..balik umah terus capek..berehat sekejap...lepas asar kami bersiap2 utk masak utk berbuka..


ni la menu berbuka pada hari ahad..paprik n gulai tempoyak tu lauk hari sabtu

dah abis...

Aku busan lagi...

erm...aku wat bunga dip lagi...bunga yg sama mcm aritu.tp upgrade skit2 aje...


bunga telur


bunga telur 1


bunga telur dua


bunga dulang


bunga dulang 1


huhu...\(^_')/

Friday, September 12, 2008

QOUTE:1

" The important thing in life is not what happened to YOU in the past,
But, what is going to happen to YOU in the future."

Wednesday, September 10, 2008

Muffin Coklat...

Di atas permintaan rakan2 seperjuangan, kali ni aku akan beri kalian sume resepi muffin coklat...terima kasih kerana kalian sudi merasa muffin coklat aku...kepada yg belum rase, jika berkesempatan berjumpa dengan kalian aku try buat lg kasi korang rase....

Kpd Fit...sowi smlm aku bawa 2biji je utk hang rase..tp terpaksa hang share ngan housemates...Salah hang jgk x gtau awai2 hg ade kwn br dlm umah tu...Ni resepinya...

Muffin Coklat

Bahan-bahan

200g coklat masakan
250g tepung naik sendiri (ayak)
80g gula kastor
265g choc chip (ikut suka sebenarnya)
2biji telur
60g butter – cairkan
¾ cawan susu cair / susu segar (lebih baik)


Cara-caranya

Cairkan coklat masakan guna double boiler.
Masukkan tepung + choc chip + gula dalam bekas dan gaul sampai rata.
Telur + butter + susu cair di pukul sebati. X perlu kembang. Kemudian tuangkan ke dalam campuran tepung tadi.
Gaul sebati dan akhir sekali masukkan coklat masakan.
Kalo Nampak kering, tambahkan susu lagi. Biar jd macam adunan kek.
Tuang ke dalam papercup sebanyak ¾ penuh dan bakar selama 20-25 minit dengan suhu 170oC.

SELAMAT MENCUBA..

• boleh dapat 32 biji…bergantung kepada saiz cawan kertas..

Monday, September 8, 2008

7 Ramadhan...

hari ni pon aku busan jgk...mcm biase je rutin aku time weekend..huhu...sume tgh lena tido pagi2...aku ambik peluang basuh kain...setelah selesai sidai kain...tiba2 kak nani muncul...

dah lama aku jnji ngn kak nani utk buat muffin coklat...hari ni aku akan tunaikan hasratnya itu.bahan2 utk membuat muffin dh kami beli sblm ni..dgn bantuan kak nani n kak linda...akhirnya aku berjaya siapkan 32 biji muffin coklat...


ni br kuar oven


ni yg dh sejuk..


ni la muffin yg dah siap


ni plak menu berbuka kami..udang black pepper n celery (aku wat), sup sayur (k.nani n k.linda wat), muffin coklat (aku wat dan dibantu oleh kakak2)

udang???tiap2 hari berbuka ngn udang?? udang mmg feveret aku la...kakak2 layan je...huuhu..mggu ni mkn ikan plak...ni la kisah aku utk hari minggu...

Selamat Berbuka...adios!

6 Ramadhan...

Mcm biasa seawal 5 pagi aku bgn dr subuh utk sahur...selepas menjamah sedikit makanan, aku mempersiapkan diri (mandi n berwuduk)...dengan ini badan rase segar ...then aku mengambil peluang utk bertadarus sblm azan subuh berkumandang..Hari ni masuk juzuk ke 5.. Agak lambat jgk la...Al-maklumla aku bertadarus jika mempunyai ruang waktu yg agak pnjang..

selepas menunaikan solat Subuh, aku sambung utk mengaji...ntah mcm mane aku terlena dlm telekung sebaik selesai mengaji..kul 7.45 pg aku terjaga dr lena...teman2 serumah sedang enak di buai mimpi..alangkah bagusnya aku juga berbuat demikian..tp aku bukan jenis yg suke tido...bg aku tido siang membazir je..baik aku tido waktu mlm...kalo tido siang, mlm nnti aku aku lmbt tido...kan dah rugi waktu tido tu..huhu

mcm biasa la, aku msti cr keje yg bleh hilangkan keboringan aku...hari ni aku ambik peluang utk mencuba buat sesuatu...buat benda yg aku suka buat selain masak n kemas bilik...


sesi mencelup






bunga telur dip












ni plak kononnya bunga dulang...

ni la keje aku sementara menunggu waktu petang utk masak utk berbuka..saje je aku buat bnda tu...ni 1st time aku try buat bunga dip..sbb tu wrna mcm tompok2 je pasal bnda tu x kering sepenuhnya...aku x sbr nk cantum kelopak utk dptkan bunga siap..ni bukan persiapan kawin aku ..aku lmbat lg kawin pasal xde calon lg..aku saje2 buat...sape2 yg nk kawin gtau r nnti aku kasi ke bunga yg aku buat..

lepas hasilkan 2jenis bunga tu...aku masak plak utk berbuka..selera aku simple aje...


ni la menu berbuka kami...udang masam manis(aku wat), sayur sawi msk air(k.nani wat), nugget(aku goreng)..

tu je stakat ni...Selamat Berbuka!

Thursday, September 4, 2008

Pandai dia cover...

semalam lepas tgk ex-ofismate kumpul kat dataran, ms tghr aku pon jenguk2 la ofis lama aku..mula2 aku mcm segan gak nk masuk..bukan ape tkt kacau org nk wat keje..al-maklumla kat ofis tu dah la mcm sardin, keje byk lak tu..huhu..tp aku kuatkan juga langkahku untuk msk ke dlm...

byk tempat dah berubah...tempat kakjue n kak umbi dh berubah...kakjue dah ade kerani sendiri...nana plak dah pindah ke intekma..jd EO kontrak kat CITU...tp department baru kat intekma bukan kat Pusat Islam..

sebaik sahaja aku melangkah masuk...aku ternampak kelibat Dr.Hanafiah yg comey itu...dari jauh dia menjerit..."Selamat Pengantin Baru".....1 ofis gelak besar...aku dgn selamba balas balik "dr, bukan sy la kawin aritu..."...Lepas tu dia terdiam...lama pastu br brsuara...." ooo...bukan u ke?? tu la muka sama je ngan lagi sorang..ingat u, ingat dia...sebenarnya saya nk awk plak kawin lepas ni.."

pandai je dia cover....

Wednesday, September 3, 2008

erMmm....

3 Ramadhan...

huhu...dah 3 hr berpuase...skrg mate mcm nk tertutup je...dh dua ari camni...mayb sbb lepas sahur xtido kot...huuhu
tahan2...td naik atas jap..pi byr bil letrik..then g library jap..bukan g study kat library..tp g byr denda sbb antar buku lambat..buku Polymer...bukan aku yg bc..tp aku pinjam atas permintaan kak Nurul...buku dh melintasi laut china selatan..ke hulu ke hilir dia berjalan..dari Shah Alam ke Samarahan n balik semula ke Shah Alam..sbb tu lambat skit pulang ke library..dia nk makan angin dulu..hehhe
denda hanya rm0.60...6 hari aje terlambat.

ms balik dr library td...tgk ex-ofismate RMI or formerly IRDC kat dataran Sultan Abdul Aziz Shah..xtau la dorang wat ape kat situ...sume staff ade kat situ..ingat nk tegur dorg..tp sume nmpak mcm bz aje..ade events nk kena organized kot..

huhu...

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN..\(^_')/

1 Ramadhan telah pun berlalu...sehari sudah kite menunaikan ibadah puasa...Kalu sesiapa yg mengambil kesempatan bertadarus, sepatutnya paling kurang sudah habis baca juzuk 1..Alhamdulillah aku sudah...hari ini 2 Ramadhan...Pagi tadi sudah masuk juzuk ke 2...harapnya Ramadhan tahun ni boleh abis 30 juzuk ..InsyaAllah...I will try my best..

Doaku untuk semua uma Islam...termasuk kamu pembaca blog...

'Ya Allah..Engkau Muliakan saudaraku ini...Bahagiakan keluarganya..Berkatilah rezekinya...Kuatkan imannya..Berikan kenikmatan ibadahnya..Jauhkan dari segala fitnah...Amiiin Ya RabbalAlamin.'

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA!